Showing posts sorted by relevance for query ice cream maker. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ice cream maker. Sort by date Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Hari memasak sedunia =)

Dikala2 7 pagi da bangun. Blogwalking dulu cari menu untuk dhiya amani. Noted: Hari minggu je boleh blogwalking dulu before masak. Hari lain men campak je. Ikut pengalaman yang ada.

Resepi kat bawah ni myHubby panggil mee goreng kak long muda. Knapa? Sorry lain kali k. Hik hik! Senang je kalau nak tau mee ni sedap ke tak. Kalau sedap maka abeslah. Kalau tak sedap maka tak abes lah. Cuba teka yang pagi tadi punye abes tak? =P

Ini bubur oat untuk dhiya amani. Resepi ini telah di ambil kat blog ummi maryam. Tapi saya punya macam terlebih air je. Dan saya tukar daging dengan ayam.

Saya guna oat yang ni. Bulih dop guna hok ni farah? Saya tengok instant je terus beli. Dan ini lah pertama kali dhiya makan oat. Nampaknya lepas ni banyak kali lagi lah dhiya kena makan oat sebab saya beli paket besar. Paket kecik takdop.

Pas breakfast terajin plak nak buat puree. Jugak di inspired dari blog ummi maryam, kalau nak tahu nak buat boleh baca kat sana oke.

Saya buat puree carrot ngan potato je.


Project bersambung dengan lunch pulak. Huhuhu! baru keluar dapur kena masuk balik. Tapi lunch adalah sangat simple sebab kalau taaakk lagi lama kat dapur.

Sayur campur

Ayam masak kicap

Masih ingat kah lagi pasal ice cream maker yang saya beli hari tu? Rupa2nya mood buat ice cream masih tak ke laut lagi sejak beli ice cream maker ni. Yang paling penting, setiap air yang tak abes mesti jadi ice cream. Tak membazir di situ kan? Untuk buat air semata2 sebab nak buat ice cream tu kira tak rajin sangat lah.

Terbaru saya nak buat agar2, tapi entah cemana agar2 tu tak keras after beberapa hari duk dalam peti ais. So, saya try lah buat ice cream. Menjadi? Lebih kurang macam yang kat kedai tu. Masa kecik2 yang beli yang harga 20sen. Mungkin sekarang dah takde yang harga 20sen kan. Mungkin pengilang ice cream tu buat agar2 ala2 tak berapa nak keras dulu then baru buat ice cream kot. Entah! Tak tahu.


Sedia untuk di makan. Suka sangat makan ice cream sebab tu la kot sakit gigi =)

Malam tak masak, makan makanan tengah hari je. Cukup2 lah tu masuk dapur kan. Saya ni lembab sket di dapur. Untuk masak benda simple2 je pun da take time tu belum masak benda yang pelik2 lagi.

Plan nak bake choc cake tapi margerin tak cukup. Kalau esok ingat nak beli mungkin akan buat kek tapi tak tahu lah menjadi ke tak. Ikut hati nak expert dalam sume benda tapi tak sempat nak meng'expert'kan diri =P

Tuesday, June 21, 2011

Ice cream maker

Hari tu ade kawan promote tupperware kat ofis. Entah cemana terbekenan kat ice cream maker ni.
Gambar ihsan google

Orang lain sume beli bekas yang besar2. Saya je beli yang ini. Takpelah lain dari yang lain kan? Huhuhu. Then balik rumah terus buat ais krim. First try ice cream milo je. Boleh tahan sebab guna air milo yang manis. Pastu the next day ada buat agar2. So masukkan sikit agar2 sampai separuh. Keraskan pastu tambah air sunquick sampai penuh. Then tara..hahah! Tapi sedikit tawar.


Baru2 beli je kot rajin buat ais krim nanti2 tak tahu lah.

Saturday, April 14, 2012

Hobi baru

Sebenarnya hobi ini bermula sejak tahun lepas lagi, tapi mula bergiat aktif sejak 2 bulan lepas kot kalau tak silap. Tapi yang tak tahannya ia memerlukan duit yang banyak. bukan macam hobi collect setem macam zaman kecik dolu2. disebabkan hobi ini melibatkan duit makanya collection jugak adalah limited. macam dulu masa kerja macam mana pun tiap2 bulan ada je koleksi baru yang saya beli. takde influence dari sapa2. cuma sekadar kepuasan diri sendiri. 

Memandangkan sekarang gaji tidak sekencang dahulu =P makanya pembelian jugak adalah limited. Jadiiiiiiiiiiii saya buat bisnes kecik2 lan. Makanya hobi ini masih boleh diteruskan dan macam makin bertambah rancak pulak. Suka2. Disamping kenal ramai kawan2 yang memiliki hobi sebegini makanya perasaan mahu memiliki semakin membuak2. 

Pelikkan. Collect tupperware boleh jadi hobi. Macam mana tu. Yang pastinya saya ni dah capai tahap angau. Kalau sebulan tak beli pape walau sekecik2 benda macam asyik teringat2 pulak. Bulan depan pulak aim yang lain. Bulan ni saya aim nak beli spice and salt set. Mahu beli 2. Tamak tak? hahaha! sebab nya kalau beli satu set pertama, set kedua dapat harga murah. paling best dapat pulak onion keychain percuma. atau ini sebenarnya strategi tupperware untuk lariskan barang dia. maka saya terpedaya. setakat ni saya hanya beli yang ada offer je. belum beli lagi yang tanpa offer. mungkin ramai yang macam saya bukan. 



Baby spoon ni saya beli dari upline saya. Saje beli untuk koleksi sendiri.


Ini pulak ice cream maker. Disebabkan ia koleksi pertama saya maka ia sudah banyak kali interframe kat blog ini. dan saya jugak selalu gunakannya. sekarang ni pun masih ada ice cream dalam peti. pendek kata tak putus ice cream home made dalam rumah ni walaupun yang makannya cuma saya sorang sahaja =)


Ini pulak orang panggil rainbow midget. sangaaaaaat cute. tapi tak guna lagi. tak tahu nak guna untuk buat apa tapi beli. hahahaha! dalam 2 oz je setiap satu. 


Ini pulak rainbow cube gift set. Beli pakej ngan midget. Masih dalam kotak lagi. Jika mahu guna baru keluarkan dari kotakkk. 


Ini pulak yang saya paling saaaaaayang buat masa ni. Ini adalah onion keeper. menurut pakar ia direka khas untuk letak bawang yang dah dibuang kulit. kalau letak dalam ni bawang lambat buruk sebab takde udara masuk. kalau yang berlubang tu untuk bawang tanpa kulit cepat buroks. Tapi saya tak pernah cuba lagi sebab macam saaaaaaaaaaayang! hahaha!

Berusaha untuk dapatkan sume color and now its complete already. rasa puas hati. 


Friday, July 1, 2011

TupperwARE

Ini virus ke apa? ENtah! Macam virus jugak kot sebab first time beli ice cream maker tu. Then, rasa nak beli lagi dan lagi..Oh virus sedang menyerang. HAri ni tupperware ade keluarkan catalog baru lagi. Sempena Ramadhan. Rasa nak beli. Sume pun rasa nak beli kan? Hahaha! TApe2 setiap bulan beli sikit. Bak kata orang zaman dolu2 "sikit2 lama2 jadi bukit"

2x update? Hahaha esokkan cuti = BEST! Dhiya da tido.

Sekian..nak sambung usha catalog tupperware