Monday, March 3, 2014

Busy me!!

Hahaha! Buzy juga jadi cikgu lantik sendiri ni. Moment yang macam jadi touching tu bila student atau parent panggil cikgu. Dalam hati. Macam tak percaya satu hari ini akan ada orang panggil saya cikgu. Bila citer pasal ni mak saya excited je. Mungkin sebab dulu dia nak sangat saya jadi cikgu. Jadi cikgu tuisyen pun jadi lah kan. InsyaAllah moga pekerjaan ni akan diberkati olehNya sebab saya dah buatkan mak saya gembira. Dulu masa dia suh saya apply jadi cikgu saya masukkan juga option tapi option kelima. Memanglah probability nak dapat tu susahkan? 

Alhamdulillah sekarang kelas saya setiap petang full kecuali hari ahad saja takde kelas. Malam pula hari rabu ngan kamis ada kelas. 

Perbezaan tuisyen ni ngan lain-lain servis

1. Ianya berulang-ulang dan kita tak perlu cari customer setiap masa. Sebab customer untuk seminggu depan adalah customer yang saya dengan yang seminggu ni. 
2. Payer kita orang lain-lain. Jadi dari segi harga memang diorang tak kisah. Sebagai contoh sekarang saya ada 7 student dari 5 parent. Jadi parent yang bayar saya lain-lain. Kalau kita kerja office sume duit gaji dari majikan yang sama kan.

Okeylah insyaAllah dikesempatan yang lain saya akan kongsi lagi sedikit sebanyak. =)

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah pagi

Mizz ErMa said...

bestnya..masa dulu2 pon sy bercita2 nk jadi cikgu jugak tapi tu lah, hajat xkesampaian pulak..