Sunday, November 30, 2014

Oh! Baby Expo lagi

Wah!. Chart kat atas dah tunjuk baby dah 8 months. Nervous nervous.


Dan tanpa dirancang tadi ke baby Expo lagi. Sebenarnya tak ingat pun ada baby expo kat PICC tetiba kawan mesej dia g sana. Alang-alang dah kat Putrajaya ajak husband g sana. Yang pasti Expo ni lagi best daripada yang IBEX hari tu. Sebab banyak pakaian. Tapi IBEX hari tu tak best tak best pun banyak jugak RM melayang. 

Maka tadi husband dah remind awal-awal beli yang perlu sahaja. Baiklah. 

Noted: Kat PICC takde mesin ATM. Kalau ada Expo ke apa-apa yang memerlukan kita bawa duit sila bawa duit siap-siap. 

Jadi inilah hasilnya tadi. Rasanya dah takde yang nak beli dah. Moga hati ini tabah. Sebab lately ni asyik iklan barang baby je naik kat Newsfeed FB. Sabar-sabar. 


Panties untuk kakak dhiya RM10.00 sahaja


Baby sock RM5.00


Baby bib RM5.00 untuk 2 ni


Washable breast pads RM13.00 dalam ni ada 3 pasang


Mitten dan booties RM3.00 sahaja. Murah tak.


Drying rack RM23.00 harga asal RM29.90 okelah kan?

Takde dalam gambar sweater Frozen kakak dhiya RM40.00 paling mahal kot. Kalah barang baby. Huhu!. Macam-macam produk Frozen sekarang ni. Baju pun cantik-cantik tapi takleh beli banyak-banyak lari bajet. Total damage RM99.00. Okelah ini last baby Expo yang kita pergi before bersalin. Sebab barang baby sume dah complete. Kalau pergi lagi mesti ada lagi yang nak beli. 




1 comment:

LYAfrina said...

puas hati memborong time ada jualan murah camni