Thursday, April 17, 2014

Cukup atau tidak?



Saya sedikit sebanyak menyokong apa yang penulis tulis. Pengurusan kewangan itu penting. Dulu saya pernah juga tersepit dengan duit ni. Sebab apa? Sebab tak pandai nak manage. Sekarang, Alhamdullilah. Sikit-sikit dah boleh handle. 

Semalam terdengar dalam Radio Nasional FM. Klasik tak dengar radio Nasional FM. Tapi lagu dia best okeh. Husband yang bukakkan. Saya tak pandai nak tukar channel radio kat kete. Hahaha! belum sempat nak belajar. Ada seorang caller ni cakap gaji dia RM1200 je sebulan. Ada anak 5. Tapi masih cukup lagi untuk dia sara keluarga dia. Wife dia tak keje. Bayangkan! 

Apa-apa pun tepuk dada tanyalah iman kita. Sejauh mana kita boleh tahan nafsu kita. Sejauh mana kita boleh tahan kehendak kita. 

Ramai orang berduit dan kaya mempunyai sentimen pemikiran yang berbeza tentang pengurusan kewangan. Sebab itulah mereka boleh berada di tahap sekarang: 

Ini saya senaraikan beberapa perkara yang mungkin boleh kita ikut kearah bebas masalah wang:

1. Beri barang di BAWAH kemampuan, bukan di LUAR kemampuan.

Contohnya, kalau LOAN kita lulus untuk beli kerete HONDA. Beli kereta MYVI je. Amboi! Perbandingan melampau ni. =) Tapi percayalah ini yang saya jumpa. Ada tu rumah berderet tapi masih pakai kerete Iswara yang lama. Bukan sebab tak mampu tapi sebab berbelanja di bawah kemampuan. 

2. Beli rumah GUNA DUIT ORANG

Kena marah lah dengan orang tu kalau beli rumah guna duit dia. Meh sini saya nak share. Berdasarkan pengalaman orang juga. Pengalaman sendiri belum lagi. (Sume figure adalah contoh sebab ingat-ingat lupa) Dia beli rumah apartment/flat dengan bayaran ansuran RM350. Dia beli satu lagi rumah juga dengan ansuran bulanan RM350. Satu dia duduk satu lagi dia sewakan. Market rate untuk sewa rumah pertama adalah RM700 sebulan. Jadi, kedua-dua rumah yang disewa ngan dia duduk sebenarnya ansuran bulanan di bayar oleh penyewa. 

Makanya dia tidak perlukan duit sesen pun untuk bayar installment kedua-duanya. Inilah dinamakan beli rumah guna duit orang. Walhal dia mampu je kalau nak beli rumah teres landed pun. Tapi sebab dia tak nak negatif cashflow sebab tu dia buat macam tu. 

Oke itu je dulu yang sempat saya terfikirkan. Kalau ada lagi saya kongsi lagi. 


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

CONFIRM X CUKUP KAN

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Pengurusan kewangan tu penting Eira... kalau tidak tu yg selalu tak cukup kan :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Pengurusan kewangan tu penting Eira... kalau tidak tu yg selalu tak cukup kan :)