Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Jus Epal dan Asam Boi


Hahaha! Ini hasil teruja tengok jus epal asam boi kat blog KNor. Petang tu terus zass ke kedai beli epal dan asam boi. Kebetulan puasa pula. 

Balik-balik buat. Terlebih tambah gula. Jadi tak kick sangat. Terus ilang rasa masam epal hijau tu. Ataupun mungkin sebab asam boi besar. Hahaha! Plus tak leh try sebab puasa. Bila tak sedap macam-macam alasan kan?

Dek kerana teruja sangat terbuat sampai satu jug. Akhirnya minum 2 gelas sahaja. Yang lain buat aiskrim malaysia. Merasalah makan aiskrim mahal =)

Sunday, June 22, 2014

Char Kuey Teow sedap di Det Station

Pertama kali tahu pasal kedai ni sebab adik yang duk kat Ampang tu ajak pergi makan. Pertama kali pergi dah rasa char kuey teow dia terbaik. Memang setiap kali pergi pun saya makan char kuey teow dia je. Husband pernah try nasi lemak. Dia kata sedap juga. 

Memandangkan sekarang ni saya tak selera nak makan. Tengok tu tak nak, tengok ni tak nak. Tadi dah terjelepek kat umah ni. Biasa kalau rasa nak makan, kat kedai atau umah makan 3 sudu je dah. 

Hari tu pernah ajak husband ke Kg. Baru sebab teringin nak makan kat kedai yang selalu makan tu (lupa nama kedai). End up bila pergi saya makan sikit dan tak habis pun. Nasib baik husband oke je. Dan dia pula tukang abeskan. 

Tadi tetiba terfikir nak ke Det Station. Tawakal ke lah pergi sebab dah tak bertenaga sangat. Makan sikit je hari ni. Husband pun oke je ikut je lah. Dan miracle happened bila saya boleh habiskan char kuey teow special kat Det Station tu. Husband pun pelik. Saya lagi peliks tak mual langsung. Husband pening kepala, tak kan lah nak ke Det Station tiap-tiap hari kot which is impossible sebab Det Station tu kat Ampang. Kami kat Bandar Tasik Selatan. Memang boleh tahan jauh. 

Untuk cerita bergambar mengenai Det Station boleh ke link di bawah. Sebabnya saya teruja sangat sampai tak menyempat nak snap gambar. 



Wednesday, September 18, 2013

Oh! mahu cakap pasal makanan pula =)

Biasaler bila dah update tu tetiba datang idea nak update yang lain pulaa...okelah sementara masih ada idea kena cepat2..haha!

Kita mulakan dengan gambar makanan. 


Sebenarnya kan masa bulan puasa hari tu sebabnya suami tak suka makan or beli sangat makanan kat luar (masa bulan puasa je ye =P) jadi nya selama sebulan lah dapur rumah kitorang berasap. Balik dalam kul 4 terus serang dapur tung tang tung tang okesssss siap! Oh tidak berenti di situ saja. Kemas dapur basuh pinggan tung tang tung tang...siapppp! pas makan ada lagih pinggan kotor. huhuhu! yang tu kadang kemas masa malam kadang kemas masa lepas sahur atau kemas masa petang esoknya bila balik keje. Alhamdullillah sebab option banyak sangat jadi pilihan di tangan anda. hahaha!

disebabkan macam penat sikit lah kan. dan malam pun rasa tak lama sebab tertido awal. jadi laptop pun tak buka sangat lah masa tu. pastu lepas cuti raya kat kampung dh berazam dalam diri sendiri tak mahu masak beria sangat pas balik ni. haaaaaaa! memang pas raya hari tu tak pernah masak beria. masak ala kadar je. paling2 makan je kat kedai. punye lah malas. ikut perangai sapa la ni. 

jadinya gambar di atas ni lah rasanya hidangan yang paling best lepas raya. yang sebenarnya takdelah best mana. tapi adalah ikan, sayur potong je okeh. still consider sayur lah jugak. yang penting budu + lada + tempoyak + asam limau + ikan rebus terus tak pandang yang lain. 

alkisahnya husband saya masa mula2 kawen sangat cerewet bab2 makan. bukan cerewet macam mana lah cuma apa yang dia makan tak banyak choice sangat. probability nak ulang makan benda sama dalam seminggu adalah tinggi. tapi saya jenis yang cepat boring kalau asyik makan benda yang sama. itu dululah sekarang alhamdullilah sebab dia sudah banyak terpengaruh dengan saya. 

dulu ada ke patut singgang ikan pun tak suka. tapi sebab saya suka saya masak je. last2 dia pun suka siap request lagi. samalah dengan combination budu + lada + tempoyak + asam limau + ikan rebus dulu2 dia tak suka. semalam siap request. aik pelik2 tapi kuturutkan jua sebab daku pun suka. hahahahaha!. 

Tapi timun tu adalah kegemaran dia. saya tak suka sangat. makan jugak seketul dua. yang lain sume dia punya. kalau petai saya sukalah. sepapan makan sorang2 pun abes. yang tu dia tahu lah. dia makan juga tapi tak sehebat saya. 

yang atas tu saya masak ayam goreng tomyam. pertama kali masak. terjumpa resepi dalam buku resepi 1 hari 1 resepi. not bad juga rasa dia. boleh lah. 

oh okeslah terpanjang pulaks....



Saturday, July 6, 2013

Burger bakar

Alkisah sekarang ni burger bakar glamor lah pulak kan. jadinya banyak blog pun update pasal burger bakar. kalau tak terliur bukan anis lah namanya tu. pertama kali makan burger bakar kat wangsa maju. masa tu tak tahu nama kedai tu apa. tapi memang best. 

pastu baca blog pasal abang burn. mula2 da beli kat um masa diorang buka booth tapi beli meatball saja. macam muak sikit. 10 biji makan kongsi-kongsi. dek kerana pengaruuuuuh iklan sangat kan ajak husband ke taman dagang ampang tapi tetap muak juga. mungkin saya je kot yang rasa macam tu sebab kedai tu macam penuh je siap beratur lagi. dan makan tak abes...kesian burger tu mesti dia nanges sebab saya makan tak abes. 

pastu baru2 ni baru tahu yang saya makan kat wangsa maju tu adalah rawang burger bakar. merajinkan diri search cawangan dia. rupa2nya ada pula kat bandar sri permaisuri dekat JPJ. lalu agaklah husband pergi lagi. kuat betul makan. tak pelik lah kannnnnnnnnnn makin gomuks. okes. yang ni kena ngan taste saya. ehem..! tapi makan tak abes juga sebab dhiya spoil mood mama. burger mama punya buat macam burger dia. end up mama da takde selera nak abeskan. bungkus bawa balik umah. 

mungkinnnnn lama lagi baru boleh makan burger bakar. sebab burger bakar daging dia teballll sangat... ! 




Friday, January 25, 2013

Breakfast like a king...

Orang cakap, kalau breakfast kena like a king. lunch like a prince. dinner like a pauper. tapi saya masa breakfast lah paling tak selera nak makan berat. sekadar roti, biskut atau kuih. itu je yang bestnya. tak pun kadang2 minum air masak je. sangat lah tak king nya. tapi nak buat cam mana. 

dan masa paling selera pula masa dinner. huhuhu! sangat salah itu habit. pagi makan sikit. malam makan banyak. 

kat bawah ni gambar nasi goreng sotong masa lunch semalam. first time juga buat. sebab saja nak try. makan kat kedai sedap. saya buat tak berapa nak ummphhh. need improvement =P


Wednesday, January 9, 2013

Kalau orang makan sedap, tak semestinya kita makan pun sedap

Dah tua2 ni selera sangat tak mengizinkan. sikap memilih terhadap makanan menjadi2. lagi teruk compare ngan masa pregnant dulu. sekarang kalau rasa tak sedap tekak terus takleh telan. sedangkan dulu2 sayalah yang paling tak memilih kalau bab makan. asal ada je makan. 

pernah satu kali kami (saya ngan husband) ke kedai makan yang dikatakan famous di sg besi ni. tetapi langsung tak selera nak makan. terus pastu tak g dah. nasib husband pun punyai selera yang sama. 

then dua tiga hari lepas kami balik kg. asyik makan masakan ummi je. sedap. masakan mak adalah yang terbaik. comparelah ngn sapa2 pun masakan mak jugak yang menjadi pilihan hati. tapi sekarang dah kat KL. huhuhu. homesick betul. how i wish untuk belajar, bekerja dan menjalani kehidupan di hometown. 

nanti tak payahlah balik kg sebab dah memang duk kat kg. yerp KL ada segala2nya tapi semua itu ternyata jarang membuatkan saya gembira. kalau bukan sebab kerja dan belajar kat sini. mahu je stay kat kg lamaaaaa lagi, huhuhuhu!

Thursday, December 6, 2012

Durian Crepe

Sekarang ni kan fenomena durian crepe. kat fb heboh pasal durian crepe ni. jadi saya pun termengidam. ini bukan mengidam orang pregnant. mengidam orang tak pregnant. entahlah saya ni, masa pregnant 9 bulan langsung tak mengidam. tapi bila da lepas bersalin sejak dalam pantang nak makan itu lah ini lah. tpi dalam pantang kan tak boleh makan macam2 so tahan dulu. pastu habis sume belasah je makan. sekarang berat sudah sama ngan berat masa mengandung sembilan bulan dulu. huhuh! salah sape? salah sendiri lah kan. 


ini lah durian crepe yang dimaksudkan tu. maaf ni bukan saya buat tapi saya beli. sebelum beli saya dah pernah cuba buat tapi habuk pun tarak. semua terpaksa dibuang. habis modal di tong sampahkan. jadi saya decide untuk beli je. first impression, macam ni je ke durian crepe. sedap ke tak ni? pas makan satu, then satu lagi then abes 5 biji. what the...wakakaka sambung sendiri. so kalau diri sendiri gemuk jangan salahkan orang lain. salahkan diri sendiri. 

tetiba husband balik tanya mananya durian crepe. wakaka da abessss..........terus majuk itu pakcik. cam mana ni biasa dia tak suka kueh2 ni tetiba yang ni nak makan pulaks. so, dengan rasa bersalahnya saya cakap saya akan beli lagi. tapi dia tak nak. kononya majuk. oke lah fine sy tak beli pon. acah je tadi. 

tengok2 tadi terbeli lagi. awal2 da bagi dia satu sebab takut abessssssssss...dia kata sedap. tapi yang lain dia bagi je saya makan sebab dia kata da tahu memang wife dia ni gemoks dan suka makan banyak...sedih tak. sedih tak sedih. sendiri makan sendiri gemuk sendiri sedih. apa daaaaa....

Monday, October 8, 2012

KFC ZInger Double Down


Semenjak dua menjak ni kebanyakkan orang sering bercakap mengenai KFC ZinGEr buRGeR DoubLE DoWn. Maka saya pun teringin. Sangat teringin. Seperti biasa lah saya ini mudah dipengaruhi oleh iklan2 yang gambarnya menarik dan nampak macam sedap. Cubalah anda sendiri tengok gambar KFC ZinGEr buRGeR DoubLE DoWn di atas. Tidak kah anda terliur melihatnya?

Buat pengetahuan anda semua. Saya da makan minggu lepas. Portionnya agak besar (bagi sayalah) so memang kenyang. Sebab itu lah kalau beli set dapat KFC ZinGEr buRGeR DoubLE DoWn dengan air sahaja. Saya pula pergi gatal2 tambah FRIES LARGE. Makanya sangat kekenyangan dan tak abes pun KFC ZinGEr buRGeR DoubLE DoWn. Kalau nak tahu lebih lanjut betapa hebatnya KFC ZinGEr buRGeR DoubLE DoWn boleh lah ke websitenya di sini

Lepas u olls sume da rasa boleh lah kita kongsi kat sini. Mana tahu taste kita sama ke =)


Wednesday, May 16, 2012

day 29 - makanan dan minuman kegemaran anda

cukup lah gambar sebagai pengganti kata-kata =)



nampak pun sedap. apatah lagi kalau makan. 
both pictures from google

Tuesday, May 15, 2012

day 28 - tempat yang paling anda gemari untuk makan

setakat hari ini. sejak duduk di sungai besi, tempat kegemaran untuk makan adalah di kedai tepi jalan seberang tasik height. sebelah car wash. entah kenapa, we all rasakan masakan kat situ sumeeeeenya sedap2. setiap bulan tak terkira bape kali g makan situ. da la sedap murah plak tu. maaf ye ini bukan iklan berbayar. ini PERCUMA je. kepada yang mahu try jomlah pasti korang tak rugi. dia punye tomyam macam yang kat secret resepi. wakakaka! telur dadar dia pun sodap. da banyak kali try buat kat umah sampai sekarang tak menjadi. 


Monday, May 7, 2012

Mix feeling


Makanan orang bujang. 
SAYANG!! cepat la balik


kasi close up sket..aik, jadi makin tak menarik. 
takpelah nampak tak menarik. 
janji da abes pom!

Thursday, February 16, 2012

KFC

On day way balik keje tadi, tetiba rasa tak nak makan nasik. Memang lately ni selera ke arah nasik adalah kurang. Mungkin kalau makan tu sebab memang orang melayu kena makan nasik bukan sebab waaaaaaaaaaa bestnya makan nasik. Kenapa? Entah! faktor2 utama tak dapat dikenal pasti. yang penting asyik nak makan benda yang bukan2 je. Kalah masa pregnant hari tu. yang satu hari pun dalam masa sembilan bulan tu tak diklasifikasikan sebagai hari saya mengidam. Yerp, tak pernah terasa nak makan apa jua makanan. Makan je apa yang ade depan mata. Takde depan mata tak terasa langsung nak makan. Sampai husband pun pelik lalu bertanya " awak tak terasa nak makan apa2 ke" saya pulak pelik dia tanya macam tu. my answer is "kalau i tak mintak jangan tanya" wah2!! ber i i plak. Tak sebenarnay diolag telah banyak di alih bahasa. walau bagaimanapun maksud sebenar masih sama.

Berbalik kepada cerita KFC tadi. Saya buat keputusan nak makan KFC sebab husband mesej cakap dia tak balik. Husband saya sangat MALAYSIA. Dia tak suka LANGSUNG western food. Kalau saya nak makan saya akan pergi makan ngan kawan2 kat tempat keje. Sebab kalau ajak dia pergi pun mungkin dia teman je saya makan, atau dia beli jugak tapi end up tak abes. Dua2 situasi pun tak best. So, KADANG2 saya amk keputusan untuk tak makan western kalau keluar ngan dia. Jadinya chances untuk saya makan western adalah TIPIS sebab saya banyak keluar ngan dia banding ngan orang lain.

Untuk pengetahuan UMUM, KFC da ada kat sungai besi ni sebab tu lah saya berani pergi =) kalau dolu2 yang terdekat adalah sri petaling. kalau sri petaling memang saya tak drive lah ke sana. Sorang2 pulak tu. Dan saya tak mengidam pulak tu. Sekadar rasa nak makan je.

Dan tabiat BUROK saya kalau order KFC tak reti nak order sket. Yang tu nak yang ni nak. Tadi saya ter'beli' banyakkk giler padahal nak makan sorang je. masih tinggal mash potato large untuk saya abeskannnn..!! boleh je kalau tak beli atau beli yang kecik. Tu la tamak sangat kan?

SOON, I will tell about a new phase in my LIFE!! hahaha but maybe after 2 or 3 months baru I citer kat sini Oke??

Friday, January 13, 2012

Delicious jalan tun razak

Last two weeks kot ke delicious. Spontan punya plan. Rumate call, terus setuju n terus pergi. Bawa dhiya sekali. G ngan Ekin. Kalau lalu ikut terowong smart from my house ke tempat ni kejap je. kalau lalu ikut jalan biasa mungkin lambat sket sebab jem.

Plan asal nak ke full house, kalau tak silap. but tempat tu da di book awal2. then tukar plan terus ke delicious ni.







Sri QThai, Cheras

Last wiken, g makan steambot kat Sri QThai ngan member ofis lama. Pergi kul 8, kul 11 baru balik. Agak berbaloi jugak makan tapi dengan syarat kena makan non-stop. Tema makan ikut suka. Harga rm28 per person kalau tak silap. Tapi air caj lain.

Just got a tips from my friend. Kalau pergi tempat macam ni amik makanan mahal2 macam udang, ketam or tiram. Kalau yang biasa tu kat pasal malam pun ade kan. huhu! tapi first2 memang i amik yang bese2 je. tapi lepas tu terus tak pandang dah.

Dhiya posing dengan jus dumex = P

Macam sedap je udang, memang sedap pon =)

One happy family,
me sangat gemuk bila bergambar dari angle ini.
hakikatnya memang gemuk pon

dhiya with aunty yaya

dhiya with uncle zul

*pictures credit to yaya's facebook

Sunday, April 25, 2010

At Santai Cafe

Da lama nak ajak dia makan kat sini. Tadi on the way balik dari Kelate ke Melaka, dia singgah jap. Tu yang best tu duk sebelah MRR2 ni. On the way balik kelate boleh singgah dan on the way balik Melaka pun sempat lagi singgah. Clap2 =) wink!! wink!!

Bagi aku la makanan kat sini boleh tahan, dan harga pun berpatutan.

This is our dinner


Tengah menahan perutnya yang boncet =P

Friday, April 24, 2009

Makanan BEST!!!

Memandangkan kerja2 untuk hari ini sudah sedikit beres, maka dengan rajinnya saya menjawab tag adreyna =)

Tag Rules :-

1. Senaraikan 10 images makanan/minuman yang anda teringin nak makan saat ini.

2. Carian hendaklah dilakukan dengan Google dan paparkan image paling menggiurkan.

3. Turutan gambar hendaklah mengikut nafsu keinginan anda masing-masing.



4. Sila tag 6 orang lain untuk tugasan ini. Selamat menyelesaikan tugasan!

* Rosli
* Sue
* dan seterusnya kepada pengunjung yang ke 260, 261, 262 dan 263 =)