Saturday, February 15, 2014

Follow orang yang berjaya

Untuk berjaya kita kena dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya. Mendapat aura positif dari orang-orang yang berjaya. Dan lakukan seperti mana orang-orang yang berjaya buat. InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita jua. 

Setelah menfollow facebook (trend sekarang kan ni?) mereka banyak yang saya dapat. 

Mereka selalu positif

Setiap posting mereka sama ada idea atau apa sekali yang mereka tulis adalah positif. Jarang sekali bernada sinis dan memerli pihak lain.

Suka berkongsi

Mereka sangat terbuka dalam berkongsi tips-tips kejayaan. Bagi mereka makin ramai orang yang berjaya lagi bagus. Mereka tidak fikir bila makin ramai orang berjaya makin susah untuk potensi diri berkembang. Bagi mereka kejayaan untuk dikongsi bukan untuk dimiliki sorang-sorang. 

Networking

Bila saya follow satu facebook rupanya mereka sudah link dengan satu yang lagi. Dan sebenarnya kebanyakkan dari mereka adalah berkawan di dalam satu network yang besar. Fahamlah saya untuk berjaya kita kena ada kumpulan untuk meransang kita supaya menjadi lebih berjaya lagi. 

Samalah macam citer burung. Burung tak leh terbang kalau berseorangan. Sebab tu lah burung selalu terbang dalam bentuk V. Mungkin untuk mengurangkan rintangan udara.


Tabah dan sabar

Kejayaan tak mudah untuk dikecapi dengan bersenang lenang. Kebanyakkan dari mereka berjaya setelah bangkit dari kegagalan yang entah ke berapa. Kelebihan mereka. Mereka tidak meratapi kegagalan tapi bangkit berusaha untuk mencapai apa yang meraka sudah targetkan. 

Berjimat cermat

Mungkin ini sifir orang kaya sebabnya mereka semasa baru nak naik dulu gaya diketepikan. Formula mereka. Kereta biar kecik. Asalkan poket penuh. Mereka tak malu pun pakai kereta kecik-kecik, pakai kereta buatan nasional. Asalkan cash flow positif. Ramai yang saya jumpa macam ni. Antara kehendak dan keperluan sangat penting masa baru-baru nak naik ni. Bila dah berjaya bolehlah merealisasikan mana-mana impian tertonggak tu. Rumah pun untuk permulaan beli yang kecik-kecik je. Tahu-tahu rumah kecik-kecik pun dah ada 10 biji. Oh! realiti admire them.

Kebergantungan kepada Allah S.W.T

Apa-apa yang mereka buat, lakukan dan usahakan adalah semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t sebabnya rezeki adalah dari Allah s.w.t. Dia lah yang memberi rezeki dan Dia jualah yang menariknya balik. Sebab itu keberkatan penting. Dalam hal ni solat (tiang agama) tidak boleh dilupakan. Dan lagi satu derma. Saya pernah baca duit yang kita dermakan itulah sebenarnya duit kita. Dan bila kita dermakan tak usahlah uar-uarkan sangat kepada orang lain. Amalkan konsep tangan kanan yang memberi tangan kiri tak tahu pun. Eh! ada ke perumpamaan ini. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

1 comment:

Kayu Manis said...

suka n3 ni..memberi Allah gandakan lagi..