Showing posts with label Tuisyen. Show all posts
Showing posts with label Tuisyen. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Busy me!!

Hahaha! Buzy juga jadi cikgu lantik sendiri ni. Moment yang macam jadi touching tu bila student atau parent panggil cikgu. Dalam hati. Macam tak percaya satu hari ini akan ada orang panggil saya cikgu. Bila citer pasal ni mak saya excited je. Mungkin sebab dulu dia nak sangat saya jadi cikgu. Jadi cikgu tuisyen pun jadi lah kan. InsyaAllah moga pekerjaan ni akan diberkati olehNya sebab saya dah buatkan mak saya gembira. Dulu masa dia suh saya apply jadi cikgu saya masukkan juga option tapi option kelima. Memanglah probability nak dapat tu susahkan? 

Alhamdulillah sekarang kelas saya setiap petang full kecuali hari ahad saja takde kelas. Malam pula hari rabu ngan kamis ada kelas. 

Perbezaan tuisyen ni ngan lain-lain servis

1. Ianya berulang-ulang dan kita tak perlu cari customer setiap masa. Sebab customer untuk seminggu depan adalah customer yang saya dengan yang seminggu ni. 
2. Payer kita orang lain-lain. Jadi dari segi harga memang diorang tak kisah. Sebagai contoh sekarang saya ada 7 student dari 5 parent. Jadi parent yang bayar saya lain-lain. Kalau kita kerja office sume duit gaji dari majikan yang sama kan.

Okeylah insyaAllah dikesempatan yang lain saya akan kongsi lagi sedikit sebanyak. =)

Thursday, February 13, 2014

Saya dah gi interview tu

Pertama kali interview untuk jadi tutor memang lain dengan interview nak mintak keje sebelum-sebelum ni. 

Ini dikira macam open interview. Perkenalkan diri depan semua orang dan diteruskan dengan "mock teaching". Sebenarnya tak tahu pun pasal mock teaching ni. Nasib baik BLOG SAINS ITU MUDAH menjadi penyelamat. Sebab pernah up entri cara senang kira sifir guna jari jadi saya pilih tajuk tu untuk present. Alhamdullilah interview went smoothly. Hopefully adalah perkhabaran gembira lepas ni.

Wednesday, February 12, 2014

Saya mahu serious dalam bidang tuisyen

InsyaAllah saya akan step by step buat apa yang saya rancang. Buat masa ni saya mahu serious dalam bidang tuisyen dulu. Esok saya ada interview untuk job terbaru. Doakan saya berjaya k..

Tuesday, February 11, 2014

Jadi cikgu lantik sendiri

Hahaha! Maka bermula lah kisah hidup sebagai seorang cikgu tuisyen. Kisah bermula bila hari tu duk google-google pasal kerja kosong lah. Jawatan kosong lah tetiba termasuk page seminar tuisyen dan terpergi pula seminar tuisyen. Free? tak free. Mahal? boleh dikatakan agak mahal. Tapi consider berbaloilah dengan ilmu yang dapat. InsyaAllah. Kepada yang mahu join seminar tuisyen boleh lah ke PAGE INI. Yang akan datang pada 1 Mac ini. 

InsyaAllah minggu depan saya akan start ajar kelas yang pertama. Konsepnya ajar one to one kat rumah student.

Jadi kepada yang berminat mahu amik saya sebagai cikgu tuisyen anak anda bolehlah contact saya. InsyaAllah saya akan jadi cikgu yang baik tapi tegas =) Ni contact number okeh 0199885546. 

Saya ajar subjek

UPSR
Matematik
Sains

PMR
Matematik 
Sains

SPM
Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia 
Biologi

Kawasan yang saya pergi saya listkan kat bawah ni. Dan andaikata kawasan tu lebih kurang dekat tapi saya tak listkan boleh tanya untuk consideration.

Bandar Tasik Selatan
Bandar Tun Razak
Bandar Sri Permaisuri
Bukit Jalil
Alam Damai
Serdang
Bangi
Putrajaya

Waktu mengajar
Setiap hari petang & malam
Hujung minggu sepanjang hari