Wednesday, December 24, 2014

Kuala Krai: Banjir makin teruk, mohon doa semua..

Stesen Minyak Petronas Kuala Krai


Stesen Keretapi Kuala Krai


IPD Kuala Krai


Sekolah Menengah Kuala Krai


Sekolah Menengah Manek Urai


Masjid Pondok Sungai Durian


Kolej Vokasional Kuala Krai


Sekitar Bandar Kuala Krai





Stesen Bas Kuala Krai


Sekolah Menengah Manek Urai


Pasar Besar Kuala Krai


Terkini: Umah Umi naik air

Sob sob sob sedih sangat teringat kat kampung. Tak pernah lagi dalam sejarah umah tu naik air. Umi terpaksa pindah. Dan barang2 tak sempat kemas sebab unpredicted.

Mohon doa semua moga air cepat surut. Ya Allah ya Tuhanku. Tak dapat tahan air mata ni rasa. Nak balik Kelantan sume jalan dah blok.

Grik - Tanah runtuh
Cameron - Tanah runtuh
Gua musang - Banjir di Merapoh
Terengganu - Air dah mula naik kat LPT

Ya Allah permudahkanlah semua. Aminnn.

Tuesday, December 23, 2014

Banjir besar di Kelantan, 2014

Memandangkan tak dapat balik kampung. Tengok gambar-gambar yang dihantar kat whatsApp saja. Tapi banjir sangat teruk. Ya Allah, engkau surutkanlah air banjir tersebut. Bandar Kuala Krai dan kawasan sekitar terjejas teruk. 

Gambar di ambil dari Hospital Kuala Krai




Lata berangin, Kuala Krai


Sebelum banjir


Sekarang

Rumah anak sedara kat Kuala Krai


Pagi tadi rasanya


Petang ni

Lata rek, Kuala Krai


Sebelum dan selepas


Terkini

Sekolah Kebangsaan Pahi, K.Krai


Sungai Durian, Kuala Krai


Sekitar Bandar Kuala Krai


Depan pasar


Gambar di ambil dari taman permainan



Menurut sumber air makin naik. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Untuk Negeri Kelantan dan negeri-negeri pantai timur yang lain. Amin. 


Saturday, December 20, 2014

First correction done!

Oh, dua hari berkurung dalam bilik demi menyiapkan thesis correction. Tadi dah send balik kat SV. Dan kena bersedia untuk correction yang seterusnya. 

Nasib baiklah papa ngan dhiya sangat memahami dan banyak membantu. Mana tak sempat nak buat tu papa lah banyak tolong. Ini baru master. Kalau phd tak tahu lah macam mana. 

Sekarang boleh bertenang sedikit sebelum dapat emel seterusnya. Rasa fobia nak buka emel. Alangkah indahnya kalau tulis pasal teknikal sama macam tulis blog =)

Thursday, December 18, 2014

Dividen & Bonus ASB 2014

Dah diumumkan. Not bad lah kan. Alhamdullillah.


berita penuh DI SINI

Tuesday, December 16, 2014

Aura penulisan

Okes ini mungkin lebih kepada bakat. Ada orang tak payah berhempas pulas memikirkan ayat-ayat yang power untuk menulis. Sebab apabila dia menulis terus terkeluar ayat-ayat yang kalau orang baca rasa nak baca lagi nak baca lagi. Ada pula yang berusaha untuk tulis yang hebat-hebat tapi hasilnya biasa-biasa sahaja. 

Jadi saya jatuh pada kategori mana? Hanya pembaca yang boleh menilai. Kalau diri sendiri menilai mestilah tulisan sendiri bestkan. Kitakan biasanya selfish. Kalau tak bila tengok cermin kita tak cakap pula dalam hati "cantik juga aku ni" hehe! 

Berbalik kepada tajuk, saya dengan tidak sengaja terfollow sorang FB kakak ni. Saya tengok dia update setiap hari. Banyak kali pula tu bukan sekali dua. Tapi kita suka nak baca tulisan dia. Tulisan dia mesti ada moral of the story. Walaupun pendek kadang-kadang sangat bermakna. Walaupun pendek penuh bermotivasi. Memang berbeza dengan orang lain. Apa yang dia tulis tu macam kita nak iye kannnn aje memanjang. Macam eh aku nak cakap macam ni lah sebenarnya tapi tak tahu nak tulis cam mana. Walau kadang-kadang maksud dia nak bagitau tu sama je ngan orang lain nak bagitau but the way she wrote sangat boleh diterima. Tak buat orang sentap dan so on. Korang pernah jumpa tak orang-orang yang macam ni? Mungkin dah gifted kot. 

Orang-orang macam ni kalau tulis buku laku ni. Saya pun ada cita-cita nak tulis buku. Eh! =)

Monday, December 15, 2014

Cara kira dividen & bonus ASB

Sekarang dah bulan 12. Awal tahun depan mesti ramai yang dapat dividen ASB ni kan? Perasan tak bila kat TV announce tu dia ada 2 bahagian. Satu dividen dan satu lagi bonus.

Sumber gambar: google
Yang atas 7.75 tu dividen, yang 1.15 tu bonus.


Pengiraan untuk dua2 ni lain. Saya ada terjumpa blog yang ajar cara pengiraan dividen dan bonus ASB ni. 

KLIK SINI

Cara pengiraan dividen:

1 bulan / 12 bulan x Dividen ASB (%) x Baki terendah bulan tersebut

Berdasarkan formula di atas. Maksudnya pengiraan ASB ni ikut bulan-bulan bukan ikut tahun sekali gus. 

Contohnya, mula bulan 1. Pada 1/1/2014 akaun ASB kita kosong. Dan pada 15/1/2014 kita masukkan duit RM1000. Dividen dikira berdasarkan jumlah 0 tersebut sebab dia amik baki terendah bulan tersebut. 

Jadi, untuk dividen bagi duit RM1000 tadi akan dikira pada bulan Februari dengan syarat tiada pengeluaran dibuat. Sekiranya pengeluaran dibuat dan baki akaun pada bulan Februari adalah RM500 makanya dividen akan dikira berdasarkan RM500 tersebut. Ingat ia dikira berdasarkan baki terendah untuk bulan tersebut.

Sekiranya mahu memasukkan duit dalam akaun supaya dividen dikira pada bulan tersebut contohnya bulan 3. Duit mestilah dimasukkan pada akhir bulan 2 bukannya 1hb 3 sebabnya kalau dimasukkan pada 1hb 3 baki terendah telah dikira berdasarkan sebelum duit tersebut dimasukkan. *Mungkin sistem dah detect selepas pukul 12 tengah malam kot. 


Cara pengiraan bonus:

1 bulan / 120 bulan x Bonus ASB (%) x Baki terendah bulan tersebut

Perasan tak bonus selalunya macam sikit je kan. Sebab dia dikira dalam tempoh 10 tahun (iaitu 120 bulan) sebab tu bila lama simpan baru bonus jadi banyak. Ini tidak applicable untuk simpan pastu keluarkan balik. 

Oke. Untuk lebih faham boleh ke blog yang di linkkan tu k. 

Semoga bermanfaat. 



Saturday, December 13, 2014

Unofficially graduate & housewife

Start 1st December hari tu saya dah tak g UM. Sebab I suppose habis master masa bulan 9 hari tu. Tapi dah terextend satu sem. Maka grant pun abes. SV dah tak dapat bagi monthly allowance lagi. Memandangkan satu paper dah accept ngan draft thesis dah submit. Makanya minta ngan SV nak duk rumah je. Kalau ada pape baru g UM. Ye lah kalau nak g juga UM setiap hari macam dulu dengan duit minyak nya lagi dengan duit makan hari-hari banyak jugak tu. Kalau kat rumah leh masak untuk tengah hari. 

Jadi bulan ni dah tak hantar dhiya amani ke rumah babysitter setelah hampir 4 tahun dia duk ulang alik umah babysitter. Bila tanya best duk umah 'umi' babysitter dia atau umah mama. Dia jawab umah mama. Sekali fikir kesian dia selama ni duk hantar umah orang. Tapi nak buat cam mana kan. Lepas bersalin ni pun plan nak keje. Pun kena hantar dhiya ngan adik ke rumah BS juga. Hopefully semua oke2 saja. 

Hari tu jumpa kawan. Sama-sama belajar kat UM. Dia cakap dia tak boleh jadi fulltime housewife nanti badan jadi lemau. Sebab bila duk kat umah bangun of course lah lambat bangun. Pastu keje rumah ke mana plan nak buat apa-apa pula ke laut. Saya sangat salute pada housewife yang sangat berdisiplin. Which is susah nak jadi macam tu, dengan takde orang nak marah dengan takde orang nak suruh. Sume kita kena arrange dan organize sendiri. 

Sekarang ni hampir 2 minggu kat umah. Kadang-kadang ajak juga husband keluar melihat keindahan alam. BS dhiya dulu cakap dia pernah tak keluar rumah 4 bulan. Huh sangat lama lah bagi saya. Dengan rumah flat nya. Macam terkurung sangat. Kalau rumah kat kampung at least masa sidai kain ke leh jejak tanah jugak. 

Wednesday, December 10, 2014

Dah jatuh cinta ngan HOLABEBE romper

Tak tahu lah jenama Holabebe ni dah lama ada kat pasaran ke baru. Tapi hari tu masa Expo kat IBEX terjumpa ngan baju ni terus jatuh cinta. Material kain lain dari romper yang biasa tu. Masa tu harga beli satu RM20 sehelai. Kalau beli 3 helai RM50. Makanya terus beli 3 helai. Tapi bajunya dah selamat hantar kat kampung. Jadi gambar kita google sajor. Plus romper ni dia punya tulisan pun best2. 

Ini mama yang pilih

Papa tak nak kalah dia pilih yang ni. Tapi mama tak bape suka warnanya.

Ini mama & papa dedicate untuk baby

Kalau ikutkan hati nak beli lagi tapiiiii kena fikir banyak kali untuk barang lain juga. Holebebe ni ada jumper jugak. Pun cantik2... hurmm!

Tuesday, December 9, 2014

Allano Lotion mengurangkan stretch mark

Stretch mark dah mula keluar. Sama macam pregnantkan dhiya dulu stretch mark keluar masa 8 bulan juga. Hari tu ada orang suggest pakai Allano lotion ni untuk kurangkan stretch mark. Sekarang kosisten pakai 2 3 kali sehari. Nanti kita tengok lah result dia. Hopefully menjadi. 


Wednesday, December 3, 2014

Beg Baby - Done

Baby dah nak masuk 32 week. Nurse pun dah remind suh packing barang baby untuk bawa g spital. Baiklah. Merajinkan diri untuk packing. Tapi barang mama belum lagi =)

Tak bawa banyak sangat. Barang-barang basic saja. 


Set baju 1. 
Balut perut tu beli masa expo IBEX. RM5 satu, masa kat PICC RM3 sahaja. 
Tapi kat PICC dah tak beli sebab dah beli kan.


Set baju 2. 
Tawakal je prepare sume baju gegirl. 
Sekali keluar boboy terpaksa kena pakai baju ni juga sebab takde baju lain dah =)


Blanket with hat. 
Ini yang kakak dhiya punya. Recycle saja.


Towel. 
Saja beli towel warna biru.


Pampers bawa 4 keping ni sahaja. 
Kalau tak cukup minta papa belikan lagi. Ni dapat FREE masa beli drypers sekotak hari tu. 
Minta adik belikan kat spital dia keje.


Lampin 2 helai. 
Tak tahu apa kegunaan. Mungkin berguna nanti. Jadi bawa je.
Maaf cakap, sangat tak puas hati dengan kualiti lampin zaman sekarang. Nipis gler. 
Masa pilih-pilih hari tu sume macam lebih kurang je nipisnya. Jadi beli yang ni.


Toiletries.
Bawa yang ni je. Sume ni dapat FREE masa kat IBEX. 
Minyak baby belum beli lagi. Nanti add on kemudian.


Taraaa dah siap. Leh letak siap-siap dalam kete. 
Beg ni pun dapat FREE masa beli drypers hari tu.

*Kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibawa tinggal kat komen k. Tq korang =)



Sunday, November 30, 2014

Oh! Baby Expo lagi

Wah!. Chart kat atas dah tunjuk baby dah 8 months. Nervous nervous.


Dan tanpa dirancang tadi ke baby Expo lagi. Sebenarnya tak ingat pun ada baby expo kat PICC tetiba kawan mesej dia g sana. Alang-alang dah kat Putrajaya ajak husband g sana. Yang pasti Expo ni lagi best daripada yang IBEX hari tu. Sebab banyak pakaian. Tapi IBEX hari tu tak best tak best pun banyak jugak RM melayang. 

Maka tadi husband dah remind awal-awal beli yang perlu sahaja. Baiklah. 

Noted: Kat PICC takde mesin ATM. Kalau ada Expo ke apa-apa yang memerlukan kita bawa duit sila bawa duit siap-siap. 

Jadi inilah hasilnya tadi. Rasanya dah takde yang nak beli dah. Moga hati ini tabah. Sebab lately ni asyik iklan barang baby je naik kat Newsfeed FB. Sabar-sabar. 


Panties untuk kakak dhiya RM10.00 sahaja


Baby sock RM5.00


Baby bib RM5.00 untuk 2 ni


Washable breast pads RM13.00 dalam ni ada 3 pasang


Mitten dan booties RM3.00 sahaja. Murah tak.


Drying rack RM23.00 harga asal RM29.90 okelah kan?

Takde dalam gambar sweater Frozen kakak dhiya RM40.00 paling mahal kot. Kalah barang baby. Huhu!. Macam-macam produk Frozen sekarang ni. Baju pun cantik-cantik tapi takleh beli banyak-banyak lari bajet. Total damage RM99.00. Okelah ini last baby Expo yang kita pergi before bersalin. Sebab barang baby sume dah complete. Kalau pergi lagi mesti ada lagi yang nak beli.