Monday, January 12, 2015

Botol susu

Biasalah bila anak pertama mak yang excited lebih. Memandangkan dhiya amani saya dah bagi dia susu botol masa dia 3 bulan lagi. Maka pencarian botol susu bermulalah. Dhiya tak cerewet bab2 botol susu ni. Tapi mama papa dia pula yang over. Nak yang anti colic lah apa lah. Dan yang anti colic punya botol susu tak murah. Huhu!. Nak beli botol susu tu sebenarnya boleh pejam mana lagi tapi nak tukar puting nye tu memang tak leh pejam dah. Last2 pakai je botol susu biasa. 

Yang termahal dalam sejarah botol susu dhiya amani Dr. Brown ni lah. Sebenarnya husband kurang setuju beli yang ni sebab mahal dan takut tak berbaloi. Dan memang pun, pakai kejap je. Tapi sebab mama beria dia bagi juga beli. 


Tak tahu lah pendapat orang lain. Bagi saya botol ni berat sebab kaca. Memang boleh tahan sampai bila-bila sebab kaca. Sekarang ni pun ada lagi. Tapi puting nya dalam belas2 ringgit kalau tak silap. Fikir punya fikir baik beli botol murah siap dapat botol baru plus puting lagi =P

Avent pun pernah beli kat dhiya. Guna masa dia baby lagi. Tapi pun harga puting dia boleh tahan jugak. Last2 tak guna2 dah yang avent tu. 


Yang paling last dhiya guna botol yang agak mahal ni botol tupperware. Tapi takdelah semahal 2 botol kat atas. Sebab mamanya agent tupperware kan dulu2... Tapi pun puting rm belas2 jugak. Tak pernah tukar puting original tupperware sebab try pureen punya puting muat pulak. Jadi beli puting pureen je. Lama-lama guna botol dah tak semengah. Nak tukar tak boleh. Katanya selagi boleh tengok lagi bacaan OZ tu kat botol takleh tukar botol baru, walaupun katanya botol tupperware ni lifetime warranty. Makanya berhabuklah botol tu dalam almari. 


Sekarang ni guna botol biasa2 je. Hari tu beli OK baby dalam RM10 dah dapat 3 botol siap puting lagi. Boleh lah guna asalkan BPA free kan. Pernah beli botol MAM jugak. Harga tak sampai sepuluh. Anakku pun oke. Pape pun nak beli botol susu ni kena fikir pasal mantainan jugak. Botol takpe mahal sket boleh pejam mata beli. Tapi kalau nak tukar puting dah dekat sama harga ngan botol rasa takleh nak pejam mata lagi dah. Apa2 pun tepuk dada tanya selera masing-masing. 

Untuk second baby ni taknak lah berhabis pasal botol susu ni. InsyaAllah nak beli yang biasa2 je. Tapi hari tu dah terbeli tommee tippee sebab kawan ajak share ngan dia. Tapi satu je lah belinya. 




4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great entry

CikAnie said...

saya guna botol biasa je yang BPA free,, saya beli 5 botol untuk stok sehari dari pagi sampai malam hihihi,, mudah untuk travel siap2 taruk susu,, anak nak baru tuang air je,, puting guna pureen RM5 dapat 3pcs..

eira eixora said...

saya pun dah insaf. pasni nak pakai botol biasa2 je. lebih baik guna duit untuk benda lagi berfaedah =)

LYAfrina said...

a ah..lya pon guna y biasa..tp BPA FREE la