Saturday, December 13, 2014

Unofficially graduate & housewife

Start 1st December hari tu saya dah tak g UM. Sebab I suppose habis master masa bulan 9 hari tu. Tapi dah terextend satu sem. Maka grant pun abes. SV dah tak dapat bagi monthly allowance lagi. Memandangkan satu paper dah accept ngan draft thesis dah submit. Makanya minta ngan SV nak duk rumah je. Kalau ada pape baru g UM. Ye lah kalau nak g juga UM setiap hari macam dulu dengan duit minyak nya lagi dengan duit makan hari-hari banyak jugak tu. Kalau kat rumah leh masak untuk tengah hari. 

Jadi bulan ni dah tak hantar dhiya amani ke rumah babysitter setelah hampir 4 tahun dia duk ulang alik umah babysitter. Bila tanya best duk umah 'umi' babysitter dia atau umah mama. Dia jawab umah mama. Sekali fikir kesian dia selama ni duk hantar umah orang. Tapi nak buat cam mana kan. Lepas bersalin ni pun plan nak keje. Pun kena hantar dhiya ngan adik ke rumah BS juga. Hopefully semua oke2 saja. 

Hari tu jumpa kawan. Sama-sama belajar kat UM. Dia cakap dia tak boleh jadi fulltime housewife nanti badan jadi lemau. Sebab bila duk kat umah bangun of course lah lambat bangun. Pastu keje rumah ke mana plan nak buat apa-apa pula ke laut. Saya sangat salute pada housewife yang sangat berdisiplin. Which is susah nak jadi macam tu, dengan takde orang nak marah dengan takde orang nak suruh. Sume kita kena arrange dan organize sendiri. 

Sekarang ni hampir 2 minggu kat umah. Kadang-kadang ajak juga husband keluar melihat keindahan alam. BS dhiya dulu cakap dia pernah tak keluar rumah 4 bulan. Huh sangat lama lah bagi saya. Dengan rumah flat nya. Macam terkurung sangat. Kalau rumah kat kampung at least masa sidai kain ke leh jejak tanah jugak. 

4 comments:

Aretikz said...

Yup.. saya pun kagum dengan Housewife.. pernah jd "houseson" pas spm.. stpm.. sal jaga adik, jaga rumah.. memang sakit badan.. huhu..

My Blog : http://segalaceritera.com/atik/

LYAfrina said...

alhamdulillah dh selamat..
sebenarnya sgt lah seronok jd housewife.. walaupon rutin sama, tp berbakti utk ank n suami adalah perkara y paling indah..lya klo blh nk jd housewife..tp kerana komitmen , kena kerja utk bantu suami jugak..

eynda said...

Tugas apa pun kena ada minat... nak jadi surirumah sepenuh masa jugak kena ada minat... bila ada minat kita akan buat keje dgn senang hati... kalau tak minat, maka keluarla pelbagai alasan... betul tak? ;-)

Akak dah jadi surirumah hampir 14 tahun... :-)

eira eixora said...

betul tu akak