Showing posts with label corelle. Show all posts
Showing posts with label corelle. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Masih pasal corelle =P

Biasalah bila dapat barang baru mahu tak lena tidurnya. tapi saya lenanya tidur =P Semalam saya telah merasmikan pinggan corelle itu. Jom layan gambar. 


Walaupun lauk tak bape best tapi suami siap bertambah, fuyooo pinggan corelle ni ada perasa yang best ke? takdelah saje je. mungkin excited makan pinggan baru. 

Petang semalam dengan gigihnya g beli tempat letak pinggan baru siap maching ngan warna bunga lagi. 


Cantik tak? Cantik tak? kalau berkenan boleh bagi nama dan ansuran start bulan 1 ni. Kepada yang mahu beli CASH special price untuk anda =)

Saturday, June 9, 2012

Corelle sudah sampai

happy gler sebab ini adalah koleksi corelle saya yang pertama. ini adalah hasil kutu yang saya buat hari tu. ingat tak? ingat tak? mestilah ingat sebab saya asyik duk promote je kan.  

InsyaAllah next year plan nak open order untuk kuantiti yang banyak sket memandangkan sambutan yang agak menggalakkan. tapi mungkin saya tak buat kutu tapi buat ansuran. tak sama ke. entah! tak sama kot. sapa berminat boleh bagi nama mulai sekarang. bulan 1 baru start bayar k. ansuran pun sama rm100 sebulan x 5 bulan. cuma barang dapat tak ikut giliran sebab semua orang akan dapat selepas 2x bayar. 


untuk permulaan banyak ini je dulu =)


model corelle =P


cantik tak? sudah bukak dan bersedia untuk di basuh. 
petang ni nak g beli tempat letak pinggan untuk susun pinggan corelle ini. 

Monday, April 23, 2012

koleksi saya

saya ni masak tak pandai. tapi sejak kaweeeeeeeeen saya sudah berjinak dalam dunia yang entah pape ni. Iaitu berimpian mengumpul cookware berjenama. huahuahuahua! ia macam hobi tapi hobi banyak guna duit. lama2 boleh sengkek. walaubagaimanapun sebab saya da minat & sukeeee saya akan berusaha untuk dapat kannya jugak. 


Ini adalah koleksi saya tahun lepas hasil bermain kutu. kalau ikutkan memang sayang nak guna. tapi sebab dah ada guna je lah kan. tak nak simpan jew. 

plus tahun ni saya da mempunyai keahlian vantage. kalau korang berminat nak jadi ahli boleh terus ke cawangan nya kat PJ. Gigih saya pergi showroomnya dan sangat teruja. Kalau nak pergi kena bawak duit banyak2 sebab rambang mata =) saya tak beli pun sebab bajet takde. tapi saya dapat mug birthday PERCUMA sebab daftar keahlian pada bulan birthday saya. kalau ada masa saya tempek kat sini pulak gambar mug. Masih kat dalam almari. Sayang nak guna. 

Tapi banding ngan vantage ramai orang suka corelle. mungkin sebab vantage buatan Malaysia. Manakala corelle pulak from overseas. adakah buatan Malaysia is not that good? =P

Yeah! tahun ni saya buat kutu corelle pulak sebab mengidam set pinggan ini. (gambar dari google).


Sape berminat masih ada peluang lagi sehingga 30hb April ni. rm100 x 5 bulan termasuk postage dan penghantaran. 


Sunday, April 8, 2012

kutu corelle, UPDATE!!

UPDATE!!! masih ada satu lagi kosong



Testing2!! Sape nak main kutu corelle

Set makan 16 unit
6 pinggan makan
6 pinggan serbaguna
2 pinggan sup 21cm
1 mangkuk sajian 1L
1 pinggan hidangan 32cm

rm100 x 5 bulan termasuk postage

cepat2 PM dan bagi nama. senarai nama bergantung kepada siap cepat dia dulu dapat

1. kak lin - sakura
2. azlinda che jaffar - country rose
3. kak zatur - country rose

4. dlah - country rose
5. 

nota: kalau tak cukup 5 orang kutu ini tidak akan diteruskan