Friday, August 15, 2014

Beraya di Pasir Kelang

Tak best rasanya kalau tak up entri ni. 

Sebagai pengenalan. Pasir Kelang ni kampung atuk belah ayah saya. Dulu-dulu atuk saya tinggal kat kampung ni tapi tak tahu sebab apa akhirnya mereka pindah ke Machang. Tapi adik beradik atuk saya yang lain masih tinggal kat sana. 

Kampung ni boleh tahan juga besarnya. Masalahnya takde jambatan yang menghubungkan kampung ni dengan tanah seberang sini. Jambatan yang ada kena lalu kampung lain yang jaraknya lebih kurang 1 jam. Kalau naik bot atau perahu amik masa beberapa minit je. Jadi penduduk kampung memang suka memilih jalan sungai ni. 

Masa awal-awal dulu. Kat kampung ni jarang ada kereta sebab tak ramai guna jalan yang jauh tu. Kereta tinggal belah sini. Naik bot. Kat seberang sana akan ada motor tambang untuk bawa penduduk ke destinasi masing-masing. 

Kemudian upgrade sikit ke feri. Boleh muat ramai sikit orang satu trip tu. Masa kitorang g on first day raya hari tu dah upgrade guna feri yang boleh bawa naik kete sekali. Tumbs up. Mesti suka orang kampung sebab kereta tak payah tinggal seberang sini lagi. 

Okes jom layan gambar dulu. 

Masa ni kat rumah nenek sesi membakar satay dan lok cing. saya tukang makan je. 

Tunggu semorang sampai nak g Pasir Kelang. 

Tunggu feri sampai. Nervous.

Setelah 15 minit menunggu akhirnya sampai juga. 

Feri ni boleh muat 5 biji kereta je untuk satu trip. 

My uncle tengah collect duit tambang. Eh! ye ke

Dalam nervous pun sempat lagi weols bergambar atas feri

Setelah berhari raya di rumah atuk sedara tibalah masanya kami nak pulang. Tapiiii kena tunggu sejam lebih. Sebab apa? Sebabnya hujan turun angin bertiup agak kuat. Jadi feri takleh gerak, takut tak stabil dan adalah term2 dia. Haha!. Jadi menunggulah kami. Dek kerana lama sangat tunggu dah takde mood nak bergambar. Hari pun dah petang. Kat luar makin gelap. Tapi ini kenangan hari raya yang rare orang kata. Betul tak? =)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

lia said...

long chin setahu saya makanan area perlis/siam... so pasir kelang ni d mana yer?

eira eixora said...

lok cing tu pakcik beli kat thailand. dia selalu pergi sana ikut pengkalan kubur.

pasir kelang ni dalam daerah k.krai. kalau nak g masuk ikut bukit sireh.

LYAfrina said...

Berseri kaler biru merah..
Last year lya kaler biru pink