Sunday, July 20, 2014

Resepi Cornflakes Madu


Berjaya juga buat beberapa biskut raya tahun ni. Sebab tiap-tiap tahun buat. Kalau tak buat rasa pelik sikit.

Cornflakes madu ni saya baru cuba buat tahun lepas. Menjadi. Jadi tahun ni buat lagi lah. Lagipun sangat senang nak buat nya.

Resepi saya ambil dari internet.

Bahan-bahan:

5 cawan cornflakes diramas kasar
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
Sedikit hiasan

Cara buat:

1. Panaskan mentega
2. Masukkan madu
3. Masukkan gula
4. Masukkan bahan yang dimasak ke dalam cornflakes yang diramas tadi.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Sudukan ke dalam paper cup.
7. Letak hiasan.
8. Panaskan dalam pemanggang ajaib dengan api perlahan selama 10 hingga 15 minit.
9. Siaaaaaap!

2 comments:

nohas said...

kegemaran anak2..cornflakes dari dulu, kini dan selamanya..

Knor said...

mudah je kan..kadang yg mudah ni pun tak terbuat..kan