Sunday, August 14, 2016

Kita akan bersabar untuk benda yang kita minat

Suatu ketika dahulu saya pernah berimpian untuk menjadi chemical engineer. Walaupun pada mulanya saya tak dapat kerja tu. Saya kerja kat tempat lain. Dan saya tahu kalau saya sabar dan tunggu saya akan dapat post tu. 

Tapi saya decide untuk tukar bidang. Tak tukar sangat la cuma saya decide untuk sambung belajar. Bila dah sambung belajar ni dia jadi more to education not engineer anymore. Tapi tak tahu la kan kalau one day. After going through all this hard work rezeki saya tertulis sebagai engineer saya tak tolak. 

Decide untuk sambung belajar bukan benda main2.. Buat master je 3 tahun. Dan saya decide pulak untuk sambung phD dalam kertas tulis 3 tahun. In reality tak tahu la kan berapa tahun lagi. Tapi saya macam oke je walaupun jika kira dah amik masa 6 tahun untuk habis. Dan saya rasa ini passion saya. Saya oke je buat lab. Saya oke je kalau kena tulis2. Walau kadang2 ada gak stress biasa la tu. Kerja lagi stress kot. Masa keje dulu tiap2 hari nanges. Syukur saya pernah keje dulu. Kalau saya sambung belajar terus mesti saya tak sabar2 nak kerja. Sekarang saya relax je. Walaupun sedih bila orang cakap saya jobless. Bangga apa pegang status student sampai ke tua. Jarang orang nak belajar tua2 ni kan. 

Saya sangat kagum dengan kawan2 yang seangkatan ngan saya. Yang struggle belajar dengan anak isteri suami lagi. Dengan kewangan yang tak menentu. Dengan segala macam rintangan yang perlu di hadapi. Percayalah jarang yang sambung belajar ni mengejar gaji besar dan pendapatan yang lumayan bila kerja nanti. Kebanyakkannya lebih kepada KEPUASAN diri sendiri. Kalau nak pendapatan tinggi jadi kaya raya buat je lah bisnes kan. Ramai kan cakap buat bisnes takyah sekolah pun boleh jadi kaya raya. Ni saya tak kata, ada orang kata. Kepada kawan2 seangkatan, semoga kita berjaya mencapai impian dan cita2 kita. Aminnn... 

2 comments:

farahana said...

Saya bakal melalui fasa sis ni..doakan saya :)

eira eixora said...

InsyaAllah farahana..