Friday, August 8, 2014

Buku pink

Alhamdulillah setelah 14 minggu plus2 pregnant. Berjaya juga buat buku pink. Dulu kalau dhiya amani, buat buku pink ngan check up kat KKIA Salak Selatan. Kali ni buat kat Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) pula. Sebab dulu husband kat Melaka tak tahu macam mana prosedur nak follow up kat RSAT. Sekarang okelah, husband dah kat KL duk pula dalam kuarters. 

Hari tu terdengar ceramah Dr. Fadhilah Kamsah. Katanya "jangan compare kehidupan kita dengan kehidupan orang lain" sebab nanti katanya kita seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang Allah bagi kalau kita compare. Tapi sebagai manusia biasa kadang-kadang kita akan tercompare juga kan. Which I will always avoid lah sikap macam ni. Dalam masa yang sama cuba ajar diri sendiri hidup within the limit dan ukur baju di badan sendiri. 

Bila fikir-fikir betapa Allah telah memberi nikmat yang tiada tandingan untuk kita. Untuk orang lain juga. 

Kuarters yang kami duduk tu boleh tahan besar. Kalau sewa kat luar mahu cecah RM1K ataupun lebih. Tapi kami hanya perlu bayar kurang dari RM300 tu pun tolak elaun rumah husband. Sama macam tak perlu bayar apa-apa. 

Bulan-bulan direct duit elaun wife masuk dalam akaun plus minus RM400 sebulan. Of course deduct dari akaun suami sendiri =) 

Nak gi klinik gigi pergi je klinik gigi tentera tanpa perlu bayar apa-apa. Dan sayalah pengunjung tetap hampir setiap bulan. Sekarang ni stop kejap sebab pregnant. Tahun depan kita sambung lagi. 

Follow up pregnant kat RSAT pun semalam bayar RM1 je. Dapat vitamin bagai dengan sample Dumex Mumil lagi. Dengan nurse yang baik-baik dan willing to help. Memang rasa sangat dihargai. 

Kalau nak senaraikan lagi memang panjang berjela. Jadi apa lagi yang mahu kan. 

Bersyukurlah!

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Rosmiza Ali said...

Betul tu dear.. Bersyukurlah dgn apa yg ada..😊
Rosmiza Ali Official Blog™

Sura Mohd said...

betul tu..bersyukur dengan apa yg kita miliki..:)

Knor said...

untunglah ye..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah Eira.. anugerah yg tak nilai harga nya..

LYAfrina said...

Congrats dear
Jaga diri n.kesihatan ye..