Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Family day 2015

Pun family day belah husband ni. Belah saya tak tahu lah bila nak buat. Sebab family tak ramai jadi semangat nak buat tu takde sangat. Selepas kejayaan. Eceeeeeewah family day tahun lepas, maka family day ni dah jadi macam acara tahunan pulak. Bila dah selalu buat adalah improvementnya. Macam dulu just pergi, malam barbecue je. Tahun ni ada sukaneka untuk kanak-kanak dan malam masa barbecue tu ada tukar2 adiah. Plus ada kolam mandi. Budak-budak paling suka. Mak pak budak pun tak kurang juga. Me? tak dapat mandi sebab baru abes pantang. Takut licin plus tak berani lah nak lasak2 lagi. 

Kami buat kat Sweet Beach Resort Tok Bali. Harga rasanya dalam RM120. Tak ingat sangat. Kami amik bilik biasa. Kalau yang besar sikit tu dalam RM190 kot. Bilik biasa pun oke sangat dah. Design yang cantik. Ruang yang oke dan dekat ngan kolam. 





Sekitar resort



Gembira sume dapat mandi kolam



Sukaneka



Barbecue night, kesian baby dahlia. Berbalut dalam selimut.



Sesi penyampaian hadiah sukaneka & tukar-tukar hadiah


Dah nak balik. Tahun depan buat lagi =)

Saturday, April 12, 2014

Family day dan birthday Dhiya Amani

Salam semua =)

Pergi mana? Tak pergi mana-mana. Ada je kat sini.

Good news
Apa-apa kita citer pasal good news dulu. Buat masa ni takde good news lain melainkan pasal belajar lah.
Okey dipendekkan cerita. Sambung master ni saya kena fulfill semua-semua di bawah:

1. Attend conference (done)
2. Seminar (done)
3. Candidature defense - yang saya submit report hari tu dan kena present, alhamdullillah saya lulus yang ni.

Dan sekarang tinggal lagi.

4. Habiskan labwork
5. Buat paper, submit paper
6. Buat thesis, submit thesis
7. Viva

Kalau listing nampak macam tak banyak mana. Tapi bila nak laksanakan tu payah sikit. Apa-apa pun redah je. InsyaAllah moga Allah permudahkan. 

Family day
Hujung bulan 3 hari tu belah husband ada buat family day kat Sri Nipah Beach Resort. Bagi saya untuk keselesaan dan murah memang tempat ni dah sangat oke. Kami sewa 11 bilik. Untuk bilik kecik RM90. Dan bilik besar sikit Rm120. 

Husband ada 9 orang adik beradik. 4 yang atas sume kakak. Ke-5 hingga 9 sume lelaki. Husband bongsu. Kira sume dah kawen. Menantu pun 9 jugak. Cucu-cucu lagi. Menantu-menantu cucu lagi. Cicit. Meriah amat. 





Bukan senang nak kumpul macam ni. Raya pun belum tentu. Kalau turn raya belah husband pun tengah hari rumah dah kosong sebab masing-masing ada agenda sendiri bila hari raya.


Pantai memang cantik. Sebab kitorang ni duk kat bukit jadi jakun sikit lah ngan pantai-pantai ni. Bila jumpa pantai je rasa bahagia lain macam. Haha!



Dhiya Amani dapat pelepasan khas. Boleh buat apa saja asalkan bahagia. Hari lain tak dapat makan aiskrim sampai macam ni. Abes baju. 

Dari kiri: Qistina Amani, Irdina Dalisha, Dhiya Amani & Irfan Najmi

Dhiya dan sepupu. Bila besar mesti gambar ni jadi moment-moment indah. Bila diorang dah kawen ada family sendiri. Haha! Takleh bayang.

Masa ni ada yang takde sebab baru pas mandi

Ini semua ada. Masa nak balik dah ni. Ramai tak?

Barbeque

Malamnya ada barbeque. Layannz gambar je k =)





Birthday Dhiya Amani

Memandangkan birthday dhiya amani hari tu 25 March jadi plan sambut masa tu juga lah. Biasa-biasa je sambutannya. Asalkan ada kan. Sebab dhiya excited sangat nak to u to uuu!


Tengoklah fokus sangat potong kek tu

Oke macam tu lah citer musim cuti sekolah hari tu. Next time plan nak buat lagi tapi tak tahu bila dan di mana. 





Saturday, June 1, 2013

Family day - pantai melawi

Family day yang tak di rancang masa balik mengundi hari tu. kebetulan tempat keje kakak ipar ada anjurkan family day dan kami pun join sekali. belah husband punya family. 

dhiya Amani suka gler dapat main pantai. macam budak2 besar sudah. mula2 main pakai pampers. last2 pampers dah kembung air berat gabak. jadi bukak je. 

Resort yang kami duduk tu tak ingat nama. kalau tak silap rm100 semalaman. biliknya oke2 je. tapi water heater ngan iron tak disediakan dalam bilik. kalau nak guna kena request dari owner dia. 

bilik air kureng sikit. lack of maintenance kot. kalau pasir je takpe. ni nampak macam tak dibasuh. huhu! tapi oke je sebab kami duk situ semalam sahaja.  


 psssttt: gambar banyak tapi takleh nak upload internet slow...tata~