Friday, April 18, 2014

Rumah aset atau liabiliti?


Dulu saya menganggap rumah adalah aset sebab rumah tidak bergerak dan tidak susut nilai. Manakala kereta pula liabiliti sebab kereta boleh bergerak dan susut nilai. Hahaha! pengertian ini adalah sangat tidak tepat. 

Namun kini saya sudah tahu yang rumah boleh jadi aset dan boleh jadi liabiliti dengan pendekatan yang berbeza. 

Rumah boleh jadi aset bilamana dengan memiliki rumah tersebut kita masih lagi dapat cashflow positif. Dan begitulah sebaliknya.

Contoh 1: 

Kita beli rumah dengan installment RM1200 sebulan. dan RM1200 itu datang dari duit gaji atau duit poket kita sendiri. Maka rumah itu adalah liabiliti. 

Contoh 2: 

Jika dia beli rumah dengan installment RM400 sebulan. Dan dia sewakan RM600 sebulan. Market rate. Rumah tersebut akan bagi cashflow sebanyak RM200 sebulan. Tu kalau ada sebiji rumah. Kalau ada banyak biji? Jadi rumah yang boleh bagi cashflow kita panggil aset. 

Saya suka cara mak kawan saya. Saya ingatkan rumah dia 2 tingkat. Tapi sebenarnya tak. Sebab dia bahagikan rumah dia kepada 4 bahagian. Satu bahagian je dia duduk. Lagi 3 bahagian dia sewakan. Setiap bahagian kemudahan adalah complete seperti tandas, dapur dan bilik tidur. Let say satu bahagian dia sewakan RM500 dah berapa positif cashflow dia dapat bulan-bulan. Dia juga tak payah g jauh-jauh kutip sewa rumah. Saya lukis kat bawah k untuk bagi clear. 


1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya ada rumah sendiri