Tuesday, July 8, 2014

Alahan


Untuk baca apa yang Dr. Suhaimi tulis boleh klik link

Berbalik kepada alahan yang saya alami sekarang macam lagi teruk banding ngan yang first dulu. 

Makan sangat memilih.

Kalau tengok makanan dan rasa tak boleh makan. Memang tak boleh makan. Kadang-kadang tengah makan sekali terasa kena stop terus kena stop. Complicated betul. Hari tu balik kg gembira betul sebab sume makanan yang nak di makan telah di masak oleh umi dengan jayanya. Nasi memang tak bertambah. Ratah lauk je lebih. 

Alkisah masa satu pagi tu bangun sahur sangat terliur budu & petai. Yerp saya ni sebelum pregnant memang hantu petai dan budu. Tapi before Ramadhan hari tu memang dah rasa takleh telan budu ngan petai. Tapi dek kerana sangat terliur, sahur hari tu terus bantai budu ngan petai. Nasi siap bertambah. Amazing. Lepas sahur biasa tak tidur. Tunggu subuh dulu. Last-last masa nak amik air sembahyang subuh terus bluwwwwwwwwek sume keluar. Ingat nak teruskan puasa. Tapi tak tahan bau petai pulak. Gosok gigi tak jalan. Asyik termuntah keluar angin je sebab makanan sume dah keluar pagi-pagi lagi. Last-last terpaksa berbuka makan asam untuk kurangkan loya tekak.

Pagi tadi pula husband request nak makan ayam goreng. Bila tengok ayam mentah rasa berair mulut. Eh! macam takleh proceed je ni. Kejut husband suh dia bangun goreng sendiri ayam dia. Akhirnya muntah juga pagi tadi. Nasib semalam makan sikit je. Jadi sikit je lah yang keluar. Sahur tadi pun makan dua tiga mulut sahaja. Buat alas perut. 

Harap alahan ni tak lama manalah. Terasa diri sendiri dah sangat pelik. Terliur tengok makanan macam-macam tapi takleh makan =(

3 comments:

lia said...

bertabah ya... wpon dugaan namun manis utk d kenang nnt, InsyaAllah...

Kayu Manis said...

La sedihnya..tapi gitulh org mgndung.elak mkn bnda yg berangin..mkn sikit2, tpi kerap..pg2 jgn gosok gigi dulu, minum air suam..mkn biskut kering.

tiga bln pertama ni agak kritikal sikit..

nohas said...

kalau tak larat, baiklah jgn berpuasa..kesian kat ibu n baby..bertabahlah..