Baby dah nak masuk 32 week. Nurse pun dah remind suh packing barang baby untuk bawa g spital. Baiklah. Merajinkan diri untuk packing. Tapi barang mama belum lagi =)
Tak bawa banyak sangat. Barang-barang basic saja.
Set baju 1.
Balut perut tu beli masa expo IBEX. RM5 satu, masa kat PICC RM3 sahaja.
Tapi kat PICC dah tak beli sebab dah beli kan.
Set baju 2.
Tawakal je prepare sume baju gegirl.
Sekali keluar boboy terpaksa kena pakai baju ni juga sebab takde baju lain dah =)
Blanket with hat.
Ini yang kakak dhiya punya. Recycle saja.
Towel.
Saja beli towel warna biru.
Pampers bawa 4 keping ni sahaja.
Kalau tak cukup minta papa belikan lagi. Ni dapat FREE masa beli drypers sekotak hari tu.
Minta adik belikan kat spital dia keje.
Lampin 2 helai.
Tak tahu apa kegunaan. Mungkin berguna nanti. Jadi bawa je.
Maaf cakap, sangat tak puas hati dengan kualiti lampin zaman sekarang. Nipis gler.
Masa pilih-pilih hari tu sume macam lebih kurang je nipisnya. Jadi beli yang ni.
Toiletries.
Bawa yang ni je. Sume ni dapat FREE masa kat IBEX.
Minyak baby belum beli lagi. Nanti add on kemudian.
Taraaa dah siap. Leh letak siap-siap dalam kete.
Beg ni pun dapat FREE masa beli drypers hari tu.
*Kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibawa tinggal kat komen k. Tq korang =)