Haha! lately dunia FB banyak memberi kesan pada kehidupan harian saya. Perasan ke tidok banyak post kat sini berkenaan FB. Tapi apa salahnya kan kalau memberi aura positif. Just sharing =)
Okes. Bila terbaca status kawan saya ni kan. Saya selalu terfikir. Oh! saya pun fikir benda yang sama. Dan naluri kuat mengatakan yang matlamat kami juga sama. Yang pasti saya sebenarnya mahu keluar dari "rat race". Rat race tu apa? InsyaAllah nanti saya explain lain. Kepada yang nak beli buku yang explain pasal benda ni, someone told me bukunya adalah "Rich Dad, Poor Dad". Saya ada softcopy je. Mahu beli yang hardcopy tapi selalu sold out kat kedai.
Memandangkan baucer buku dah boleh amik jadi saya mahu tunggu baucer buku dulu untuk beli buku tu.
__________________
Ini tips juga saya dapat daripada kawan-kawan di FB saya juga. Saya bagi tajuk HIKMAH MEMBERI
Oke ceritanya begini, setiap kali ke masjid masa hari jumaat (untuk lelaki) atau bila-bila masa untuk perempuan. Dalam lebih kurang seminggu sekali. Cuba dermakan duit yang paling besar dalam poket kita ke tabung masjid. Sebagai contoh. Dalam dompet kita ada RM100 dengan RM10. Bagi RM100. Sebab sebenarnya duit yang kepunyaan kita adalah duit yang RM100 tu. Iaitu duit yang disedekahkan. Duit yang kita tak sedekahkan tu belum tentu duit kita lagi. Jadi mana yang kita mahu. Mestilah kita mahu yang banyak bukan.
Consequence nya apa akan jadi. Penulis tu cakap itu kena amalkan dulu baru rasai perubahan apa akan jadi dengan kehidupan kita selepas itu.
____________________
Ada satu lagi saya dengar program Tanyalah Ustaz kalau tak silap.
Ada orang tanya. Berbunyi lebih kurang begini. Ustaz saya takutlah nak bagi RM50 bila orang passing bekas kat masjid. Nanti orang nampak riak pula.
Ustaz tu cakap untuk buat baik mula-mula memang akan ada perasaan tu. Walaupun terdetik dalam hati teruskan juga. Lama-lama kita akan terbiasa dan riak akan bertukar kepada ikhlas.
2 comments:
SETUJU
setuju sangat...
salam ziarah dari bunda..
Post a Comment