Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Family day - pantai melawi

Family day yang tak di rancang masa balik mengundi hari tu. kebetulan tempat keje kakak ipar ada anjurkan family day dan kami pun join sekali. belah husband punya family. 

dhiya Amani suka gler dapat main pantai. macam budak2 besar sudah. mula2 main pakai pampers. last2 pampers dah kembung air berat gabak. jadi bukak je. 

Resort yang kami duduk tu tak ingat nama. kalau tak silap rm100 semalaman. biliknya oke2 je. tapi water heater ngan iron tak disediakan dalam bilik. kalau nak guna kena request dari owner dia. 

bilik air kureng sikit. lack of maintenance kot. kalau pasir je takpe. ni nampak macam tak dibasuh. huhu! tapi oke je sebab kami duk situ semalam sahaja.  


 psssttt: gambar banyak tapi takleh nak upload internet slow...tata~










Thursday, February 14, 2013

Balik kampung

Hampir seminggu balik kampung. oh bestnya balik kampung. setiap kali balik mesti berkira2 mahu beli rumah kat kampung. tapi masih belum rezeki kami, asyik g tengok rumah yang salah saja. ye lah kadang2 rumah kawasan banjir pun mahu jual. kawasan yang tak elok juga mahu jual. kawasan elok pula mahal. huhuhu! insyaAllah rezeki akan datang kemudian. yang penting ada cita2. 

Kalau orang tanya kenapa saya suka tinggal kat kampung. mahu kerja kat kampung. mahu buat rumah kat kampung. saya takde jawapan yang betul2. yang penting sy mahu macam tu. 

Balik kampung best. yang tak bestnya satu badan dhiya amani kena gigit nyamuk. sebab satu malam tak pasang kelambu. ingatkan oke. sekali bangun2 abes satu badan, mama & papa tak kena gigit pula. 

Kenduri

Masa cutilah ramai kawan2 yang kawen. biasanya kalau kawan2 kat kelate saya seboleh mungkin mahu hadiri majlis korang masa cuti2 macam ni. sebab kalau waktu2 lain tak balik kg. confirm2 tak dapat pergi. tapi tu lah. kadang2 balik sekejap. macam2 nk buat. melawat sedara mara lagi. jadi dapat lah pergi ke satu dua rumah saja. tapi hakikat sebenarnya saya mahu hadiri semua majlis korang. 

kepada kawan2 yang baru kawen selamat pengantin baru. semoga korang bahagia hingga ke syurga. doakan kami juga. 

Makan banyak

Kalau kat kampung sy memang tak leh control makan langsung. pagi da makan kuih 3 4 ketul. pastu makan nasi berlauk lagi. kejap je dh tengah hari. makan nasi lagi. malam kadang2 makan mi. Yang pasti semuanya sedap. waaaaaaaa rindu sudah. kalau kat sini jarang makan nasi pagi sebab tak selera

Hujan

2 hari yang last tu asyik hujan saya. bukan hujan yang kilat2 tu. hujan macam masa banjir tu. tak lebat tapi lama. suka suasana macam tu tapi sejuk lah. plus pakaian susah nak kering. 






Wednesday, December 5, 2012

A very short trip to Melaka

Since, hari tu percutian ke Melaka yang di plan sebegitu lama tidak menjadi. Maka ini adalah unplan trip to Melaka. Da namanya unplan, jadinya agak kelam kabut sikit. Pergi tengah hari ahad. Then balik KL kul 5 pagi isnin sebab husband kene keje dan sy kena g uni. Huhuhu! 

Kisah bermula bila sabtu sy ada kelas. so sehingga ujung disember sabtu memang tak boleh kacau. Bangun2 pagi ahad tu tel pakcik. dia duk melaka. memang dah duk sana lama. da berbelas2 tahun. tapi tak pernah sampai umah dia. banyak kali dia ajak tapi tak pergi2 pun. ade je halangannya. jadi masa tu dia ajak then terus diskuss2 terus pergi. bayangkan kul 12 baru gerak dari KL. 

dalam lebih kurang kul 2 camtu sampai kem husband dulu. Depot pangkalan peluru masjid tanah. Yang sebenarnya takde motif pun g sana. just singgah2 je. husband banyak kenangan kat situ. dari mula2 jadi askar sampailah kawin sebelum mintak tukar KL. kawan2 dia sume tkde masa tu sbb ade majlis apa ntah. pas round2 terus ke umah pakcik. 

Sampai dalam kul 4 camtu. solat sume terus ke pantai klebang. atau pantai satu malaysia. betul ke? sebab nampak satu kemain besornya kat situ tp tak amik gambar pon. 2 tahun lepas pergi kat situ pantainya sangat sempit. ada orang duk tambak2. sekarang pantai da semakin besar dan sesuai untuk tempat riadah.


layan je gambar kitorang yang tak seberapa ni, gambar dari instagram. Masih tak berjaya transfer gambar dari phone ke laptop guna bluetooth. Gambar dhiya amani pun banyak lagi yang cumil2. tapi tu lah. never mind tengok yang mana ada je. 


Ini lah gambar dhiya, cantik tak? ni dia tgk wau. siap lambai2 wau tu. dia lah yang paling gembira. dhiya tak pernah pergi pantai. ni first time. sebab tu lah kot dia excited sangat. berlari2 atas pasir. kita nak berjalan pun kemain susah atas pasir dia siap boleh berlari2 lagi. Langsung tak mahu duduk. Siap ajak naik kuda. Tapi papa tak bagi takut jatuh. 

Malam pergi makan seafood bakar kat umbai. m i right? hehhee i cakap umai pakcik gelak. umbai lah kot yang sebetulnya. Oklah banyak jugak makan. pakcik belanja.

Dalam kul 12 cam tu, 12 malam hokey. G mandi kolam air panas pula dekat Gadek. Ingat kan orang tak ramai rupa2nya orang adalah sangat ramai. Dhiya excited juga. Dia macam tak rasa pun air tu panas. Main je keje. kitorang nak masuk kaki dalam air pun terasa sangat panas. Last2 g cari kolam yang airnya suam sikit then baru mandi. 

Sampai2 umah pakcik da kul 2 sume orang da flat. Terus tido sebab esk pagi2 kul 5 da nak balik KL. 

Sunday, February 20, 2011

Wiken

Da lama berhajat untuk tak g jalan mana2 bila wiken. Tapi sampai hari ni pon masih tak berjaya. Walaupun untuk sehari duk umah je. Mungkin sebab kitorang belum ada anak lagi kot. Kalau tak keluar, asyik dok pandang2 sesama sendiri je. End up boring pastu keluar jalan2 amik angin kat mana2.

Biasanya destinasi pilihan adalah umah sedara mara dan adik beradik. Yang dekat2 ngan area KL ngan selangor ni. Tak suka sangat pergi shopping complex kalau takde barang yang betul2 nak beli. Penat kalau sekadar window shopping je. Tapi kalau ngan member oke je. Ngan hubby cam tak best better g umah sedara mara kan?

Sabtu pagi seperti biase kalau wiken bangun lambat. Then, hubby g beli bekfest sebab tak selera nak masak tapi berselera nak makan. Hehehe...Tup2 da kul 12. Tengok tv jap. Kemas2 umah sket2. Basuh baju mana yang patut. Tengok2 da kul 4. Boring la pulak kan. Keje umah da setel. Last2 hubby ajak g umah sedara kat Gombak.

Petang kluar ngan diorang g pasar malam. Terserempak ngan Miss Wanie tengah beli sayur. Good girl. Start practice dari sekarang. Hehhe. Pastu makan2 bihun sup pulak kat kedai kat gombak tu. Sebab sangat kekenyangan hubby decide untuk tido je situ walau datang sehelai sepinggang.

Hari ni pepagi balik umah, mandi2 dan kemas apa yang patut dalam kul 9.30 pg bertolak ke N9 untuk majlis hantar menantu sedara dari Kelate. Diorang awal2 lagi da sampai and tido sana. Kitorang je yang pergi hari ni. Dalam kul 12 akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Felda Sg. Kelamah, Gemas. Tapi tempat tu cam lepas Gemencheh sket je. Lepak2 jap sebab majlis start kul 1.

Then, after tung tang tung tang semua. Makan2 apa yang patut. Sangat tak selera mungkin sebab dahaga dan minum air dengan banyak. Kul 2 lebih mintak diri untuk balik Sebab da plan nak singgah PD.

Dalam kul 5 sampai PD. Makan bihun sup CACA. Ingatkan sedap tapi masya Allah kuah dia memang minyak. Mungkin kat situ minyak senang nak dapat kot. Terasa macam tak nak order bihun sup da lepas makan bihun sup kat situ tadi. End up tak abes pun bihun tu.

Amik2 gambar mana yang patut bertema kan gerai2 jualan kat tepi pantai PD ngan pasir2 pantai yang putih tu perjalanan balik diteruskan. Sampai Sg. Besi kul 8...

Wiken yang tak penat pada hari pertama da jadi penat pada hari ke-2.

Jangan la anak mama nanti bila keluar asyik mintak nak g jalan2 je.

Gambar InsyaAllah akan diupload kemudian. End

Wednesday, February 9, 2011

From KL to Kerteh with love...

Three years ago, bila dapat tahu got a placement for my practical training in Kerteh. Feel like something that make my day bling2. I still remember how I wish that someday I will be there again...

Itu citer 3 tahun dulu. But not now. I cannot be there for certain reason. Pergi sekejap2 je boleh =P

Nak dijadikan cerita hari tu cuti tahun baru cina tu kan. Sebenarnya tak serious pun plan nk g Kerteh tapi out of sudden menjadi jugak pergi.

Pagi hari sabtu baru bertolak. (Ni lah akibat tak plan betul2 dlu) Pagi tak pagi sangat la dalam 12 lebih. Boleh dikira tengah hari jugak. KOnvoi ngan my adik and bro in law. Diorang nak bereti kat Kuantan. So, we all exit Kuantan. Sedar tak sedar amost 7pm baru sampai umah makcik. Penat tak? Haha tak sangat kot sebab hubby yang drive. Tapi bosan sebab takleh tido sebab ade pengacau. Sangat tak sopan pengacau itu. Ingat nak singgah Pantai Cherating tapi tak singgah pon sebab masa sangat mencemburui. Kalau singgah belum tentu lagi sampai kul 7. Hubby da penat yang amat.

Malam merayap kat Mesra Mall. Walaupun da banyak kali pergi, pergi lagi. Beselah Mesra Mall ade satu je kan kat Mesia. Betulkan statement ni kalau ianya salah =P Berjaya jugak beli susu (sebab bekalan susu tak bawak) then men game. Hubby men tak hengat. Dan kami berjaya juga men bola keranjang dengan rekod jaringan 45 biji dalam masa berapa minit tah. Penat tambah risau baby lam perut. Masa main tak hengat.

Then, g lepak2 depan mcD sebab hantar sepupu naik bas nak ke tg. Malim. Bas dijadual sampai kul 11.30 tapi tak sampai2. Hubby da terlentok lam kete. Takpelah ksian dia penat sepanjang hari drive (actually separuh hari) Makcik suh balik umah dlu dia tak nak. Last tunggu sampai sudah. Sepupu kul 1 lebih baru naik bas.

Balik rumah tanpa berfikir panjang terus tido. Esoknya pagi plan nak g makan2 kat Pantai Paka, tapi tak pergi sebab pas bekfes tersambung tido. Sapa suh tido lambat kan. Ingat nak balik kul 12 ke KL. Tapi makcik ajak pergi umah makcik sorang lagi kat Jerangau. Sampai kerteh balik da 3pm. Makan2 terus bertolak ke KL.

Perancangan nak singgah pantai Cherating ade lagi. Tapiiiiiii.........jalan jammed tak hengat. Dari Kerteh ke Kemaman yang sepatutnya 1/2 jam da jadi 2 jam 1/2. Bayangkan!!! Terus tak jadi singgah.

Kat highway LPT oke je sume lancar. Keluar2 tol karak kete da mula bersesak2 tapi consider oke lagi. Paling teruk pas tol bentong. Da nampak da sign board genting sempah 5km. Tapi kitorang sangkut selama 2 jam untuk 5km. BAYANGKAN!!! , ,, i tak tension sangat sebab bukan i yang drive. Hubby da merungut2 sebab kaki da sakit. kete manual. Tukar ngan sepupu suh dia drive. Sampai umah da kul 3am.

Sangat rugi sebab dua perkara yang bertulisan condong itu tidak sempat dilaksanakan masa kat Kerteh. Tulah sape suh last minute nye planning kan?



Thursday, October 7, 2010

Wiken @Melaka

Buat pertama kalinya setelah bergelar kekasih, tunangan & akhirnya isteri saya menjejakkan kaki ke Melaka. Negeri di mana suamiku bekerja. Selama ni dialah ke Tganu (masa prektikel), ke Ipoh dan Toronto (masa belajar) dan ke KL (masa da kawen skrg ni).

Itu pun sebab ada majlis kenduri sedara kat Melaka. Kalau tak entah bila la saya nak menjejakkan kaki kat sana. Sungguh tak fair kan saya ni. Pape pun setelah pertama kali pergi mungkin saya akan pergi lagi ke sana. Melaka not that as bad as saya fikirkan. Jauh dari hiruk pikuk kota. Kos hidup pun tak lah tinggi sangat. Dan mungkin juga kalau kat sana husband bagi saya drive. Sebab jalan tak jammed. Oke2 je.

Jumaat

Pas keje terus amik bas kat Bukit Jalil menuju Masjid Tanah, kat sana husband amik then ke kem dia sempena Sambutan Aidilfitri untuk askarnya family. The food ok2 la =)

Pas makan2 terus ke area2 MElaka Central. Rumah sedara yang kenduri tu. Tido sana.

Sabtu



Pagi round2 Melaka. Ke Air Keruh. Singgah Taman Buaya & Taman Mini Malaysia jap. Pastu terus ke tempat kenduri. Ramai family dari Kelate datang. Sangat Best.

Petang sambung ronda2 area bandar hilir. Then, malam bertolak balik KL.

Thursday, April 8, 2010

Sayang, jom nanti kita g Cameroon..


Pertama sekali nak mintak maaf ngan korang kalau semenjak dua menjak ni postnye agak sedikit membosankan. Tapi nak post jugak...Herm, dulu beria cakap pas kawen nak g jenjalan kat Langkawi la mana lah. Tapi memandangkan tempat kerja sekarang sangat susah nak cuti, jadi aku rasa semua tu tak menjadi lah kot.


Haaa...ade satu idea baru, lagi baik kalau g Cameron kan? Lagi pun Cameron tu on da way nak balik Kelate je pun. Kalau g wiken pun sempat. Mesti best kan? kan?

Ni gambar saya ngan gegirl masa g Cameroon dolu2.. rasanya da pernah post kat sini. Tapi nak letak jugak...



rindu korang..

Wednesday, February 4, 2009

From Tronoh to Penang HiLL

I just want to show our pictures during two days vacation on Bukit Merah and Penang...



breakfast kt Pekan Tronoh







YeaH..Bukit Merah!!







At the Jetty to Orang Utan Island










Orang Utan baby's







From orang Utan Island to Ecopark








In front of Ecopark Jetty







Ecopark








Chairlift







View from chairlift 1








View from chairlift 2

Monday, November 3, 2008

Tambun

Serious aku tak pandai nak upload gambar kat blog ni.
Dah la nk upload susah. Pastu bila dah dapat arrangement
dia plak ntah pape. Maybe layout yang aku pilih menyebabkan
dia jadi cam ni. Atau maybe sebab
aku kurang skill nak upload.

Pape pun aku nak upload jugak tak kira. =)
Ni gambar masa aku g Tambun hari tu..Since internet dah
agak ok aku berkobar-kobar gak la nak upolad gambar.
Tapi bila upload je ilang, upload lagi ilang lagi.
Tu yang tak tahan.

berendam la plak dia

bersama 3 ekor itik

posing je keje

sukela tu leh naik itik

Aku tahu senyum je
binatang apa tu aku tak tahu

awak buat apa kat kucing tu?/..

Nanti kita datang lagi ye =P

Sunday, April 13, 2008

Our sweet memory at KT

at kampung
The reason why we go to KT is to attend Mat Yie's wedding. Unfortunately, i cannot upload Mat Yie's photo. Next time ok!
As planning, we also go to my grandparent house.

Haha, these are our pictures when wearing my grandmother "kain sarung & baju kurung kedah". Opss...not actually baju kurung kedah, but the one that already modified.

at Masjid Kristal
Keesokan harinya, kitorang singgah kat masjid kristal. Walaupun tak tahu jalan tapi kami nak g jugak. Thank you to Una sebab tolong describe jalan. Lastly, jumpa jugak. Kat atas tu gambar pintu gerbang nak masuk masjid.


Opss..this is me in front of Masjid Kristal.


This is my nabila, my sue and my laling.


at imah house
Waaaaaaaaaaaaa, my pict dah ilang. Ni sue and aini masa kat rumah Imah. Imah mana? Imah sibuk buat air and kek kat dapur.

Thank you to all, nati kita pergi jalan2 kat tempat lain plak. Peacee....