Sebenarnya sudah lama tinggalkan hobi ini kerana tagline hari ini semua dihujung jari. Tapi walau bagaimana hebat pun kuasa internet sekarang ini buku tetap releven dan menjadi pilihan ramai orang.
Maklumat di dalam buku biasanya rijid dan tidak boleh diubah-ubah. Proses nak buat buku pula susah. Lepas screening, screening kan. Jadi maklumat dalam buku mungkin lagi boleh diterima pakai dari maklumat dalam internet yang bila hari ni tulis, tekan publish dan seluruh dunia tahu tentang apa yang ditulis tu. Boleh percaya juga sumber dari internet tapi kena banyak buat perbandingan pro and con dia.