Showing posts with label PhD Journey. Show all posts
Showing posts with label PhD Journey. Show all posts

Thursday, December 16, 2021

Saya dah lulus viva PhD

MasyaAllah, sangat lama tak update kat sini. Macam-macam benda jadi dalam hidup ni. Dan yang paling besar, Alhamdulillah saya dah lulus viva PhD sebulan yang lalu. 

Di samping buat thesis correction, saya juga sedang cari kerja sekarang ni. Bila nak tulis resume maka terimbau lah kenangan masa zaman universiti masa degree dulu. Masa internship. Ya Allah, rindu sangat. Sangat banyak kenangan di zaman muda dulu. 

Tanpa kita sedar kenangan itu yang mematangkan kita. Yang menjadikan siapa kita hari ni. 

Saya appreciate apa juga perjalanan hidup saya. Setiap apa yang berlaku banyak mengajar saya apa erti hidup. Dan kita takleh halang orang untuk judge hidup kita. Apa yang penting kita lebih tahu tentang matlamat dan tujuan kita. 

Semoga Allah beri yang baik2 saja buat kita dan mereka juga. Aminn. 

Doakan saya cepat-cepat dapat kerja k. 

Thursday, February 27, 2020

Nak pilih mana dulu?

Saya terjumpa pertanyaan ini di FB.

Katanya jika nak sambung PhD nak pilih yang mana dulu. 

Dislaimer: Ini adalah pendapat peribadi saya. Lain orang lain pendapatnya. 


LOKASI UNIVERSITI

Untuk universiti saya tidak pilih berdasarkan rank @ apa. Yang penting lokasi. Mestilah berdekatan dengan rumah. 

Memandangkan saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Suami pula bekerja pejabat jadi saya utamakan lokasi dahulu. Toksah cakap nak sambung oversea. Kalau boleh nak sebelah rumah je =)

Jimat kos
Uni yang dekat ni sikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan. Ye lah sambung belajar ni terkenal dengan tak cukup duit. Jadi kita kena jimatkan mana yang boleh jimat. Kalau uni jauh nak kena PJJ. Kena sewa rumah atau hostel. Duit travel lagi everyweek. Semua pakai duit tu. Selagi boleh jimat kita jimat.

Emosi
Emosi diri sendiri penting. Kena jaga. Bila duk jauh2. Rindu suami. Rindu anak2. Macam2. 

SUPERVISOR

Bila dah pilih universiti, baru lah pilih supervisor. Cara dia masuk laman web universiti. Pergi dekat fakulti yang kita mahu apply. Kemudian pergi dekat supervisor directory. Nanti dia akan ada short description tentang research yang related ngan supervisor tu. Try approach dia by email atau call. Saya buat dua2 ni but no reply. Mungkin tak berjodoh ngan supervisor tu. 

TAJUK

Bila dah jumpa supervisor. Discuss dengan dia tentang tajuk2 yang available. Bila dua2 setuju dengan tajuk tu boleh lah proceed dengan proposal semua. 

----
Bila kita dah jumpa Supervisor dan bincang tajuk ngan dia probability untuk kita diterima kat uni tu tinggi lah sebab approval memang daripada lecturer tu. Kalau kita just apply through uni tanpa cari supervisor dulu akan ambil masa untuk uni matchkan kita ngan lecturer mana. Dan mungkin lecturer yang match tu dah tak available untuk amik student. Haa macam tu lah cerita dia. 

Semoga bermanfaat 


Wednesday, February 26, 2020

Permulaan PhD

Setelah tamat pengajian di Peringkat Master. Saya sangat teruja untuk memohon jawatan pensyarah di universiti2 awam.

Hampir semua universiti awam saya telefon. Namun semuanya tiada kekosongan. Kata mereka mereka sudah ada staf yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD. Jadi jawatan yang ada akan diisi oleh staf sedia ada. 

Bincang dengan husband. Kerja atau sambung? Tanya dia jika sudah kerja mahu sambung lagi atau tak? Mahu. Kalau macam tu sambung je bagi habis dulu kemudian baru fikir nak kerja apa. 

Lalu, langkah pertama cari SV. 

Setelah di timbang tara lokasi uni dengan rumah akhirnyaku memilih UPM. 

Pencarian SV bermula. 

Kebanyakkan group2 Phd, tutor, uni di fb saya masuk. Lalu sy membuat 1 posting. Lebih kurang bunyinya begini. 

Saya berminat untuk sambung PhD. Bidang kejuruteran kimia (proses). Labwork. Lalu Allah hantar SV saya untuk komen di situ. Alhamdulillah selepas bertemuan pertama terus rasmi bergelar student kepada SV saya ni. 

SV yang baik dan supportive pun rezeki juga. 


Thursday, January 30, 2020

Perjalanan PhD

Tergerak hati untuk berkongsi pengalaman dalam menggapai PhD ni. Daripada blog ini dibiarkan sepi semoga ia dapat memberi suntikan semangat untuk sesiapa sahaja yang bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD, sedang berjuang atau sesiapa sahaja. 

BAGAIMANA SAYA BERMULA?

Semenjak degree lagi jauh di lubuk hati menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Benarlah kata2 itu doa. Walaupun seringkali di ucap di dalam hati, akhirnya termakhbul juga impian itu. Dan laluan untuk sambung juga di permudahkan.

PENGALAMAN KERJA

Seperti lain2 pelajar bila sudah habis belajar begitu teruja untuk bekerja. Mahu merasa pegang duit sendiri. Walaupun saya graduan lepasan universiti tersohor di Malaysia dan dibiaya oleh syarikat famous di Malaysia semasa di degree saya gagal untuk melayakkan diri menjadi sebahagian daripada mereka untuk memulakan kerjaya.

Walaubagaimanapun saya bernasib baik kerana masih di terima bekerja sebagai Research Chemist di sebuah company membuat glove. Terus terang saya suka dengan kerja saya. Cuma keterujaan itu hanya sementara bila saya mula berasa bosan dengan rutin yang sama setiap hari. Saya perlukan kerja yang lebih menCABAR? =)

Akhirnya saya membuat keputusan untuk resign setelah di terima bekerja di company kedua. Saya juga suka akan job scope di company kedua. Namun atas sebab2 tertentu saya memilih untuk berhenti juga.

MASTER DEGREE

Sebelum resign saya ada nyatakan hasrat untuk sambung belajar kepada seorang kenalan. Ketika itu dia bekerja di Universiti. Jadi melalui dia saya dapat tahu ada pensyarah yang tengah mencari student.

Semuanya dipermudahkan setelah emel saya berbalas positif. Saya diterima untuk sambung master di universiti tersebut. Atas banyak faktor saya berjaya tamatkan pengajian MASTER saya selama 3 tahun. Antaranya SV yang supportive, kawan2 yang banyak membantu, dan persekitaran yang sangat baik.

Alhamdulillah juga saya mendapat tajaan MyMaster under MyBrain untuk bayaran yuran. Dan monthly allowance. 

BERSAMBUNG






Monday, January 8, 2018

My 3 BIG MISSION: 2018

JANA PENDAPATAN RM10,000 sebulan 

Alhamdulillah pada MAC 2018 saya telah terima paycheck bernilai RM10,000. Syukur padaMu ya Allah.


Menunaikan UMRAH. 

This one is really big for me. Rasa sangat2 mahu jejakkan kali ke Tanah Suci. Terima kasih YA Allah. Pada October 2018 Alhamdulillah saya telah menjejakkan kaki ke Mekah untuk buat UMRAH. 


Finish my PhD

Alhamdulillah pada Disember 2018 saya telah berjaya menamatkan pengajian PhD saya.




Wednesday, January 11, 2017

Permulaan 2017

Perkahwinan adalah tanggungjawab. Anak jugak adalah tanggungjawab. Menggalas title student jugak tanggungjawab. Dan hari ini saya mampu rasa beratnya beban tanggungjawab yang perlu dipikul ketika ini. Semuanya penting. Sumenya perlu di ambil tahu. Semuanya kena hadap. Semuanya perlu perhatian. Diri sendiri, anak2, pelajaran, keluarga. 

Moga saya tabah.

Ya Allah kau bagilah aku kekuatan. 


Thursday, April 21, 2016

Postgraduate room

Alhamdulillah. Hari ni bersiaran dari Postgraduate Room, Engineering Faculty, UPM.

Sebenarnya da sebulan lebih request untuk bilik ni. Ye lah. Kalau ada bilik senang nak simpan barang semua. Nota2. Kalau tak asyik bawak beg yang berat ke hulu ke hilir. Nomad di Library.

Tapi. Kat Engineering Faculty UPM ni postgraduate room dia bagi kat student PhD sahaja.

Cara nak apply:

1. Ambil borang kat Postgraduate office level 2 engineering building. Ambil ngan Encik Abdul Rahman.
2. Isi dan hantar.
3. Lepas tu tunggu email.
4. Lepas dapat email jumpa En Abdul Rahman untuk activate kat matrik. Then dia bagi no bilik ngan no meja.
5. Da boleh duduk kat bilik masing2. Bilik kat Level 3 engineering building laluan nak g bilik lecturer.

Oke itu je. Moga bermanfaat.

Wednesday, April 20, 2016

Apa beza master dan phD

Alhamdulillah semalam dah jumpa SV dengan jayanya.

"Banyaknya Dr kena baca"
"Biasalah nama pun PhD kan"

Kena sebijik.

Banyak jugak input yang dapat semalam. Dari blur2, clear lah sikit.

Jadi apa beza master ngan PhD.

MASTER

1. Synthesis
2. Characterization.

PhD

1. Raw material
2. Characterization of raw material
3. Extraction
4. Analysis of extraction product
5. Purification
6. Characterization of purification product

Ok. Itu lah perbezaan nya.

Kepada kawan2 postgraduate. Good luck to all of u. Doakan saya juga.

Tuesday, April 19, 2016

Cara mengatasi mood kelaut

Menjadi postgraduate student sangat susah. Kena dealing dengan emosi yang sangat hebat. Dari hari tu kan tak study. Semalam paksa diri study sampai sakit kepala. Dan terus set appointment ngan SV nak jumpa dia hari ni. 

Semoga lepas jumpa SV nanti saya akan dapat balik semangat yang hilang itu. 

Aminn... 


Friday, April 15, 2016

Meroyan di FB

Lately ni asyik update status panjang2 di FB a.k.a meroyan. Saya sebenarnya kena sedar apart of having 2k friends dekat FB tu (considering all of them read my status) kat sana ada adik beradik, husband, mak ayah, sepupu sepapat, ipar duai sedara mara jauh dan dekat. Memang sejak dulu saya rasa FB ni tak secure. Tapi tetap lah jugak duk meroyan kat sana. 

Mungkin boleh tukar habit meroyan kat sini pulak assuming takde orang baca pun blog sendu suram lagi tidak bermaya ini. 

Sebenarnya rasa bersalah dengan diri sendiri sebab 2 hari dah tak study langsung. Masa baru daftar hari tu asyik sangat lah study. Sampai malam2 pun study. Sekarang sudah ke laut. Baru 3 bulan ni. Acane ni. 

Sunday, April 10, 2016

Kek Coklat Moist

Setelah gagal mendapat elaun sebagai pembantu penyelidik kerana nama sudah tersenarai dalam kalangan yang layak terima biasiswa. Tapi duit biasiswa amik masa berbulan2 untuk masuk dalam akaun sendiri. Telefon pihak pembantu penyelidik. Mereka tidak dapat buat apa2 kerana sebab di atas, nama sudah tersenarai sebagai penerima biasiswa. 

Bertekad untuk ke KPT. Dan KPT juga perlu amik masa untuk settle perihal biasiswa. 

Hidup perlu diteruskan. Minyak perlu di isi. Tol perlu di bayar. Perut perlukan makanan.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meminta2 kelak kita akan kecewa. Sebagai menampung perbelanjaan seharian, saya secara kecil kecilan menjual kek coklat moist ini. Disclaimer: Bukan saya buat. Orang lain buat. 

Saya sudah merasai nikmat kesedapan kek coklat ini sejak 5 tahun yang lalu. Jadi apa salahnya saya kongsi dengan anda semua. 

Berikut adalah syarat2 jual beli kek ini. Macam nak jual beli hapa je kan siap ada syarat jual beli. 

1. COD di UPM sahaja. Memandangkan saya student UPM jadi COD hanya di UPM sahaja. Takde penghantaran melalui pos. Mau hancur kek ni nanti. 

2. Booking sebelum pukul 5 hari ni akan dihantar esok. Kalau booking selepas pukul 5 hari ni, kek akan dihantar lusa. 

3. Semasa delivery saya akan bawa kek yang ditempah sahaja. Jadi sila decide betul2 mau beli berapa. 

4. Untuk details, boleh whatsApp/ mesej saya untuk tempahan +6019.988.5546 (Anis)






Wednesday, March 30, 2016

Nak plan apa2 biar realistik =)

Hari tu saya ada mencabar diri sendiri untuk membaca 1000 artikel selama sebulan. Sepatutnya saya sudah kita sebulan average hanya ada 20 hari bekerja. Ye u olls, walaupun student kena ikut hari bekerja juga. Hari minggu kita cuti. Jika di kira 1000/20 tak ke 50. Yuhuuu memang tak mampu lah nak abeskan 50 article sehari. Start hari tu 22 March. Ni dah 30 March baru 40++ artikel yang dah baca. 

Tapi takpelah orang kata kalau nak menggapai bulan kena aim bintang. Kalau aim bulan probably tak sampai ke bulan pun. Dapat tak maksudnya? =)

Terima kasih google

Thursday, March 10, 2016

Impian saya

Hai. Sudah lama kita tidak bersua. Dekat FB hari2 update. Nak update blog amik masa. 

Kini saya sudah bergelar pelajar PhD di Fakulti Kejuruteraan, UPM. Niat saya hanya lah satu. Untuk menjadi orang yang berjaya. 

Moga selepas ini saya mampu membahagiakan keluarga kecil saya, ibu bapa dan semua. Sesungguhnya perjalanan ini penuh liku dan onaknya. Saya berdoa moga saya tabah. Apalah sangat dugaan yang dihadapi dengan nikmat yang Allah beri. 

Sambil menulis ni saya menangis. Saya tahu, saya harus berusaha keras dari semua segi. Saya punya banyak impian. Dan moga saya dapat capai semua impian itu. 

Mungkin usaha saya sebelum ini belum cukup kuat lagi. Saya perlu gandakan usaha saya lagi. 

Saya tidak mahu compete dengan sapa2. Saya adalah saya. Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tidak berniat untuk menjadi orang lain. Kepada yang tak suka saya ketahui lah saya tak pernah membandingkan diri ini dengan orang lain. Saya buat apa yang saya mampu dan mahu buat. Kita ada kehidupan masing2. 

Kepada hati2 yang pernah saya sakiti saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Kepada yang pernah buat saya sedih, terluka dan marah saya dah maafkan semua. 

Doakan yang baik-baik saja. 


Monday, October 26, 2015

Master/Pre-PhD

Bagi saya master hari tu macam pre-PhD lah. Sebabnya dulu saya amik master by research. Kalau ikutkan master by research ni complicated sikit sebab kena buat research ala-ala phd jugakkan. Tapi ia mengajar saya banyak benda. Kalau rasa master by research tu susah phd lagi berganda-ganda susah. 

1. Benda paling susah saya rasa adalah kena publish paper. Susah sebab bukan dalam bidang kita untuk control benda tu. Kalau reviewer reject maka reject lah. Kalau reviewer accept maka alhamdulillah. Tulis paper tak senang. Terima kasih sangat kepada semua yang membantu, SV, kawan-kawan. Banyak sangat terhutang budi. 

2. Kedua, thesis atau lebih tepat lagi desertation. Yang ni menulis sampai rasa nak muntah. Sebab tulis baca tulis baca berulang kali. Untuk phd ni kena cari method yang best untuk membuatkan tulis thesis jadi menarik. Master thesis saya dalam 90 pages je,. Kawan saya phd 250++ pages. Mahu tak termuntah. Semoga Allah permudahkan. 

3. Perjalanan labwork. Kena plan betul-betul. Dalam plan2 pun menemui jalan buntu jugak. Encounter satu masalah, masalah lain pulak timbul. Bertabahlah!. 

4. Literature review. Baca sekali tak paham. Baca sekali lagi tak paham lagi. Baca lagi dan lagi dan lagi baru faham. Sampai kertas dah jadi lebu. Dan ini lah stage yang saya tengah alami sekarang. Tengok paper tak paham apa. Baca paper orang ni bukan macam baca surat khabar. Kena baca all the technical writing nak bagi hadam lagi. Dan boleh baca 1 paper sehari pun dah kira lebih pada cukup. Sekarang satu paper dah nak masuk 2 minggu. Pun bertabahlah! 

Perjalanan baru bermula. InsyaAllah alah bisa tegal biasa. 
Chaiyok Anis!

Sunday, October 18, 2015

PhD Journey?

Alhamdulillah saya dah jumpa SV dan InsyaAllah akan mulakan perjalanan PhD saya Selasa ni. Sangat cepat okeh. Tak sangka dia mahu saya start secepat ini. Hari tu risau sangat kan.

Ramai orang bertanya, kenapa saya nak sambung belajar sampai PhD?

Sebenarnya tak reti nak jawab macam mana. Yang pastinya bukan sebab nak jadi kaya. Nak hidup senang sikit tu adalah, tapi bukannya nak sambung PhD jadi lecturer dan kaya raya. Yerp, itu bukan matlamatnya sebabnya kalau nak kaya lebih baik berniaga kan. 

Pada saya sambung belajar ni lebih kepada satisfaction. Rasa macam ada something yang tak complete kalau saya tak teruskan. Sejak dari masa degree dulu lagi dah rasa nak sambung. Tapi masa tu tak tahu lagikan pasal sambung-sambung semua ni tu yang keje dulu. 

Besides, husband sangat supportive. Susah nak cari husband macam ni (Padahal tak tahu pun kan husband orang lain macam mana =p) Kasi can lah nak puji husband sendiri =) Terus terang dia sangat banyak membantu financially & mentally. Bukan nak salahkan dah berkeluarga dan ada anak. Tapi bila study plus ada family + anak kecik memang workload akan bertambah and he helps a lot. Kadang-kadang touching jugak. Yerp, nak touch woman heart, tak payah ngan bunga bagai (for me lah) just tolong yang mana patut pun dah more than enough. 

Doakan moga perjalanan yang baru bermula ni sentiasa smooth aje oke. 

Btw, this morning I attend my labmate punya convocation. Dr Leong & Dr. Sim. Congratulation to both of youuu~~. Very inspiring. 


Saturday, October 10, 2015

UPM?

Alhamdulillah ada jugak insan yang sudi membalas email saya. Hasil daripada perbincangan yang di buat. I am going to meet him this Monday. Doakan yang baik-baik saja.

Oh, by the way, kalau semua oke. I will continue PhD at UPM. InsyaAllah.