Sunday, August 5, 2012

Biskut raya pertama: Biskut Labu Syawal

Hajat di hati nak buat biskut semperit dulu. Tapi hari tu tak singgah kedai lepas balik keje jumaat. Sebab semangat da ade buat je lah ikut barang yang available kat umah. Makanya inilah kali pertama saya buat biskut ni. Nama diberi Biskut Labu Syawal. Rupa tak labu sangat pun. Almaklumlah tak bape reti sangat nak buat tapi tetap mahu buat biskut sendiri jugak =P

 Sumber: Majalah saji Ogos 2011, page 128




Bahan2:
1. 180gm mentega
2. 50gm gula aising
3. 200gm tepung gandum
4. 2 sudu susu tepung
5. 40 gm gula perang
6. Pes nanas
7. 2 biji kuning telur
8. Pewarna

 Cara2:
1. Mentega & gula aising di pukul hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan gandum, susu tepung dan gula perang. Gaul sebati.
3. Bentukkan aduanan seperti buah labu. Sebagai penyedap rasa, letakkan pes nenas sebagai inti.
4. Kemudian, sapu adunan yang telah siap dengan pewarna dan bakar pada suhu 150oC dalam masa 20 minit.

No comments: