Tuesday, January 12, 2016

Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya

Aktiviti hujung minggu berjalan je kan. Pusat Penghayatan Alam ni kat Taman Wetland tapi masa pergi tu kitorang confius sebab biasa pergi Taman Wetland yang sebelah sana. Sekali Pusat Penghayatan ni sebelah jalan yang sebelah satu lagi. Tengah2 tu ada highway. 

Tempat ni kecik je. Tapi boleh lah untuk bawa anak jalan2 di hujung minggu. 










Sunday, January 10, 2016

Bandar Hilir

Esoknya kami ke bandar hilir. Takde apa sangat. Just bawa anak naik beca. Sebab tak pernah naik beca. Dhiya nak naik beca Frozen tapi tak jumpa jadi naik yang hello kitty punya. 


Tak dapat naik dapat bergambar pun jadilah ngan beca Frozen



Jakun tak pernah naik beca

Lepas pusing kami balik KL. InsyaAllah akan datang lagi nanti. Melaka best. Tapi papa cakap dia dah boring duk Melaka .. 

Saturday, January 9, 2016

Masyarakat kita semakin negatif

Dalam hati sudah berazam untuk tidak meninggalkan komen kalau ada isu2 hot begini. Tapi tak tahan kena komen jugak. Dan ini komen saya:

Sebetulnya ini komen dan tanggapan masyarakat terhadap Dato' Vida. Awal tahun hari tu kepada yang perasan Dato' Vida ada berkongsi kisah kehidupan nya di rancangan TV Astro. Ternyata sangat kagum dengan dia. 

* Memiliki 20 biji rumah
* Rumah terbaru anggaran RM22 juta sebiji
* Kereta puluh2 tak ingat berapa

Yang lain tak ingat dah. Rentetan itu ramailah yang mempertikaikan antaranya:

- Rumah berpuluh2 tapi tak duduk buat apa
- Orang melayu suka sangat jual kosmestik, kenapa tak buat bisnes jual boiler, condenser, pump, oil, reservoir, nampak educated sket. 
- Duit banyak2 pergi bagi derma kat anak yatim buat apa, lagi baik bagi biasiswa kat budak2 U tu.
- Riak riak riak menunjuk-nunjuk2 
- Cara promotion yang tak profesional involve artis dan entertainment

Dan banyak lagi version lah. Pendek kata takde pun yang positif semuanya negatif. 

Seingat saya sepanjang kisah tersebut di paparkan berkali2 Dato Vida mention yang semua dia kongsi itu adalah untuk menyuntik semangat bangsa melayu kita ni untuk berusaha segigih dia. 

Ini yang saya dapat ambil daripada perkongsian beliau, mahu terima atau tidak terpulang:

1. Tiada jalan short cut untuk berjaya. Ya, dia tiada jalan pintas yang dia tahu berusaha bersungguh2 dengan gigihnya siang malam untuk menjadi seperti dia yang hari ini. Masa di unversiti tidak pernah beliau bazirkan cuti sem untuk bersenang lenang. Malah pernah keje kilang dan macam2 kerja lagi yang beliau lakukan. 

Cuba pula tanya diri sendiri masa cuti sem apa yang kita buat? Kalau kita tak buat sepertimana apa yang beliau dah buat duk diam2 sudah jangan banyak bunyi. 

2. Kalau beliau tak buat keje pape bersenang lenang je, terus rasa nak demam. Kita? Kalau kerja kuat sikit tak larat penat. Abis sapa yang kita sebenarnya perlu salahkan. 

3. Dah dia pilih nak jual kosmetik nak buat cam mana. Apa kata amik tanggungjawab untuk jual reservoir bagai tu atas bahu kita sendiri. Mampu tak mampu. 

4. Memanglah dia kena iklankan produk dia kat TV yang involve entertainment bagai. Sebab dia nak tarik dia punya target market iaitu orang ramai, orang awam, orang kampung mahupun bandar. Kan majoriti nya tengok TV. Kalau dia jual reservoir takdelah dia nak iklan kat TV. Kalau dia iklan jugak memang peliklah sebab target market dia bukan orang awam. Dan yang bisnes reservoir tu ada je cumanya kita je tak tahu sebab dia ada their own marketing strategy yang tak melibatkan orang awam pun. Dikalangan diorang saja. 

5. Duit dia, hasil titik peluh dia suka hati dia lah nak buat apa. Bukannya dia tak derma untuk anak yatim pun. Duit puluh2 ribu bagi macam tu je untuk orang tunaikan umrah. Itu tidak pulak kita sebok canang2 kan. Kan dia kata kalau dia bagi biasiswa benefit untuk sorang tu je. Kalau bagi anak yatim 500 orang dapat benefit. 5 bulan makan tak abes lagi. Dia pun ada pendapat dia jugak. Dah duit dia. Kenapa kita nak sebok2. Cuba tanya balik, pernah tak kita dermakan untuk kebajikan orang lain?

_____________________________________

Frankly speaking I am not fan of her. Tapi rasa sedih dengan mentality rakyat Malaysia terutama orang2 melayu. Kalau kita semakin negatif dan terus bersikap negatif sampai bila pun kita tak akan maju. Tengoklah dari sudut pandang yang POSITIF , insyaAllah kita akan sama2 berjaya. 

Wallahuallam. 



Friday, January 8, 2016

Sunflower Hotel, Melaka

Lepas ke Tanjung Bidara kami ke Sunflower Hotel yang telah dibooking melalui internet. Mula2 ada sedikit kekecohan sebabnya request bilik lain dapat bilik lain. Katanya guest bilik yang kami tempah tu nak extend stay. Jadi kami kena stay bilik lain. Tak nak kecoh dan malas nak g hotel lain maka kami stay je situ. Lagipun semalaman je. 

Keadaan bilik ok. Bersih. 

Kakak gembira dapat tido hotel

Adik pun gembira jugak




Malam nya kami ke Pantai Klebang. Dan makan ikan bayar di gerai2 berhampiran situ2 jugak. Tapi tak snap gambar sebab dah penat =)

Wednesday, January 6, 2016

Ke Tanjung Bidara pula..

Ini pun pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanjung Bidara. Ye lah boleh bilang berapa kali ke Melaka sebelum2 ni. Best kan sebenarnya Melaka? Dulu masa husband ajak duk sana tak nak. Cakap KL lagi best lah =P

Pantai ni tak panas sangat sebab ada banyak pokok. Terlupa nak bawak tikar. Nasib ada kedai kat situ yang jual tikar. Tapi biasalah harga mesti mahal sket. Sapa suh tak bawak kan. 


Sebelum apa2 mama selfie ngan adik dulu kalau tak takde plak gambar mama ngan adik. Hajat di hati adik nak mandi2 pantai jugak dengan kakak n papa. Tapi belum apa2 dah tertido dulu. Sepanjang2 kakak duk main tu dia tido. Best kot tidur tepi pantai. Angin sepoi2 bahasa =)


Kakak yang terlebih excited
Main tak hengat

Adik main atas tikar je. Sebab dia jenis mengutip dan masuk mulut. Kalau tak, abes pasir tu dia makan.
Tengok, belum apa2 dah gigit nasib baik bersih lagi. 

Lama jugak duk sini. Tunggu kakak main ngan mandi. Dah mandi sah2 penat. Check in hotel dan melepek lah semorang. Mama je tak tido sebab adik asyik nak berlatih berjalan je. 

Bersambung entri kat hotel plak.... 

Tuesday, January 5, 2016

Pantai Pengkalan Balak

Ini pertama kali saya sampai sini. Tempat lepak husband masa bujang dulu2.. 

Tempat ni best sebab makanan dia sedap. Ada keropok, ada chicken wing. Kalau kat PD tak jumpa plak makanan best2 macam ni. Pernah kitorang makan kat PD, gerai2 macam ni jugak. Order air tembikai macam air sejuk biasa. Dalam hati tak kan beli dah kat sini. Da la beli RM2. Last2 macam air sejuk. Kalau nak menjual at least bagi la ada rasa sket atau buat sedap2 terus. Macam coconut shake klebang tu. Cukup rasa cukup semua. Orang pergi Melaka mesti cari. Berniaga bukan nak untung sehari je. Bila orang dah suka macam mana pun orang akan cari. Oppss termembebel plaks...

Singgah kejap je sini sebab plan nak mandi kat sini tapi masa tu tengah panas sangat jadi husband ajak ke Tanjung Bidara. 




Siap bawak bekal nasi goreng sebab plan nak berkelah kat sini. Dah tak jadi makan jugak buat alas perut. 


Gambar mama ngan adik takde sebab ada dalam phone papa malas nak amik. 


Sunday, January 3, 2016

Barang sekolah dhiya - done!

Memandangkan Dhiya belum dapat lagi uniform sekolah, cikgu suh pakai dulu baju putih, seluar trek ngan kasut sekolah. Maka pergi la membeli belah hari tu. Walaupun beli yang biasa2 je harga boleh tahan. Harap2 semua tu tahanlah untuk setahun. 

Beg pilihan semestinya Frozen. Minat sangat ngan Frozen. Tapi takde gambar sebab tak snap. Lepas balik dari kedai duk belek2 je beg dia. Letak dalam bilik dia. Sekali tengok dh kat luar. 

Mama: Kakak, kenapa beg kat luar ni? Letak dalam bilik.
Dhiya: Kakak penat la mama kalau asyik kena ulang alik masuk bilik.
Mama: Kenapa?
Dhiya: Nak tengok beg.

Alahaiiii.,... sampai macam tu sekali. Teringat dulu masa kita kecik2 lebih kurang je kan? Seluar baju sekolah asyik try je sebelum sekolah nak mula. Almaklumlah tengah semangat. Barang2 sume baru. 

Saturday, January 2, 2016

From Melaka with love

Hari tu kami berkesempatan jalan2 Melaka. Tapi g dua hari je. Macam tak sempat nak tour Melaka. Me, jarang sangat g Melaka. Tapi husband dah boring sebab dulu dia duk Melaka 5 tahun. Melaka kan kecik je.


Antara tempat yang sempat kitorang pergi

Day1

Pantai Pengkalan Balak
Pantai Tanjung Bidara

Check in Hotel:
Sunflower Hotel

Pantai Klebang @ Dataran 1 Malaysia

Day2

Bandar Hilir

Sebenarnya dalam perancangan nak g banyak tempat. Tapi bila dah sampai sana, nak gerak dari satu tempat ke satu tempat amik masa. Tambah2 penat dan Dahlia crancky plak. Biasalah jalan2 ngan anak kecik ni. Moga2 nanti ada rezeki lagi nak g jalan2 Melaka =)

Friday, January 1, 2016

Meraikan perbezaan pendapat

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kadang2 kita rasa pendapat dia sangat tak betul. Sebab kita ada pendapat kita sendiri. Jika dah dibagitau pendapat kita, tapi still dia dengan pendapat dia. Saya rasa better kita stand je lah dengan pendapat masing-masing. 

Nak argue, nak bergaduh macam buang masa dan penat. Jadi sekarang saya memilih untuk mengurangkan rasa untuk orang setuju ngan pendapat kita. Penat. Biar lah dia. Kita pun tak nak terima pendapat dia. Samalah juga ngan dia kan. 

Peaceeee =P