Saturday, April 14, 2012

Hobi baru

Sebenarnya hobi ini bermula sejak tahun lepas lagi, tapi mula bergiat aktif sejak 2 bulan lepas kot kalau tak silap. Tapi yang tak tahannya ia memerlukan duit yang banyak. bukan macam hobi collect setem macam zaman kecik dolu2. disebabkan hobi ini melibatkan duit makanya collection jugak adalah limited. macam dulu masa kerja macam mana pun tiap2 bulan ada je koleksi baru yang saya beli. takde influence dari sapa2. cuma sekadar kepuasan diri sendiri. 

Memandangkan sekarang gaji tidak sekencang dahulu =P makanya pembelian jugak adalah limited. Jadiiiiiiiiiiii saya buat bisnes kecik2 lan. Makanya hobi ini masih boleh diteruskan dan macam makin bertambah rancak pulak. Suka2. Disamping kenal ramai kawan2 yang memiliki hobi sebegini makanya perasaan mahu memiliki semakin membuak2. 

Pelikkan. Collect tupperware boleh jadi hobi. Macam mana tu. Yang pastinya saya ni dah capai tahap angau. Kalau sebulan tak beli pape walau sekecik2 benda macam asyik teringat2 pulak. Bulan depan pulak aim yang lain. Bulan ni saya aim nak beli spice and salt set. Mahu beli 2. Tamak tak? hahaha! sebab nya kalau beli satu set pertama, set kedua dapat harga murah. paling best dapat pulak onion keychain percuma. atau ini sebenarnya strategi tupperware untuk lariskan barang dia. maka saya terpedaya. setakat ni saya hanya beli yang ada offer je. belum beli lagi yang tanpa offer. mungkin ramai yang macam saya bukan. 



Baby spoon ni saya beli dari upline saya. Saje beli untuk koleksi sendiri.


Ini pulak ice cream maker. Disebabkan ia koleksi pertama saya maka ia sudah banyak kali interframe kat blog ini. dan saya jugak selalu gunakannya. sekarang ni pun masih ada ice cream dalam peti. pendek kata tak putus ice cream home made dalam rumah ni walaupun yang makannya cuma saya sorang sahaja =)


Ini pulak orang panggil rainbow midget. sangaaaaaat cute. tapi tak guna lagi. tak tahu nak guna untuk buat apa tapi beli. hahahaha! dalam 2 oz je setiap satu. 


Ini pulak rainbow cube gift set. Beli pakej ngan midget. Masih dalam kotak lagi. Jika mahu guna baru keluarkan dari kotakkk. 


Ini pulak yang saya paling saaaaaayang buat masa ni. Ini adalah onion keeper. menurut pakar ia direka khas untuk letak bawang yang dah dibuang kulit. kalau letak dalam ni bawang lambat buruk sebab takde udara masuk. kalau yang berlubang tu untuk bawang tanpa kulit cepat buroks. Tapi saya tak pernah cuba lagi sebab macam saaaaaaaaaaayang! hahaha!

Berusaha untuk dapatkan sume color and now its complete already. rasa puas hati. 


No comments: