Saturday, January 9, 2016

Masyarakat kita semakin negatif

Dalam hati sudah berazam untuk tidak meninggalkan komen kalau ada isu2 hot begini. Tapi tak tahan kena komen jugak. Dan ini komen saya:

Sebetulnya ini komen dan tanggapan masyarakat terhadap Dato' Vida. Awal tahun hari tu kepada yang perasan Dato' Vida ada berkongsi kisah kehidupan nya di rancangan TV Astro. Ternyata sangat kagum dengan dia. 

* Memiliki 20 biji rumah
* Rumah terbaru anggaran RM22 juta sebiji
* Kereta puluh2 tak ingat berapa

Yang lain tak ingat dah. Rentetan itu ramailah yang mempertikaikan antaranya:

- Rumah berpuluh2 tapi tak duduk buat apa
- Orang melayu suka sangat jual kosmestik, kenapa tak buat bisnes jual boiler, condenser, pump, oil, reservoir, nampak educated sket. 
- Duit banyak2 pergi bagi derma kat anak yatim buat apa, lagi baik bagi biasiswa kat budak2 U tu.
- Riak riak riak menunjuk-nunjuk2 
- Cara promotion yang tak profesional involve artis dan entertainment

Dan banyak lagi version lah. Pendek kata takde pun yang positif semuanya negatif. 

Seingat saya sepanjang kisah tersebut di paparkan berkali2 Dato Vida mention yang semua dia kongsi itu adalah untuk menyuntik semangat bangsa melayu kita ni untuk berusaha segigih dia. 

Ini yang saya dapat ambil daripada perkongsian beliau, mahu terima atau tidak terpulang:

1. Tiada jalan short cut untuk berjaya. Ya, dia tiada jalan pintas yang dia tahu berusaha bersungguh2 dengan gigihnya siang malam untuk menjadi seperti dia yang hari ini. Masa di unversiti tidak pernah beliau bazirkan cuti sem untuk bersenang lenang. Malah pernah keje kilang dan macam2 kerja lagi yang beliau lakukan. 

Cuba pula tanya diri sendiri masa cuti sem apa yang kita buat? Kalau kita tak buat sepertimana apa yang beliau dah buat duk diam2 sudah jangan banyak bunyi. 

2. Kalau beliau tak buat keje pape bersenang lenang je, terus rasa nak demam. Kita? Kalau kerja kuat sikit tak larat penat. Abis sapa yang kita sebenarnya perlu salahkan. 

3. Dah dia pilih nak jual kosmetik nak buat cam mana. Apa kata amik tanggungjawab untuk jual reservoir bagai tu atas bahu kita sendiri. Mampu tak mampu. 

4. Memanglah dia kena iklankan produk dia kat TV yang involve entertainment bagai. Sebab dia nak tarik dia punya target market iaitu orang ramai, orang awam, orang kampung mahupun bandar. Kan majoriti nya tengok TV. Kalau dia jual reservoir takdelah dia nak iklan kat TV. Kalau dia iklan jugak memang peliklah sebab target market dia bukan orang awam. Dan yang bisnes reservoir tu ada je cumanya kita je tak tahu sebab dia ada their own marketing strategy yang tak melibatkan orang awam pun. Dikalangan diorang saja. 

5. Duit dia, hasil titik peluh dia suka hati dia lah nak buat apa. Bukannya dia tak derma untuk anak yatim pun. Duit puluh2 ribu bagi macam tu je untuk orang tunaikan umrah. Itu tidak pulak kita sebok canang2 kan. Kan dia kata kalau dia bagi biasiswa benefit untuk sorang tu je. Kalau bagi anak yatim 500 orang dapat benefit. 5 bulan makan tak abes lagi. Dia pun ada pendapat dia jugak. Dah duit dia. Kenapa kita nak sebok2. Cuba tanya balik, pernah tak kita dermakan untuk kebajikan orang lain?

_____________________________________

Frankly speaking I am not fan of her. Tapi rasa sedih dengan mentality rakyat Malaysia terutama orang2 melayu. Kalau kita semakin negatif dan terus bersikap negatif sampai bila pun kita tak akan maju. Tengoklah dari sudut pandang yang POSITIF , insyaAllah kita akan sama2 berjaya. 

Wallahuallam. 



2 comments:

muhammad syahmi said...

Salam Cik,

Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

Terima Kasih.

Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com
+6011-15359165

muhammad syahmi said...

Salam Cik,

Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

Terima Kasih.

Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com
+6011-15359165