Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Masih pasal wedding

Ini hujung bulan 5 punya cerita. Wedding my labmate haslina. Sekarang lina dah pregnant. Baby kembar. Bestkan? =)

Layan gambar je k.

Masa akad nikah

So sweet


1 Malaysia tak kami


Bridesmaids yang lawa-lawa

Wednesday, September 24, 2014

Tahniah kakak..!

Kakak ni sepupu saya belah ayah. Kiranya dia adalah cucu sulung dalam family. Alhamdulillah baru-baru ni kakak dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. 

Disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat menghadiri kenduri di rumah mak sedara saya di kelantan. Jadi kami decide untuk attend belah lelaki punya. 

Husband kakak orang Raub. Dekat area Masjid Qariah Dong. Masjid tu kalau dari KL belah kiri jalan utama. Rumahnya pun tak jauh dari jalan utama. Kami dari KL amik masa 2 jam je untuk sampai Raub. Oh alangkah bestnya kalau kampung kat situ. 2 jam takdelah lama mana kalau banding ngan 6 jam ke 8 jam nak balik kelantan. Apa-apapun kelantan tetap di hati =P

Mula-mula kita show off pengantin lama dulu


Tudung spoil

Selamat pengantin baru

Wednesday, September 10, 2014

Tahniah Wani!

Gegirl. 

Begitulah panggilan manja buat geng kami masa kat UTP dulu =P Sebenarnya kami kenal dari first sem lagi. Masa tu biasalah budak-budak baru excited terlebih. Ada kawad kaki peringkat kebangsaan kat Putrajaya. Jadi kami beria masuk wakil UTP. 

Atie, Ekin & Farah course mate. 

Saya roomate Farah. 
Wani roomate Atie.
Azra ngan Intan pula sebelah bilik kitorang. (Saya ngan Farah)

Jadi kalau nak g latihan kawad g sama-samalah. 

Alhamdulillah ikatan persahabatan ini masih kekal hingga hari ini. 

Dulu masa kat UTP saya ingat saya yang kawen paling lambat sebab almaklumlah masa kat Uni takde orang berkenan. Last-last sem baru nak bercintan cintun. Nasib ada orang nak. Tup-tup dalam ramai-ramai ni saya yang kawen dulu. 

Third Azra, Ni sekitar majlis tunang dan wedding azra
Pastu Ekin. Sorry Ekin masih tak up up lagi entri wedding ekin. 

Andddd yang terbaru Wani. 
Ada sikit je gambar. 

Tahniah Wani! Selamat Bertunang. Mungkin nanti wedding Wani tak dapat join sebab masa tu dalam pantang. 

Mama & Dhiya. Selfie dulu dalam kete.

Bergambar ngan tunangan orang. My pwincess tak leh tinggal. Tapi muka masam je.

Pelamin yang simple dan cantik. 




Sunday, July 7, 2013

Macam mana boleh tak perasan.???

Hahaha! hari ni keje stalk FB orang je. nape? dah takde keje ke? kata multitasking housewife. dalam2 stalk FB pun dah siap masak, basuh kain ngan basuh pinggan. wakakaka! jangan nak bangga sangat. pinggan bukannya banyak sangat pun. kain pun bukannya banyak sangat. masak pun untuk dhiya & mama saja. palingggg simple. cuma yang masih tertangguh lipat kain je. lipat kain take time sikit jadi lepas stalk FB orang baru lipat....wakakaka!

dan yang paling terkejut ko dah kawen bro? takde angin takde ribut ko dah kawen. atau mungkin aku je yang tak tahu. and this entri kalau ko nak tahu aku dedicate kat ko. antara ko sedar atau tak. tapi lebih baik ko tak sedar pun. tapi macam mana aku leh tak perasan ni. mungkin aku bukak fb pun duk berniaga je. jadi aku lupa nak stalk kawan2 sendiri. 

tu pun aku nampak kawan aku like fb wife ko. eh ni ko ke? hahahaha padahal nama dah ada kat situ kan? lagi mahu tanya ka. apa2 pun tahniah bro. i am happy for u. 




Sunday, June 16, 2013

azra wedding day

Tahniah azra and suami. tengah panas2 lagi ni da up entri. maklumlah kalau dah masuk weekdays kang delay2 pastu tak buat entri terus. entri ni lebih kepada gambar ye. jadi tulisan tak banyak. 

let's enjoy the pictures....!!!

malam akad nikah





 first reception






second reception




Saturday, May 18, 2013

Ini gambar 2 bulan lepas...


Let picture tell the world. gomuk ke tak gomuk...hahahaha....

Ini gambar di ambil masa kenduri junior. dan semua dalam gambar ni adalah junior saya masa kat scipp. beza satu tahun je pun. macam lebih kurang sebaya juga lah kan. tapi saiz badan memang berbeza. hahaha. diorang walaupun dah kawen masih mantain slim mlim lagi. 

kepada cikro tahniah for your wedding. lambat bebenor nak buat entri nya kan! dari hari tu lagi nak buat entri ni tapi hari ni baru terhegeh2 maka begini lah jadinya. itu pun sebab nak tunjuk perkembangan terkini kan? hehehe

bila orang tengok dhiya amani kurus mesti orang kesian sebab mak membesar dengan jayanya anak cekeding. kot2 orang cakap tak bagi anak cukup makannnn....for your info dhiya memang makan banyak. berlumba2 dengan mama. haha tipu. tapi mungkin metabolisma mama sudah turun kot. ok, salahkan metabolisma pulakkkk.....diri sendiri makan banyak tak nak mengaku =P

p/s: fiza...berapa rm satu set herbalife awak jual? survey2 harga dulu..




Thursday, February 14, 2013

Balik kampung

Hampir seminggu balik kampung. oh bestnya balik kampung. setiap kali balik mesti berkira2 mahu beli rumah kat kampung. tapi masih belum rezeki kami, asyik g tengok rumah yang salah saja. ye lah kadang2 rumah kawasan banjir pun mahu jual. kawasan yang tak elok juga mahu jual. kawasan elok pula mahal. huhuhu! insyaAllah rezeki akan datang kemudian. yang penting ada cita2. 

Kalau orang tanya kenapa saya suka tinggal kat kampung. mahu kerja kat kampung. mahu buat rumah kat kampung. saya takde jawapan yang betul2. yang penting sy mahu macam tu. 

Balik kampung best. yang tak bestnya satu badan dhiya amani kena gigit nyamuk. sebab satu malam tak pasang kelambu. ingatkan oke. sekali bangun2 abes satu badan, mama & papa tak kena gigit pula. 

Kenduri

Masa cutilah ramai kawan2 yang kawen. biasanya kalau kawan2 kat kelate saya seboleh mungkin mahu hadiri majlis korang masa cuti2 macam ni. sebab kalau waktu2 lain tak balik kg. confirm2 tak dapat pergi. tapi tu lah. kadang2 balik sekejap. macam2 nk buat. melawat sedara mara lagi. jadi dapat lah pergi ke satu dua rumah saja. tapi hakikat sebenarnya saya mahu hadiri semua majlis korang. 

kepada kawan2 yang baru kawen selamat pengantin baru. semoga korang bahagia hingga ke syurga. doakan kami juga. 

Makan banyak

Kalau kat kampung sy memang tak leh control makan langsung. pagi da makan kuih 3 4 ketul. pastu makan nasi berlauk lagi. kejap je dh tengah hari. makan nasi lagi. malam kadang2 makan mi. Yang pasti semuanya sedap. waaaaaaaa rindu sudah. kalau kat sini jarang makan nasi pagi sebab tak selera

Hujan

2 hari yang last tu asyik hujan saya. bukan hujan yang kilat2 tu. hujan macam masa banjir tu. tak lebat tapi lama. suka suasana macam tu tapi sejuk lah. plus pakaian susah nak kering. 






Tuesday, June 12, 2012

four wedding in the same day

hari itu dengan gigih balik kg untuk menghadiri kenduri rakan2. sebab saya rasa saya telah berlaku tidak adil sebab saya asyik ke kenduri kawan2 kat KL je sedangkan kawan2 kat kelate yang ramai menghadiri kenduri saya tempoh hari. bukan niat mahu berbalas2 tapi feel guilty sikit lah kan. do u get what i mean? jadinya peluang balik 5 hari tempoh hari saya isi semaksimumnya untuk memenuhi tuntutan undangan majlis perkahwinan rakan2. walaupun sebenarnya entah sebanyak mana yang saya skip dan tak berpeluang untuk menghadiri. cukuplah satu dua majlis ini sebagai pengubat nya kan =)

31 May 2012 kenduri kawan baik saya sejak sekolah rendah. sekarang dia keje kat hospital kuala krai. dentist. sapa sakit gigi sila jumpa dia ye. terutama orang2 kuala krai. 


 pelamin yang indah




hantaran


kek


pengantin perempuan, pengantin lelaki takde gambar 
sebab saya pergi awal sangat.


last but not least, we all! 

hopefully ur marriage will last forever and ever.
dhiya pesan dia nak kawan. hehe!

2 June 2012, saya plan nak menghadiri 4 wedding tapi berjaya pergi 3 je sebab nya da kesuntukkan masa. Sampai umah ke3 da magrib. Macam mahu teruskan niat tapi rasa tak bape elok. Entah tuan rumah sibuk ke penat ke. Makanya sapa g rumah Norul Aida pada pagi-pagi 3 June sebab kul 10 sudah mahu naik bas balik KL. Tengok betapa gigihnya saya pulang dengan bas tanpa suami di sisi dan hanya ditemani dhiya amani. Nasib bek dhiya amani sangat sporting. tak nanges langsung masa dalam bas. Good girl =)

2hb tu dimulakan dengan ke majlis kawan baik ayah saya. majlis kawen anak lelaki dia. to be fair saya terpaksa lah ikut sebab saya nak ajak dia ke rumah kawan2 saya jugak kan. maklumlah suami tak balik. maka sapa lagi yang saya boleh ajak. umi jugak ikut sama. kawan baik ayah saya ni dulu juga cikgu kat scipp a.k.a cikgu sekolah menengah saya, sir zawawi. sekarang sudah menyandang gelaran Dr. Zawawi dan mengajar di institut aminuddin baki. saya sangat adore kawan2 ayah yang sangat semangat sambung belajar sampai phD. insyaAllah saya juga akan mengikut jejak langkah mereka suatu hari nanti. Aminn...

Perjalanan diteruskan ke kg. bendang kerian. tumpat untuk menghadiri majlis kawen kawan sekelas masa kat scipp. Umie Mustafar. Umie sangat cantik dalam persalinan pink. sempat snap satu je gambar umie. tu pun masa tengah makan beradap. takpelah at least ada jugak kenangan. Tahniah umie & suami!!


Kemudian, ke kg. tok kamis pula untuk menghadiri kenduri ayu juga rakan sekelas masa kat scipp. tapi tak sempat jumpa ayu sebab dia g amik gambar outdoor. sempat snap gmbr pelamin je. apa2 pun tahniah untuk korang sume!




Friday, June 8, 2012

Merah

Tak sangka. ramai kawan2 saya suka merah & mengabadikan warna merah pada majlis perkahwinan mereka. ingatkan saya sorang je yang pilih merah. wah2!!! over sudah. ye lah. sebab merah kan sangat merah. jadi saya ingat ramai yang tak minat. 

okelah layan gambar kawan2 saya di bawah. Maap ye saya amik kat facebook korang sume. kalau tak suke bgtau ye nanti saya remove


dayah & suami

-bandar tasik selatan-


nurul & shahrul

-temalir, kuala krai-


mas & suami

-wakaf baru-


umie & suami

-pasir mas-

last but not least. pengantin lama =)

5 Jun hari tu genaplah perkahwinan kami yang kedua. terasa sangat cepat masa berlalu. rasa macam hari tu baru berkenalan secara serious, merancang untuk kawen & bertunang. tulah, sumenya Allah da tetapkan. kalau da jodoh tak kemana. walaupun jauh ku berlari orang sekampung juga jadi pilihan hati. 

to my beloved hubby, tq u so much for being such a nice husband to me. i knoe everywhere u go u will always keep me in ur heart. and tq for giving me such a beautiful and super duber cute little dhiya amani. Let's promise to rise her together gether =) hopefully she will be good daughter to us and be good to others too. 


Monday, May 14, 2012

day 27 - dream wedding

Disebabkan saya sudah pun berkahwin. Instead of dream wedding kita tengok preview wedding yang real punye k. 

saya mahu wedding dekat rumah baru =) done! 
ngam2 sebulan sebelum wedding rumah ini siap. 
tapi tak semudah itu. nak dapatkan sebijik rumah ni. 
tapi ni rumah my parent. bukan rumah saya oke =)



saya mahukan temanya merah. done! 
juga tak semudah itu =)


Saya pun nak jugak yang ni. mengada2. 
juga tak semudah itu 


dan, saya mahukan kek 3 tingkat. done!! 
trima kasih sepupuku sebab sponsor


saya mahu pakai gaun like princess. done!!!
haha! princess lah sangat


alhamdullilah sume yang mahu sudah tercapai. 
tapi sume nya tak semudah itu. ia datang dengan effort dan duit. jadi besederhanalah. pas kawen nak pakai baaaaaaaaaanyak lagi duit.

doakan kebahagian kami untuk selamanya. Amin...

Sunday, February 12, 2012

Tahniah Intan & Syed!!

Ingat tak baju yang saya gigih jahit bunga tu adalah untuk majlis intan ni lah. haha! 2 pasang ok jahit baju baru. satu untuk majlis akad nikah dan satu lagi untuk majlis sanding. Punya lah gigihnya we ollss =P Gambar bawah ni adalh di majlis akad nikah yang berlangsung di masjid al-khairiyah, taman sri gombak. Dhiya bila2 pun sangat ceria. Benda yang paling dia suka adalah hantaran. Asyik nak terkam hantaran je =)

Snap2 bersama pengantin. Bestkan jadi pengantin? Hehehe! Intan sama macam saya jugak. Tak berdbar pun time akad nikah. Ye lah pompuan kan duduk je tunggu, pengantin lelaki biasanya berdebar lebih. So, Cik Intan Baizura is now Puan Intan Baizura oke..

Hahaha! It's take times actually untuk biasa kan diri ngn panggilan puan. Even saya yang da kawen nak masuk 2 tahun da pun masih lagi tak biasa ngan panggilan itu. Oke,,Puan Anis Nurdhiani. Boleh tak kalau nak kekalkan ngn panggilan Cik Anis je walaupun daa kawen.

Ini pulak gambar dhiya bersama kakak wani nyer. Hahaha cumil je bila panggil kakak wani. Tapi panggilan ni hanya berkuat kuasa untuk Cik Wani je k. Bila da tukar status kena tukar panggil aunty lak..hehe!!

Dhiya with aunty azra. Notty tau dhiya ni tarik rambut aunty. Nanti rambut dhiya panjang mama buatkan biar jadi macam tu jugak k. Haha! mama dhiya tak agak2 kan. Takpe lah demi mu anak mama sanggup buat apa2. Oh btw, thanks bagi dhiya baju tu. Dhiya & mama tak tahu bila nak g Perth.

Oh sangat suka gambar ni..sweeeet..hahaha! mana gambar pengantin. Yerp ada2.

Tarrraaaa, ini gambar ngan pengantin. Gambar ngan pengantin tak banyak sangat. Susah nak berlama2 ngan pengantin, sebab pengantin sangat hot hari tu ramai orang nak amik gambar ngan dia =)

Intan, we alls waiting for syed junior. All pictures taken from rerakan fb. Dua2 hari tak bawak kamera. So, tunggu kena tag je lah. Overall we have fun together2 =)

Peace...~~~