Thursday, August 14, 2014

Suasana hari raya

Memandangkan masih dalam mood raya jadi marilah kita story pasal raya kan. 

Sejak berkahwin ni saya dapat rasakan sikit kemeriahan aidilfitri bila beraya turn belah husband. Tapi tahun ni turn belah saya. Jadi kureng meriah sikitlah. Nasib husband oke je. Sebenarnya kesian juga kat dia. Tapi saya malas mahu ulang alik di hari raya pertama. Jadi kami decide untuk habiskan raya belah saya sampai abes raya pertama then raya kedua baru balik belah husband. Walaupun sebenarnya jarak hanya 30 minit, kalau terkejar sana terkejar sini. Agak penat jugak kan. Pastu mula lah umah tu tak sempat nak g rumah ni tak sempat nak g. Jadi jalan terbaik hari ke2 baru balik kg husband.

Masa kecik-kecik agak meriah juga raya kami sekeluarga. Sebab biasanya kalau raya akan balik kg belah ayah saya. Malam raya tu siap tunggu pengumuman depan TV. Kalau esok raya terus packing baju balik rumah nenek. Ayah saya ramai adik beradik, 7 orang. Jadi malam raya semua akan tidur bersusun je kat ruang tamu. Ikut family masing-masing. Yang lawaknya, jadi pertandingan berdengkur pula. Kadang-kadang tidur tak lena sangat. Family ni bunyi lain, family sana bunyi lain. Bersahut-sahutan. Hahaha! Miss this moment. Bilik ada 3 je kat umah nenek. Biasanya anak dara lah booking bilik dulu. 

Tapi bila masing-masing dah besar, dah ada rancangan sendiri nak g raya kat umah kawan-kawan, adik beradik dah tak berapa suka nak g beraya umah nenek. Maka beraya lah kami di rumah sendiri. Adik-adik semua sekolah di kg yang kami tinggal tu. Saya je yang sekolah di sekolah asrama masa sekolah menengah. Jadi saya takde kawan sangat kat sekitar umah tu. Biasanya lepas sembahyang raya terus buntu nak g mana. Selain layan tetamu-tetamu biasanya kawan-kawan mak ngan ayah, saya tengok TV je. Dalam kul 2 dah terbongkang. Betapa tak meriahnya kan raya saya. Haha!. Ada juga kawan sekolah rendah ajak g jalan-jalan rumah kawan-kawan dia. Saya ikut je sebab boring =) Last-last kawan-kawan dia pun jadi kawan saya juga. Oh!. saya ada 4 beradik je. Saya anak sulung. Masa tu sume tak kawen lagi. Umah pun tak ramai orang. Tu yang tak meriah sangat. 

Sekali lepas kawen, saya terus dapat adik beradik extra. Adik beradik husband lah. Semua 9 orang. Biasanya semua berkumpul kat umah malam raya berbuka puasa sama-sama. Tak kiralah tahun tu raya belah mana, buka puasa last memang kat umah husband. Sebab masa lain adik beradik husband belum balik. Biasanya adik beradik yang lain akan raya kat umah tu dulu pada hari raya pertama. Lepas saling mengziarahi mana-mana adik beradik yang tinggal dekat-dekat petang semua akan balik untuk beraya umah masing-masing pula. 

Sebab tu sebenarnya kalau kitorang balik pada 2nd hari raya suasana dah tak berapa meriah sebab semua 
dah balik umah masing-masing dah. Tapi nak buat macam manakan. InsyaAllah tahun depan. 

Gambar ni saya cilok dari FB anak sedara husband. Meriahkan? Ni baru sebahagian. Kalau semua ada memang tak muat kot gambar ni =)


5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronok kan

Hilmirda Daud said...

Meriahnya raya kalau ramai ahli keluargakan.

lia said...

wahhhh meriahnyer ramai2 berkumpul mcm ni...

Knor said...

meriahnya.berkumpul gini mcm2 kerenah adakan..

lawa warna dinding tu

LYAfrina said...

Jarak rmh mama lya n mertua pom dekat. Biasa mlm raya tdo rmh mertua.. kiranya pg raya kat rmh mertua.. kumpul dgn family abg fain. Mcm lya plok blh suami krg meriah sbb adik beradik 4. Y ada family abg suami, family lya n adik bongsu suami y blm kawen.. adik y k3 blik perak tiap tahun.. lps tu, dlm kul 11 bru lya gerak blik rmh family lya n abg suami lya gerak rmh mertua dia.. family lya lak 1st day raya kbykan mmg bkumpul kt rmh.. adik bradik lya 8org.. cuma x diakui thn ni suram sikit sbb abg y ptama beraya rmh mertua..ptg bru dtg .. kakak y ke3 turn suami kat perak n abg ke-7 turn isteri.. tp ok la.. still meriah.. cuma rsa kurang skit.. biasa kita org konvoibrmai2 pegi rmh sedara mara.. ptg tu join family mertua la.. gitulah rutin tiap tahun.. memang letih jgk pi mai pi mai gitu.. tp xpela..setahun sekali n adil saksama