Tuesday, August 26, 2014

Laptop rosak

Laptop rosak dari minggu lepas lagi. Hari ni baru husband ada masa g hantar repair. Nasib baik senang nak repair. Dalam erti kata lain format. Mujur sume kerja ada dalam Dropbox. Memang sangat berguna Dropbox ni. Kepada yang belum sign up Dropbox lagi bolehlah SIGN UP KAT SINI K. KLIK LINK INI. Dropbox ni akan membentuk satu folder dalam laptop kita. Folder ni kalau kita format laptop ke apa boleh download yang lain. Nanti dia akan bawa sekali file-file yang kita save dalam tu. Sekian dulu pasal dropbox. Haha! Alang-alang tulis promote terus. Tul tak? 

Kalau ikut baby-gaga kat bawah blog ni. Scroll jangan tak scroll. Ngeh-ngeh. Sekarang dah week 17. Alhamdulillah badan dah tak penat sangat. Makan dah selera sikit. Memilih tetap memilih tapi tak lah seteruk minggu-minggu yang teruk hari tu. Cuma lately cepat lapar yang amat tapi bila makan, makan sikit. 

Memang pregnancy kali ini sangat berbeza dengan 1st pregnancy. Betul cakap orang, setiap anak kita akan ada pengalaman yang berbeza masa mengandung dan bersalin. 

Dhiya Amani. 

Lama betul tak bercerita pasal dhiya amani kat blog ni. Sekarang dia dah besar panjang. Dah 3 tahun plus-plus. Tahun depan dah 4 tahun and nak jadi kakak sudah. Mostly dia dah banyak faham tentang hidup ni. Dah macam orang tua dah kadang-kadang. 

Contoh:

1. Hari nak hujan. 

Dhiya: Mama, dia nak baju sejuk. 
Mama: Kenapa?
Dhiya: Hari nak hujan. 

Maksudnya dia tahu lah tu kalau hujan, sejuk, kena pakai baju sejuk. 

2. Masa mama muntah-muntah hari tu.

Dhiya: Mama, jangan makan banyak-banyak tau
Mama: Kenapa?
Dhiya: Nanti mama muntah.
Mama: oke

Hahaha! Banyak lah kalau nak dicontohkan. 

Tapi kadang-kadang mama banyak underestimate dhiya. Kadang-kadang eh! dhiya faham ke. Ye dia memang faham dan tahu. Sekarang kalau nak cakap pasal secret kena cakap bahasa isyarat. Beria nak sekolah. Nanti nak survey2 sekolah tadika yang oke dan murah. Kesian dia nak berkawan. Asyik berimaginasi, cikgu cakap itu cikgu cakap ini. Cikgu suh buat itu, cikgu suh buat ini. 

Haha terpanjang pula. Sebagai penutup. Ini gambar dhiya amani masa main mekap2 ngan mama hari tu. 


15 comments:

Knor said...

Kakak yg solehah ni...bijak n comel

Nurzakiah Hanum said...

comelnya budak nie

lia said...

Allah... Subhanallah... comey nyer dia....

nohas said...

Subhanallah..comelnya..happy nak jadi kakak..

Dropbox tu mcm storage ke? ada subscribe tapi x pernah guna..

eira eixora said...

ha a kak. bila kita install dia jadi macam ada satu external folder dalam computer kita.

Rosmiza Ali said...

Comelnya Dia.. Macam anak patung dah.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™

LYAfrina said...

Alahai.
Comeynya.. mcm ank arab..

Owhh. Bru tahu psl dropbox. Kt pc pom blh install kan.. nk install laa

Petak Bunga said...

aloh comel ank dara ni..

eynda said...

Subhanallah....comel sangat2 :-)

Rai Ourkizuna said...

comelnya bertudung..

bebudak ni jgn underestimate.. diorang paham dan belajar banyak benda di luar pemerhatian kita..

Nafira usof said...

tomeynye diaaaaa.
sweet sangat pakai tudung~

Mummydearie said...

Salam singgah,

Alahai comelnya Dhiya. Nama pun sedap. Seronok melayan keletah anak-anak sebaya ni. Banyak sangat yang nak diketahuinya :)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Alolo...comeyyy sangat dhia nie.. geram aunty farah tengok.. =D

tahu pasal dropbox tue.. tapi tak sign up pn..nak kena buat jugak nie..apa2 senang...

eira eixora said...

boleh lya

eira eixora said...

farah. nanti sign up jangan lupa klik link tu. nanti saya akan dapat extra storage =)