Alhamdulillah hidup makin bertambah baik. Tidak sangka sedikit anjakan paradigma yang saya lakukan di awal tahun tempoh hari telah menemukan saya dengan ramai insan-insan yang hebat. Ia sedikit sebanyak mengubah persepsi saya terhadap kehidupan dan menjadikan saya makin matang.
Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini. Sesungguhnya pertemuan kita juga adalah disebabkan ketentuan Allah s.w.t. Syukur padaMu ya Allah. Bak kata sifu saya "Yakin sebelum berjaya". Hasrat, impian & cita-cita saya telah diluahkan pada ummi semasa balik kampung tempoh hari. Alhamdullilah ummi menyokong penuh.
Sekarang misi saya untuk mengumpul 10K untuk melangkah setapak lagi. InsyaAllah, insyaAllah dengan izin Allah s.w.t misi ini akan terlaksana kelak. Lambat atau cepat.
Menulis misi adalah salah satu tips kejayaan. Dan insyaAllah bila da dapat 10K itu saya akan godek balik entri ini =)
Doakan saya SAHABAT!
No comments:
Post a Comment