Sunday, July 24, 2011

Pengat durian

Jumaat tengah hari ofismate ajak g makan masakan panas area2 SS2. Lepas makan dengan perut yang kenyang gi makan pulak durian kat kedai sebelah. Kalau nak makan situ dengan harga RM9 sorang boleh makan sampai muntah. Hahaha! Tapi kitorang tak pilih yang tu sebab perut tengah penuh tapi mahu makan lagi.. Jadi kitorang amik yang 2 biji RM10. Tapi uncle 2 bagi lebih sebijik. Okela untuk makan 4 orang. Sebiji2 tu besar jugak lah. Then, saya beli lagi RM10 bawak balik. Sebab husband suke.


Makanya malam tu berpengat durian lah kita. Biasanya tak reti masak apa2 yang based dia pulut. Hari tu penah 2x tanak pulut secara manual. Pertama kali mentah, tak cukup air. Kedua kalinya lembik terlebih air. So, nak buat pengat ni sebenarnya berkira2 jugak. Tapi buatlah jugak dengan alternatif lain iaitu menggunakan rice cooker. Tak sangka pulut kali ini menjadi. Elok je masaknya. Bila pulut menjadi baru lah buat kuah. Kalau pulut tak jadi nak makan kuah dengan apa =)

2 comments:

n.h.m.s said...

saya suka makan pengat durian dengan roti!~~:D

eira eixora said...

betul2. tp hr tu kuah ngam2 je ngan pulut. so tak sempat makan ngan roti da abes dulu