Tuesday, April 16, 2013

Cerita conference, day 1 and day 2

Memandangkan kena g conference kat Penang selama 4 hari dari 8 april hingga 11 april maka saya decide untuk ajak husband and bawa dhiya sekali. sambil berconference boleh jalan2 sekali. Memandangkan conference start pagi 8 april tu jadi kami decide nak bertolak pagi 7 april. jadi esoknya tu takdelah kelam kabut sangat. 

Day 1 

Selepas mengharungi perjalanan dari KL selama 5 jam lebih maka sampailah kami ke negeri pulau pinang pulau mutiara. ini adalah kali ke3 saya ke sana. pertama kali pergi ngan kawan2 masa kat KMK. kali kedua ngan gegirl masa kat UTP. 


Kami menginap di Paradise Beach Resort. Macam hotel lama tapi service okay. Yang kesian nya dhiya amni ngan husband lah sebab terpaksa menunggu di hotel bila saya berconference. Conference sendiri tak lama mana. dengar conference orang yang lamanya. 


Petang sempat mandi laut ngan kolam. tapi takde gambar sebab mama pun mandi juga. phone tinggal kat bilik. 

Day 2

Esok pagi2 terus amik gambar sunrise. Kat sini sunset tak nampak sunrise je nampak. 


Then siap2 terus g breakfast. mestilah semangat pasal makan2 ni. yang paling semangat dhiya amani lah. kalau tak caya tengok gambar bawah ni. hahaha! action je lebih yang sebenarnya makan tak banyak mana. 


Mama makan ni je sebab diet. hahaha tipu je. kalau boleh sume yang ada nak makan. siap bertukar2 menu bila nak kurusnya. ye tak?


Ini dhiya amani bila suruh ready terus buat muka camni. better tak yah suruh ready kalau nak amik gambar dia. 


Ini gambar yang tak suruh ready. much better..


Posing sikit before mama turun. oh conference room kat level 3, bilik kitorang kat level 16. so senang lah mahu skip. eh mahu ulang alik. hehe


Ini adalah conference materials. 


Malam ajak papa g jalan2 kat batu feringgi. terbeli perfume ngan car charger. melayan duit di situ. 
tapi laksa penang tak sedap dan tak abes. ni kat kedai mana entah tak ingat. kedai ni belakang2 ngan deretan pasar malam feringgi tu. papa makan abes je nasi dia. 


No comments: