Saturday, August 20, 2011

Rasanya da cukup..

Kuih raya memang da cukup. Tapi perasaan untuk buat lagi masih ada. Kalau sempat buat sebab bahan masih avalaible.

Ini tart nenas. Mahu buat tart gulung sebenarnya. Siap beli lagi roll untuk tart gulung. Tapi separuh jalan tak jadi buat sebab tak reti nak gulung tak bagi kasi patah. End up jadilah tart biasa2 je macam ini. Kuih ini saya tak bape suke. Tapi direquest oleh mySis.

Ini biskut sugi yang saya buat minggu lepas yang lupa nak amik gambar tu. Rupa biasa2 je tapi sedap la pulak. Ingat nak buat lagi. Minyak sapi pulak abes malas nak beli. Jadi yang ni tak bawa balik kg. Tinggal kat sini je. Pas raya nak balik makan =P

Ini biskut semperit tiap tahun mesti ada. Yang ni ikut resepi dalam rasa Ogos 2011. Tapi dia punye resepi lembik sket. Jadi saya pandai2 sendiri tambah itu ini =P

Baju raya dhiya da sampai pagi tadi. Saya beli kat sini. Penghantaran memuaskan. Order jumaat isnin da sampai. Tapi masa tu keje n takde kat rumah. So, mintak posmen buat penghantaran kali kedua. Sebab tu lah pagi tadi baru sampai. Maka, ini lah satu2nya baju raya dhiya yang mama & papa belikan. No more k. Just tambah accessories je sket2 =)


Ini adalah aksi kegemaran dhiya buat masa sekarang ni. Tapi lama2 nanges mintak angkat.

Petang ni mahu ke rumah abang ipar. Bukak puasa kat sana. Esok pulak ke masjid jamek. Jamu mata. Sebab tu la macam da takde masa nak buat kuih lagi. Tata titi tutu!!


No comments: