Monday, April 29, 2013

Gajah Putih...

Gajah putih. bunyi macam besar tapi takdelah besar mana. besar sikit pada kancil. lebih kurang dengan kelisa. kecik pada rusa. hahahaha! kenapa lah kete mesia ni banyak letak nama binatang. jadi begitu lah gajah putih tak nak kalah. 

alkisah last week, isnin untuk keempat kalinya gajah putih kena langgar lagi masa on da way saya nak g um. entah kenapalah atos tu boleh langgar gajah putih kami. kesian. sop sop sop. 





sudah empat kali kena langgar maka ramailah yang nasihat suruh tukar kete lain. dalam hati memang saaaaaaaaaaaayang sangat kete ni. kenapa sayang?

1. kecik, comel seswai ngan saya yang comel ni. huhuhu!
2. jimat minyak. seminggu ulang alik um rm30 sajor. 
3. first car sapa tak sayang. 
4. tak pernah rosak dengan sendirinya melainkan kena langgar ngan kete lain 

huhuhu! tapi sume reason kat atas tu no.1 ngn no.3 adalah mainan emosi. boleh di bincangkan lagi. reason no.2 dan no. 4 adalah fact. kete lain tak tahu lah ade ke tak jimat minyak macam viva ni. dan tak pernah rosak macam viva kami ni.

and the big reason macam malassss sangat nak tukar yang baru sebab kalau kami jual kete ni kami kena bayar lagi dekat bank another 7k to 8k. huhuh! percayalah beli kete tak pernah untung sebab kete ni liabiliti bukan aset. tapi in term of dia dah berjasa kat kita memang untunglah. compare ngan kalau naik LRT datang um ni mau rm10 sehari. naik kete rm30 je seminggu. 

kalau pasal tukar kerajaan, opsss! orang lain yang fikir. tapi untuk tukar kereta kami kena fikir. huhuhuhu! headache. mungkin tak tukar lagi kot.  mana nak bayar bank lagi. mana nak bayar down payment lagi. huhu! lain kalilah =) hahahahaha!


Wednesday, April 24, 2013

Seminar presentation

At 10am today I have to do my seminar presentation. A bit nervous. Huhuhu!... Please pray for me. And after doing this presentation the only requirement I need to fulfill is publish one ISI paper. Seems easy but don't know how it will be going on. Hope everything will be okay =)


Wednesday, April 17, 2013

day 5 and day 6

amboi... lama nya berjalan2. sejak kawen tak pernah lagi jalan2 sebegini lama melainkan balik kampung. huhu! ini namanya jalan2 dalam keterpaksaan. yang sangat kesian dhiya amani demam teruk. penang sangat panas oke. hmm KL pun panas juga sebenarnya. 

day 5

day 5 di penang adalah hari terakhir conference. untuk hari terakhir conference hanyalah half day sahaja. makanya jomlah check out awal sikit dan kita ke padang kota lama since kawan se conference mencadangkan tempat makan yang best adalah padang kota lama ngan padang brown. tapi kami memilih untuk ke padang kota lama. padang brown insyaAllah lenkali. 

tapi sebelum itu singgah dahulu di pasar chowrasta sebabnya nak beli jeruk. pasar chowrasta ni adalah pasar yang ada jual macam2 jeruk, baju penang dan segala cenderamata yang lain. tapi memandangkan tujuan asal kami untuk membeli jeruk maka kami singgah sekejap sahaja. 

kedudukan pasar chowrasta ni adalah berhadapan ngan balai polis pulau pinang. 

kami beli jeruk di kedai nasir jeruk. 


Tujuan utama masih diteruskan. dan inilah medan selera padang kota lama. kedudukannya adlaah tak jauh dari kota fort cornwallis. disebabkan mungkin kitorang sampai awal, banyak kedai yang tak buka lagi. yang ada hanya kedai pasembur. best juga pasembur tu. kena ngan tekak. niat di hati nak makan air kelapa. tapi kelapa ada tuan kedai takde. jadi minum air milo sajor. 


Ini lah pasembur yang dimaksudkan. nampak menarik tak. rasa pun menarik. rasanya kalau ke Penang lagi mesti ke sini. 


Oh, medan selera ni betul2 menghadap laut. best jugalah tapi kena pandai pilih tempat makan yang strategik. since kami sampai masa orang masih takde. jadi bolehlah pilih tempat suka2 hati je. dhiya amani tido tak makan pon. lagipun dia tak suka benda2 merah. pedas katanya. 


Lepas makan2 makanya tibalah masa untuk meninggalkan pulau pinang. jadi kami memilih untuk ke tanah besar ngan feri. nasib baik jumpa pangkalan feri ni. namanya pangkalan tun raja uda. 



Kesian dhiya amani tido sampai tak sedar kete dah kat atas feri. 


dalam kejauhan nampak libra cruise. insyaAllah one day nak merasa naik cruise pula. huhuhu! berangan =)


sempat lagi mama & papa posing. sekejap je turun sebab dhiya amani nangis. 



Perjalanan diteruskan ke rumah anak sedara husband di kepala batas, kedah. dalam 100km lebih juga dari butterworth. tapi alang2 dah kat penang pergi je lah. sebab kalau dari KL semata2 nak ke sana mungkin lambat sikit lah nak pergi nya. 

Malam sambung berjalan lagi. ke masjid zahir alor star. sambil sembahyang magrib. tapi tak snap gambar sebab macam segan. tapi serious masjid tu cantik.

credit to http://faisal59.blogspot.com

Then destinasi seterusnya ke masjid al-bukhari. kagum dengan syed mokhtar al-bukhari ni. tersentul dengan sikap murah hati beliau. insyaAllah kalau saya senang nanti mahu jadi macam beliau. tolong anak bangsa melayu. 

tiba2 dapat idea. apa kata kerja kat KL tapi nanti bila senang taburkan sedikit bakti kat kampung halaman. sekurang2 kita boleh menambah peluang pekerjaan kepada anak2 muda di kampung. daripada kita datang KL. kita senang sorang2. kampung halaman masih macam dulu juga. at least masih ada anak muda yang mencari sumber rezeki di kampung untuk menyambung legasi warga yang makin meningkat usia. Ye, kebanyakkannya anak muda datang ke ibu kota bukan atas kehendak namun atas tanggungjawab. peluang pekerjaan banyak kat sini jadi hendak tak hendak terpaksa juga datang sini. 

masih skop cerita yang sama tapi di jitra. saya tengok banyak sangat bangunan Dr. Rozmey. Hotel dia punya. bangunan kedai dia punya. maahad taafiz dia punya. dengan bertambahnya benda2 macam ni maka bertambah lah peluang pekerjaan di jitra. insyaAllah jika dipanjangkan umur dan diizinkan Allah saya mahu jadi macam mereka ini. kekayaan adalah untuk dikongsi bukan untuk dinikmati sorang2. 





Lepas penat berjalan2 singgah makan nasi arab di The Old Castle. Restoren nasi arab. Makanan boleh tahan. kedai pun cantik. tapi malu nak snap gambar.


day 6

sudah mahu balik KL. tapi on da way singgah di bertam jumpa ex-colleague kat bertam. dan sampai umah kul 1 pagi. penat yang amat.


Tuesday, April 16, 2013

day 3 and day 4

Day 3

Takde apa yang menarik. mama ngan conference. papa ngan dhiya kat bilik. tengah hari teman papa g hantar dhiya klinik. kesian dhiya amani. hari ketiga demam pula. makan pula tak selera. ubat takmo makan. asyik nangis je. 

Ini gambar dhiya masa brekfast. Langsung dia tak selera. Last2 mama yang abeskan bihun itu. 


Malam pun kami tak keluar duduk kat bilik je sebab dhiya tido awal. 

Day 4

Sepatutnya mama tengah hari ada tour. tapi terpaksa skip tour sebab nak g jalan2 ngan papa ngan dhiya. maka ke bukit bendera a.k.a penang hill lah kita. actually mama pernah naik dulu ngan gegirl masa kt UTP. did i already mention before? yang sedihnya bukit bendera tahun 2009 adalah jauh beza ngan bukit bendera tahun 2013. 

huhuhu! dulukan dekat stesen bawah tu macam cantik je ada tempat bulat untuk amik gambar (kejap nak google) sekarang dah takde. 

 credit picture to kenwooi.com

sekarang kawasan bawah ni still under construction dan kedai2 cenderamata kebanyakannya ditutup ada satu 2 je yang bukak. oh mama terbeli spek mata itam. rm10 saja. kalau rm25 tak beli. macam sama je kenapa boleh lain2 harga. nasib bek jumpa yang 10 hengget. 


yang sedihnya lagi. argghh banyaknya sedih kat atas penang hill ni dah takde pasar yang macam pasar malam tu. yang sederet jual makanan ngan kat tengah2 orang jual baju ngan cenderamata tu. gambar takdop. pakcik google tak jumpa gambar sedemikan. tapi kat sederetan kedai itulah ada terjualnya laksa penang yang sedap ngan abc sedap yang i pernah makan ngan gegirl dolu2. sangat terkilan sebabnya simpan perut kosong naik atas nak makan laksa penang sedap last2 kedai dah missing in action. 

sekarang sume sudah transform kepada cafe2 yang lagi proper but i cannot recognize which stall yang jual laksa sedap tu ataupun peniaganya dah tak berjual kat situ. salah sendiri juga. kenapa tak google dulu before pergi. 

okelah kita tinggalkan dulu citer2 sedih ini. 

jom start citer yang tak sedih. lucky us sebab pergi masa weekdays. jadi tak payah beratur bagai nak naik train. beli tiket terus tunggu next train. ini part best, sebab masa pergi dolu2 rasanya kena tunggu train 30 minit. sekarang 15 saja sudah sampai. train barulah katakan. 




tiket untuk dewasa rm8, untuk budak 4 tahun baru dicaj. tapi tak tanya pula harga sebab dhiya amani dapat free. bagus2.. untuk foreigner pula rm30 untuk dewasa. 


Masa on da way naik di dalam train. dhiya amani macam takde mood je. 



The owl museum. Dulu rasanya masa datang belum ada lagi museum ni. Tak masuk pun sebab kena bayar. tapi tak tanya pula kena bayar berapa. 


  Ini lah cafe baru yang dimaksudkan. Harga boleh tahan juga. Kalau nak makan dengan affordable price. better makan dulu siap2 kat bawah baru naik. oke! hehe


Dhiya amani masih lagi mood ke laut. isap jari ke kerja. sampai jari dah kecut. 


buaian ni kat depan cafe. 


wah daripada takde mood terus gembira jumpa buaian dia. masa ni mama & papa sembahyang. take turn. oh penang hill ada masjid sendiri. kedudukan berdekatan dengan kuil hindu. kalau dari bawah nampak kuil tu dulu. bila naik baru nampak masjid. 


nangis2 nak angry bird lempik. huhu rm3. suka la tu. duk cium je angry bird lembik dia tu. 


masa untuk turun. eh dhiya tukar baju sudah. mama yang excited. beli baju kat new cafe tu juga. bahagian atas jual makanan bahagian bawah jual baju ngan cenderamata. 


pemandangan penang dari penang hill



masih lagi takde mood. langsung tak nak pandang orang nak amik gambar dia. 





ini teropong nak tengok bandaraya pulau pinang dari dekat. rm1 untuk sekali tengok. 



on day way turun naik train. bye2 penang hill. ada masa kami datang lagi insyaAllah. 




turun2 next destination ke fort cornwallis. dah sampai da exactly that place. tapi hujan renyai2 ngan dhiya amani tak berapa sihat jadi kami decide tak masuk. dan terus decide untuk pulang ke hotel. 

untuk detail tentang fort cornwallis boleh ke sini. lagi pula kami tak jumpa pintu masuk. rupa2nya pintu masuk adalah bahagian yang menghadap laut. parking kete tepi2 laut tu pun boleh kot. kami parking kete belakang plus kena jalan jauh plus kena bayar pula parking lalu mood untuk mengambil gambar turut ke laut. hhuhu. 

on da way balik hotel singgah makan kat kedai thailand dekat2 ngan tesco baru bukak kot. jalan dari georgetown menuju ke batu feringgi. berjalan2 di penang ni berjalan lancar dengan bantuan map dalam tab. oh sangat berguna tab ini dikala sangat memerlukan. 

note* jalan kat penang banyak one way. kalau sesat pun mungkin duk pusing2 tempat sama. tapi tak bestlah kan kalau asyik sesat je. 

Cerita conference, day 1 and day 2

Memandangkan kena g conference kat Penang selama 4 hari dari 8 april hingga 11 april maka saya decide untuk ajak husband and bawa dhiya sekali. sambil berconference boleh jalan2 sekali. Memandangkan conference start pagi 8 april tu jadi kami decide nak bertolak pagi 7 april. jadi esoknya tu takdelah kelam kabut sangat. 

Day 1 

Selepas mengharungi perjalanan dari KL selama 5 jam lebih maka sampailah kami ke negeri pulau pinang pulau mutiara. ini adalah kali ke3 saya ke sana. pertama kali pergi ngan kawan2 masa kat KMK. kali kedua ngan gegirl masa kat UTP. 


Kami menginap di Paradise Beach Resort. Macam hotel lama tapi service okay. Yang kesian nya dhiya amni ngan husband lah sebab terpaksa menunggu di hotel bila saya berconference. Conference sendiri tak lama mana. dengar conference orang yang lamanya. 


Petang sempat mandi laut ngan kolam. tapi takde gambar sebab mama pun mandi juga. phone tinggal kat bilik. 

Day 2

Esok pagi2 terus amik gambar sunrise. Kat sini sunset tak nampak sunrise je nampak. 


Then siap2 terus g breakfast. mestilah semangat pasal makan2 ni. yang paling semangat dhiya amani lah. kalau tak caya tengok gambar bawah ni. hahaha! action je lebih yang sebenarnya makan tak banyak mana. 


Mama makan ni je sebab diet. hahaha tipu je. kalau boleh sume yang ada nak makan. siap bertukar2 menu bila nak kurusnya. ye tak?


Ini dhiya amani bila suruh ready terus buat muka camni. better tak yah suruh ready kalau nak amik gambar dia. 


Ini gambar yang tak suruh ready. much better..


Posing sikit before mama turun. oh conference room kat level 3, bilik kitorang kat level 16. so senang lah mahu skip. eh mahu ulang alik. hehe


Ini adalah conference materials. 


Malam ajak papa g jalan2 kat batu feringgi. terbeli perfume ngan car charger. melayan duit di situ. 
tapi laksa penang tak sedap dan tak abes. ni kat kedai mana entah tak ingat. kedai ni belakang2 ngan deretan pasar malam feringgi tu. papa makan abes je nasi dia.