Cerita 1: Bertemu seseorang
Oke. Ceritanya begini. Saya bertemu dengan dia secara tidak sengaja. Sebab tujuan sebenar bukan mahu jumpa dia tetapi mahu jumpa seseorang di atas. Tapi bila jumpa orang tu dia ada sama.
Setelah itu saya godek-godek namanya di google. Apa yang saya jumpa tagline impian dia tu dia dah tulis sejak tahun 2010 lagi. Tagline tu saya takleh nak kongsi kat sini. Tapi tagline tu sangat ringkas tapi padat. Mengenai impian dan cita-cita dia. Dan hari tu bila saya jumpa dia awal tahun 2014 ni lah. Dengan izin Allah s.w.t dia sebenarnya sudah capai apa yang dia tulis 5 tahun lepas.
Sebab itu lah saya akan keep on writing benda yang saya mahu dan impikan kat sini. Niat saya cuma mahu share sahaja apa yang saya rasa, impikan dan sekiranya saya berjaya nanti saya akan cuba untuk kongsi juga di sini.
Dan oh! ini cerita lain pula tapi masih lebih kurang sama.
Cerita 2: Keciknya dunia
Rentetan perjumpaan saya dengan seseorang dalam cerita 1. Saya telah add rakan-rakannya yang best di FB. Tetiba saya terfollow satu FB ni yang memang besssst je citer dia. Kalau boleh saya nak like je sume post dia. Sebab macam kena dan ye ye je. Haha! Tanpa pernah terfikir nak godek-godek FB dia. Rupanya dia saya pernah kenal dia masa kat uni dulu sebab saya ada tolong jual baju dia dulu. not bad la dulu masa tu bila student jual baju dapat komisyen seratus ke dua ratus untuk satu batch kan. tapi saya jual sekali tu je rasanya.
Oh, dia memang sudah bisnes minded sejak dulu. Dan tanpa saya sedar saya pun ada minat tu cuma kena polish banyak untuk sampai ke tahap tu.
Mungkin Allah s.w.t nak mudahkan jalan saya jadi kami jumpa lagi (di alam maya) untuk berkongsi idea-idea dia yang best tu. Haha! panjang lebar ceritanya. Excited punya pasal. Nanti bila betul-betul jumpa akan saya entri lain nanti.
Semoga dengan izin Allah s.w.t saya akan dapat capai cita-cita dan impian saya. AMinnn..
Cerita 3: Solusi FB yang makin tak best
Mungkin kah saya kena create FB page nama saya sendiri sebab saya rasakan FB profile saya sudah makin tak best. Hahaha!.., Tapi sapa nak like. Kalau takde orang like. Saya update status, saya baca sendiri pastu saya like sendiri....... hahahahaah!
2 comments:
ooo bestnya jumpa kwn lama ye..
fb akak pun tak best sgt..cuma banyak guru yg kak nak dptkn ilmu..
salam.kalau free boleh la singgah ke blog noly ye www.nolyanna.blogspot.com :)
Post a Comment