Tuesday, July 22, 2014

Kota Bharu

Saya ni cakap je asal kelate. Tapi kalau sebut Kota Bharu saya tak familiar sangat. 

Dilahirkan di Machang dan dibesarkan di kuala krai. Memang jarang sangatlah g Kota Bharu. 

Masa kecik-kecik ingat lagi g Kota Bharu masa nak beli baju raya je. Masa tu lah kenal The Store ngan Pantai Timur. 

Pastu masa sekolah menengah saya sekolah kat pasir puteh. Pernah beberapa kali outing ke KB. Tak pergi mana pun. Makan KFC kadang-kadang pusing-pusing pasar. Tu je. 

Kawen pula ngan orang K.Krai juga. Lagi lah tak pergi sangat. Hari tu masa balik kg, kami ke KB. Siap sesat bagai sebab banyak jalan dah jadi sehala. Main gamble je pergi. Biasanya memang akan stuck kat Pasar Siti Khadijah tak tahu jalan keluar. Huhuuhu!

Tiap-tiap kali musim cuti ramailah kawan kat FB duk post rindu Nasi Kak Wok lah, Nasi Ulam Cikgu lah, Hayaki lah. Semua pun saya belum pergi. Ada pun kalau pernah pergi sekali je lama-lama dulu. Sebab biasanya kalau ke Kota Bharu tu mesti g rumah sedara mara atau ada kerja lain jadi tak sempat nak merasa kesedapan masakan yang kawan-kawan uar-uarkan tu. 

Walaupunbagaimanapun saya sayang kelate. Tempat tumpah darahku!

Mode: Tak sabar nak balik kampung jumaat ni. 

SELAMAT HARI RAYA IN ADVANCE!!

Bawa kete leklok. 

Doakan perjalanan kami selamat balik kg dan selamat balik KL balik. 

Oh ya btw,

saya ada satu set balang kuih vantage ready stock. kepada yang mahu boleh inform sebelum jumaat k. penghantaran sekitar KL adalah Free Of Charge sehingga kamis k. Satu set RM300. 

Hubungi saya 019-9885546 *Anis 



Sunday, July 20, 2014

Resepi Cornflakes Madu


Berjaya juga buat beberapa biskut raya tahun ni. Sebab tiap-tiap tahun buat. Kalau tak buat rasa pelik sikit.

Cornflakes madu ni saya baru cuba buat tahun lepas. Menjadi. Jadi tahun ni buat lagi lah. Lagipun sangat senang nak buat nya.

Resepi saya ambil dari internet.

Bahan-bahan:

5 cawan cornflakes diramas kasar
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
Sedikit hiasan

Cara buat:

1. Panaskan mentega
2. Masukkan madu
3. Masukkan gula
4. Masukkan bahan yang dimasak ke dalam cornflakes yang diramas tadi.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Sudukan ke dalam paper cup.
7. Letak hiasan.
8. Panaskan dalam pemanggang ajaib dengan api perlahan selama 10 hingga 15 minit.
9. Siaaaaaap!

Monday, July 14, 2014

Hari ni penat sikit

Sahur sebelum ni makan nasi. Tapi semua keluar balik. Terasa perit tekak. 

Jadi sahur pagi tadi decide tak nak makan nasi. Jadi minum milo + air masak + beberapa slice moist choc cake. Moist choc cake je boleh telan. Roti biasa dan lain-lain kek memang takleh nak telan. Mengada sangat kan. 

Huhu! Tu pun makan beberapa slice terus simpan dalam peti ais. So not me!. Biasanya sebiji kek tu sekali hadap je. 

Apa progress biskut raya?

As for now, semperit je yang dah siap. Yang lain2 belum buat sebab mood tak kunjung2 tiba. Entahlah macam mana. Kalau tak sempat buat beli je lah kot =P 


Bakar semperit guna pemanggang vantage

 Sedikit tips untuk guna pemanggang vantage ni. 
1. Dia ada dua bahagian: Dalam gambar ni bahagian nipis. Satu lagi bahagian tebal sikit. Better guna bahagian tebal tu sebab biskut tak cepat hangit.
2. Guna api yang sangat perlahan. 
3. Untuk biskut yang pertama jaga api ngan masa masak. 
4. Bila dah dapat patern untuk biskut batch pertama. Boleh lah ikut masa tu untuk batch kedua pula. 
5. Sebab kadang-kadang pemanggang ni tak sama antara satu ngan yang lain.
6. Selamat mencuba!! 

Saturday, July 12, 2014

Yang mana lagi baik

InsyaAllah saya bakal menamatkan pengajian somewhere in next year. 

Selepas itu saya ada dua pilihan: 
1. Mahu kerja 
2. Mahu sambung PhD 

Sebabnya setiap kali tengok iklan PhD rasa gatal je tangan nak apply. Sedar diri master belum abes jadi tak boleh lah nak apply lagi. 

Keduanya macam belum ready saja nak masuk dunia pekerjaan. Umur dah nak 3 series tapi belum ready. Acaner tu. Let say, tahun depan saya umur 29 tahun. InsyaAllah next 4 years dah complete PhD kira-kira umur 33. 34 tahun baru start keje. Not bad lah kan. Ke cam mana?

Husband pula umur 39 dah pencen =) 

Thursday, July 10, 2014

Tabung kecemasan GAZA. Sumbanglah sekarang !!!






Dalam kita bergembira membeli belah di bazar Ramadhan,
Ingatlah saudara kita yang sedang berduka,
Dalam kita teruja berbuka puasa,
Ingatlah saudara kita yang lapar dan dahaga,
Dalam kita sibuk membuat persiapan raya, 
Ingatlah saudara kita yang kehilangan harta benda. 

Mereka, 
Saudara kita, 
Masa mereka diuji,
Sebenarnya ujian itu juga untuk kita, 
Sejauh mana mereka mampu bertahan,
Sejauh mana kita bersedia menghulur bantuan.

Jika tidak mampu berjuang di medan perang,
Cukuplah doa diutuskan,
Jika tidak mampu berjuang di medan perang, 
Tugas kita menghulurkan sedikit sumbangan.

Mode: Menangis.!

Nukilan:
Anis Nurdhiani Rosdi
10 Julai 2014

Tuesday, July 8, 2014

Alahan


Untuk baca apa yang Dr. Suhaimi tulis boleh klik link

Berbalik kepada alahan yang saya alami sekarang macam lagi teruk banding ngan yang first dulu. 

Makan sangat memilih.

Kalau tengok makanan dan rasa tak boleh makan. Memang tak boleh makan. Kadang-kadang tengah makan sekali terasa kena stop terus kena stop. Complicated betul. Hari tu balik kg gembira betul sebab sume makanan yang nak di makan telah di masak oleh umi dengan jayanya. Nasi memang tak bertambah. Ratah lauk je lebih. 

Alkisah masa satu pagi tu bangun sahur sangat terliur budu & petai. Yerp saya ni sebelum pregnant memang hantu petai dan budu. Tapi before Ramadhan hari tu memang dah rasa takleh telan budu ngan petai. Tapi dek kerana sangat terliur, sahur hari tu terus bantai budu ngan petai. Nasi siap bertambah. Amazing. Lepas sahur biasa tak tidur. Tunggu subuh dulu. Last-last masa nak amik air sembahyang subuh terus bluwwwwwwwwek sume keluar. Ingat nak teruskan puasa. Tapi tak tahan bau petai pulak. Gosok gigi tak jalan. Asyik termuntah keluar angin je sebab makanan sume dah keluar pagi-pagi lagi. Last-last terpaksa berbuka makan asam untuk kurangkan loya tekak.

Pagi tadi pula husband request nak makan ayam goreng. Bila tengok ayam mentah rasa berair mulut. Eh! macam takleh proceed je ni. Kejut husband suh dia bangun goreng sendiri ayam dia. Akhirnya muntah juga pagi tadi. Nasib semalam makan sikit je. Jadi sikit je lah yang keluar. Sahur tadi pun makan dua tiga mulut sahaja. Buat alas perut. 

Harap alahan ni tak lama manalah. Terasa diri sendiri dah sangat pelik. Terliur tengok makanan macam-macam tapi takleh makan =(

Monday, July 7, 2014

Biskut raya

Akhirnya setelah di timbang tara semua ongkos dan kerajinan. Saya telah membuat keputusan untuk membuat sendiri biskut raya. 

Biasa saya akan buat 6 jenis je. Kalau terlebih satu 2 jenis tu adalah sebab nak cuba-cuba. Yang wajib 6 sahaja. 

Ini biskut yang dalam perancangan saya:

1. Biskut Semperit Susu
2. Biskut Choc Chip
3. Biskut Cornflakes Madu
4. Biskut Suji
5. Biskut Almond London
6. Masih dalam perancangan.. yang atas-atas tu wajib buat. 

Tart saya memang tak pandai nak buat sebab melibatkan jem segala. Jadi setakat hari ini. Ini je idea saya. Anda bagaimana? Dah mula buat biskut raya ke? 


Tepuk dada tanya selera..

http://thevocket.com/klinik-dan-hospital-kerajaan-lebih-baik/

Untuk artikel penuh boleh klik link. 

Saya macam sependapat je dengan peguam ni. Beliau mampu saya lagilah yang tak berapa nak mampu ni kan. Memang akan memilih hospital kerajaan untuk bersalin. Sebab bagi pendapat saya ianya tak banyak beza. Hospital kerajaan atau swasta. Unless company bagi benefit untuk bersalin kat hospital swasta dan kos ditanggung. Heh! Sapa tak nak barang free kan. Other than that saya still rasa sama je walaupun sebenarnya saya baru je sekali bersalin dan belum pernah merasa bersalin di hospital swasta. 

Banyak beza tu rm2000 ngan rm50. Tambah-tambah kalau kat kelate Hospital Swasta hanya ada kat Kota Bharu. Lagi pun fikir nak gi check up tiap-tiap bulan lagi kena keluar duit. Kat klinik kerajaan free je. 

Sebenarnya masa ni lah kita nak guna subsidi yang kerajaan bagi. Instead merungut-rungut kerajaan tak bagi itu ini apakata grab je yang mana-mana dia bagi. Macam peguam ni cakap lah, benda free biasa banyak kekurangan dia. Dan kitalah yang kena terima seadaanya. 

Tapi apa-apa pun terpulang pada pendapat dan pandangan masing-masing =)