Sunday, January 3, 2016

Barang sekolah dhiya - done!

Memandangkan Dhiya belum dapat lagi uniform sekolah, cikgu suh pakai dulu baju putih, seluar trek ngan kasut sekolah. Maka pergi la membeli belah hari tu. Walaupun beli yang biasa2 je harga boleh tahan. Harap2 semua tu tahanlah untuk setahun. 

Beg pilihan semestinya Frozen. Minat sangat ngan Frozen. Tapi takde gambar sebab tak snap. Lepas balik dari kedai duk belek2 je beg dia. Letak dalam bilik dia. Sekali tengok dh kat luar. 

Mama: Kakak, kenapa beg kat luar ni? Letak dalam bilik.
Dhiya: Kakak penat la mama kalau asyik kena ulang alik masuk bilik.
Mama: Kenapa?
Dhiya: Nak tengok beg.

Alahaiiii.,... sampai macam tu sekali. Teringat dulu masa kita kecik2 lebih kurang je kan? Seluar baju sekolah asyik try je sebelum sekolah nak mula. Almaklumlah tengah semangat. Barang2 sume baru. 

1 comment:

Farhana Zukri said...

sama je ngan adik Hana yg masuk Darjah 2 tu, tahun lepas dok telek aje beg Frozen dia hehe. tahun ni pun beg Frozen lagi