Resipi ni saya suka suki buat dan olah sendiri. Kalau mahu buat juga resipi kat bawah k. Rupa takde tapi rasa not bad k =P
Bahan2:
1. 3 cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak ( betul ke ni, ke ade perkataan lain?) dan diblend halus
2. 3 cawan gula aising/gula biasa. mana2 boleh tgk nk structure kasar atau halus. tapi ni agak manis sket. boleh kurangkan.
3. 3 cawan gandum
4. 1 1/2 cawan minyak masak
Cara2:
1. Masukkan kacang, gula dan gamdum ke dalam bekas. gaul rata.
2. Masukkan minyak masak sikit2 sehingga adunan menjadi elok. Kalau keras leh tambah minyak kalau lembik kurangkan minyak.
3. Bentukkan adunan sesuka hati.
4. Bakar di dalam oven, suhu 150oC, 20 minit
Selamat mencuba~~~
2 comments:
dulu saya panggil 'goreng tanpa minyak' jugak. rupanya baru tau itu adalah 'sangan'. hahaha. malew kat bakal mak mertua~
hehe. at least we learn somthing. betul tk?
Post a Comment