Wednesday, April 17, 2013

day 5 and day 6

amboi... lama nya berjalan2. sejak kawen tak pernah lagi jalan2 sebegini lama melainkan balik kampung. huhu! ini namanya jalan2 dalam keterpaksaan. yang sangat kesian dhiya amani demam teruk. penang sangat panas oke. hmm KL pun panas juga sebenarnya. 

day 5

day 5 di penang adalah hari terakhir conference. untuk hari terakhir conference hanyalah half day sahaja. makanya jomlah check out awal sikit dan kita ke padang kota lama since kawan se conference mencadangkan tempat makan yang best adalah padang kota lama ngan padang brown. tapi kami memilih untuk ke padang kota lama. padang brown insyaAllah lenkali. 

tapi sebelum itu singgah dahulu di pasar chowrasta sebabnya nak beli jeruk. pasar chowrasta ni adalah pasar yang ada jual macam2 jeruk, baju penang dan segala cenderamata yang lain. tapi memandangkan tujuan asal kami untuk membeli jeruk maka kami singgah sekejap sahaja. 

kedudukan pasar chowrasta ni adalah berhadapan ngan balai polis pulau pinang. 

kami beli jeruk di kedai nasir jeruk. 


Tujuan utama masih diteruskan. dan inilah medan selera padang kota lama. kedudukannya adlaah tak jauh dari kota fort cornwallis. disebabkan mungkin kitorang sampai awal, banyak kedai yang tak buka lagi. yang ada hanya kedai pasembur. best juga pasembur tu. kena ngan tekak. niat di hati nak makan air kelapa. tapi kelapa ada tuan kedai takde. jadi minum air milo sajor. 


Ini lah pasembur yang dimaksudkan. nampak menarik tak. rasa pun menarik. rasanya kalau ke Penang lagi mesti ke sini. 


Oh, medan selera ni betul2 menghadap laut. best jugalah tapi kena pandai pilih tempat makan yang strategik. since kami sampai masa orang masih takde. jadi bolehlah pilih tempat suka2 hati je. dhiya amani tido tak makan pon. lagipun dia tak suka benda2 merah. pedas katanya. 


Lepas makan2 makanya tibalah masa untuk meninggalkan pulau pinang. jadi kami memilih untuk ke tanah besar ngan feri. nasib baik jumpa pangkalan feri ni. namanya pangkalan tun raja uda. 



Kesian dhiya amani tido sampai tak sedar kete dah kat atas feri. 


dalam kejauhan nampak libra cruise. insyaAllah one day nak merasa naik cruise pula. huhuhu! berangan =)


sempat lagi mama & papa posing. sekejap je turun sebab dhiya amani nangis. 



Perjalanan diteruskan ke rumah anak sedara husband di kepala batas, kedah. dalam 100km lebih juga dari butterworth. tapi alang2 dah kat penang pergi je lah. sebab kalau dari KL semata2 nak ke sana mungkin lambat sikit lah nak pergi nya. 

Malam sambung berjalan lagi. ke masjid zahir alor star. sambil sembahyang magrib. tapi tak snap gambar sebab macam segan. tapi serious masjid tu cantik.

credit to http://faisal59.blogspot.com

Then destinasi seterusnya ke masjid al-bukhari. kagum dengan syed mokhtar al-bukhari ni. tersentul dengan sikap murah hati beliau. insyaAllah kalau saya senang nanti mahu jadi macam beliau. tolong anak bangsa melayu. 

tiba2 dapat idea. apa kata kerja kat KL tapi nanti bila senang taburkan sedikit bakti kat kampung halaman. sekurang2 kita boleh menambah peluang pekerjaan kepada anak2 muda di kampung. daripada kita datang KL. kita senang sorang2. kampung halaman masih macam dulu juga. at least masih ada anak muda yang mencari sumber rezeki di kampung untuk menyambung legasi warga yang makin meningkat usia. Ye, kebanyakkannya anak muda datang ke ibu kota bukan atas kehendak namun atas tanggungjawab. peluang pekerjaan banyak kat sini jadi hendak tak hendak terpaksa juga datang sini. 

masih skop cerita yang sama tapi di jitra. saya tengok banyak sangat bangunan Dr. Rozmey. Hotel dia punya. bangunan kedai dia punya. maahad taafiz dia punya. dengan bertambahnya benda2 macam ni maka bertambah lah peluang pekerjaan di jitra. insyaAllah jika dipanjangkan umur dan diizinkan Allah saya mahu jadi macam mereka ini. kekayaan adalah untuk dikongsi bukan untuk dinikmati sorang2. 





Lepas penat berjalan2 singgah makan nasi arab di The Old Castle. Restoren nasi arab. Makanan boleh tahan. kedai pun cantik. tapi malu nak snap gambar.


day 6

sudah mahu balik KL. tapi on da way singgah di bertam jumpa ex-colleague kat bertam. dan sampai umah kul 1 pagi. penat yang amat.


2 comments:

Kayu Manis said...

best jalan2 ye..kmpung suami ke?

eira eixora said...

tak kak. kampung belah suami anak sedara husband.