Laman sosial
Dalam banyak-banyak laman sosial blog ini adalah agak peribadi bagi saya. Hanya untuk sapa-sapa yang come across blog ni sahaja boleh baca apa yang agak peribadi yang saya mahu kongsi. Ye benar, apa yang digambarkan di blog ini bukanlah 100% diri saya. Mungkin hanya 30% sahaja. Tapi ye 30% itulah yang agak peribadinya. Get it?. Hehehe!.
Sebab tulah saya tak link kan pun blog ni ngan FB. Biarlah dia berdiri sendiri. Kenapa tak private? Bukannya ramai sangat yang baca. Kot-kot nanti bila dah private takde pula orang request nak baca. Nanti jadi diari untuk tatapan sendiri pula kan? =)
Saya juga ada twitter. Itu kira second place where I share benda yang agak peribadi juga. Tapi tulisnya mahu ada limitation jadi kadang tak best untuk berkongsi. Kemudian instagram. Pun saya tak linkkan ig ngan FB. Biarlah ia juga berdiri sendiri.
FB sekarang bukan FB macam yang dulu. Agak takut nak bermacam-macam di FB. Kalau tak puas hati nak tulis di FB tiba-tiba hati kata jangan. Lalu tak jadi tulis. Untuk berkongsi benda general dan tak terlalu personal boleh lah kot. Tapi ada orang kata kuasa blog adalah lagi hebat dari FB sebab ianya boleh diakses oleh siapa-siapa saja. FB hanya untuk kawan-kawan sahaja. (Ikut setting masing-masing). Tapi saya masih memegang prinsip yang lama. Blog tak viral sangat macam FB. Dan tak ramai orang tahu pasal blog compare ngan FB. So tulah conclusionnya. FB dulu bukan FB yang sekarang.
Penat mata
Terlalu banyak expose pada laptop menjadikan mata saya sangat penat lately. Pastu pula banyak benda yang kena buat guna laptop. Report itu ini, slide presentation, graph and the list goes on. Kadang sekarang seboleh kalau malam dah tak bukak laptop sebab nak bagi mata rehat. Sehari most 8 hours menghadap laptop, fikiran jadi tepu mata pun penat. Tengah tulis ni penat mata tapi sempat lagi tulis panjang-panjang =P
Cikgu Tuisyen, Alhamdullilah!..
Masih ingat kah anda yang saya ada gi interview cikgu tuisyen itu hari. Alhamdullilah saya dapat job tu. Dan malam ni saya akan jalankan tugas saya yang pertama. Study sudah sikit-sikit. Hopefully saya boleh lakukan tugas dan amanah ini dengan sebaiknya. Pengalaman perlu di bina dari kosong kan. Kalau semua pun orang nak amik pekerja berpengalaman sapa nak amik orang-orang yang baru nak bermula ni kan.
2 comments:
me too
Wah. Cikgu tuisyen. All the best ;)
Post a Comment