Wednesday, January 6, 2016

Ke Tanjung Bidara pula..

Ini pun pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanjung Bidara. Ye lah boleh bilang berapa kali ke Melaka sebelum2 ni. Best kan sebenarnya Melaka? Dulu masa husband ajak duk sana tak nak. Cakap KL lagi best lah =P

Pantai ni tak panas sangat sebab ada banyak pokok. Terlupa nak bawak tikar. Nasib ada kedai kat situ yang jual tikar. Tapi biasalah harga mesti mahal sket. Sapa suh tak bawak kan. 


Sebelum apa2 mama selfie ngan adik dulu kalau tak takde plak gambar mama ngan adik. Hajat di hati adik nak mandi2 pantai jugak dengan kakak n papa. Tapi belum apa2 dah tertido dulu. Sepanjang2 kakak duk main tu dia tido. Best kot tidur tepi pantai. Angin sepoi2 bahasa =)


Kakak yang terlebih excited
Main tak hengat

Adik main atas tikar je. Sebab dia jenis mengutip dan masuk mulut. Kalau tak, abes pasir tu dia makan.
Tengok, belum apa2 dah gigit nasib baik bersih lagi. 

Lama jugak duk sini. Tunggu kakak main ngan mandi. Dah mandi sah2 penat. Check in hotel dan melepek lah semorang. Mama je tak tido sebab adik asyik nak berlatih berjalan je. 

Bersambung entri kat hotel plak.... 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya cuti2

Amanda Suria said...

SA pernah pergi yang kat sebelah pokok2 bakau tu shooting gambar..

Angah said...

laut memang indah...best ni kalo dapat pergi