Saturday, February 4, 2012

Hari memasak sedunia =)

Dikala2 7 pagi da bangun. Blogwalking dulu cari menu untuk dhiya amani. Noted: Hari minggu je boleh blogwalking dulu before masak. Hari lain men campak je. Ikut pengalaman yang ada.

Resepi kat bawah ni myHubby panggil mee goreng kak long muda. Knapa? Sorry lain kali k. Hik hik! Senang je kalau nak tau mee ni sedap ke tak. Kalau sedap maka abeslah. Kalau tak sedap maka tak abes lah. Cuba teka yang pagi tadi punye abes tak? =P

Ini bubur oat untuk dhiya amani. Resepi ini telah di ambil kat blog ummi maryam. Tapi saya punya macam terlebih air je. Dan saya tukar daging dengan ayam.

Saya guna oat yang ni. Bulih dop guna hok ni farah? Saya tengok instant je terus beli. Dan ini lah pertama kali dhiya makan oat. Nampaknya lepas ni banyak kali lagi lah dhiya kena makan oat sebab saya beli paket besar. Paket kecik takdop.

Pas breakfast terajin plak nak buat puree. Jugak di inspired dari blog ummi maryam, kalau nak tahu nak buat boleh baca kat sana oke.

Saya buat puree carrot ngan potato je.


Project bersambung dengan lunch pulak. Huhuhu! baru keluar dapur kena masuk balik. Tapi lunch adalah sangat simple sebab kalau taaakk lagi lama kat dapur.

Sayur campur

Ayam masak kicap

Masih ingat kah lagi pasal ice cream maker yang saya beli hari tu? Rupa2nya mood buat ice cream masih tak ke laut lagi sejak beli ice cream maker ni. Yang paling penting, setiap air yang tak abes mesti jadi ice cream. Tak membazir di situ kan? Untuk buat air semata2 sebab nak buat ice cream tu kira tak rajin sangat lah.

Terbaru saya nak buat agar2, tapi entah cemana agar2 tu tak keras after beberapa hari duk dalam peti ais. So, saya try lah buat ice cream. Menjadi? Lebih kurang macam yang kat kedai tu. Masa kecik2 yang beli yang harga 20sen. Mungkin sekarang dah takde yang harga 20sen kan. Mungkin pengilang ice cream tu buat agar2 ala2 tak berapa nak keras dulu then baru buat ice cream kot. Entah! Tak tahu.


Sedia untuk di makan. Suka sangat makan ice cream sebab tu la kot sakit gigi =)

Malam tak masak, makan makanan tengah hari je. Cukup2 lah tu masuk dapur kan. Saya ni lembab sket di dapur. Untuk masak benda simple2 je pun da take time tu belum masak benda yang pelik2 lagi.

Plan nak bake choc cake tapi margerin tak cukup. Kalau esok ingat nak beli mungkin akan buat kek tapi tak tahu lah menjadi ke tak. Ikut hati nak expert dalam sume benda tapi tak sempat nak meng'expert'kan diri =P

2 comments:

mrs.spicy said...

ok jer..tapi kalu bleh cari rolled oat..lagi banyok khasiat..hehe..oat ni cepat masok..xayoh banyak air..kalu bfast tamboh air panas jah..pah capoo puree buoh/kurma/kismis..hehe..seney

eira eixora said...

Oke. tq2 =)