Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Suatu waktu dahulu

Lepas abes belajar saya kerja Petrosains kejap sebagai volunteer tapi saya macam bertahan selama sebulan je lepas tu saya quit. Biasa bila masa makan saya tak makan kat cafe level atas tu sebabnya makanan boleh tahan mahal dan volunteer dibayar rm8 (kot) sejam. Mana cukup kan kalau makan sehari dah rm20 hengget. Kalau ada kawan saya menapak ke kedai makan sebelah KLCC ngan kawan. Tapi kalau takde saya turun je bawah beli kat Roti Boy atau Aunty Anne's pastu makan kat taman KLCC. 

Nak dijadikan cerita. Masa saya makan-makan tu ada sorang foreigner datang (kulit hitam) tegur saya. Conversation lebih kurang macam ni. Saya ni English paham sikit. Broken je lebih...haha! abaikan. yang penting message yang hendak disampaikan. 

Dia: Hye, can I join u?
Me: Yes, of course (wah baiiiikkk pula cakap yes)
Dia: What are u doing here?
Me: I'm working here.
Dia: Where's your friend
Me: They cannot join me since our lunch time are not same.
Dia: U are so pretty? (wah tetiba pula mamat ni kan)
Me: If u say i'm pretty u are wrong. There are many pretty ladies outside. Not me.
Dia: Pretty or not is subjective. But I think u r so pretty. Instead your heart is kind. 
(pulaaaaakkkk baru jumpa tak sampai setengah jam dah cakap macam tu, but sorry to say saya memang tak akan percaya)
Me: Diam je...macam malas dah nak layan masa ni.
Dia: My mum sure will love u more if u want to follow me going back to my hometown. 
(wah2! ingat sekali petik je dah boleh bawak balik negeri ke?)

time ni saya dah takut gler. takut dia kluarkan jampi serapah je. dalam hati saya berdoa moga saya boleh escape dari conversation ni dan balik tempat kerja cepat2...

masa tu saya dah fikir. apa lah nasib saya nanti kalau tetiba dia bawa saya lari. mungkin dah tak dapat nak jumpa family lagi lepas ni. cuakkk gler

lepas tu saya cakap saya kena cepat dah nak masuk kerja dah. 

tapi saya bukan terus masuk kerja sebab takut dia follow tapi saya pergi duduk antara orang-orang lelaki yang tengah smoking. orang malaysia lah. dia sebenarnya ikut saya. tapi bila dia tengok saya duk antara orang-orang lelaki kan dia macam tengok je dari jauh. lama juga lah dia duk tengok. pastu bila dah macam takde dah dia. saya terus naik petrosains cepat2.. takut glerrrrrrrr!

Moral of the story: Kalau jumpa orang asing terutama kulit hitam sila buat2 tak paham dia cakap atau tanya apa. jangan lah ringan mulut sangat konon2 ko tu pandai speaking ke apa. Mungkin diorang ada intention lain. sampai nak bawa balik negera dia itu sudah lebih. 

Sunday, December 1, 2013

Cinta..


Okelah, seriously saya rasa macam dah upload gambar ni kat blog tapi tak jumpa kat mana. kalau dah upload maknanya ni citer ulang tayang. tapi takpe lah since mode rindu kan? =P 

Masa zaman sekolah dulu penuh suka dan duka. gambar ni di ambil masa darjah 6. dia dan kawan2 memang atlit. saya je tak sebab saya kaki bangku. main lah apa pun sume fail. Ini team bola sepak. team hoki pun rasanya muka sama je. dan saya sebenarnya takde kenangan mana ngan dia pasal game2 ni. dulu selalu rasa best nya kalau pandai main hoki ngan pandai nasyid. leh g jalan2 sekolah orang lain. dah memang takde bakat nak buat cam mano...

ada satu lagi gambar. tapi yang ni blur sikit.. masa darjah 3.. 


kah3. gambar ni sangat lucu. yang pompuan ada anak panah tu sayalah. yang laki2 tu dia. tak pernah terfikir jodoh saya adalah rakan sekelas. sekelumit secubis pun memang tak terlintas. tapi sebab dah jodohkan..

hak3,..saya dulu masa sekolah sombong plus bajet hot. kalau ngan kawan2 lelaki asyik nak cari gaduh je. takleh saalah sikit nak report kat cikgu. maklumlah anak cikgu. pernah sekali tu saya tolak kawan sampai dia pengsan. nervous tak hengat. kawan tu lelaki dia macam ada penyakit sikit. saya tak tahu. dh dia kacau saya apa lagi. kejadian tu masa darjah 3 lah. 

saya start sekolah kat sini amsa darjah 2. darjah 1 saya sekolah tempat lain. datang sini sebab ayah saya kena tukar sini. masa darjah 2 saya tak sekelas ngan dia. tak silap darjah 3 je sekelas. pastu 4 5 6 sume dah tak sekelas dah. 

masa sebelum darjah 6 saya tak recognize sangat dia. ni pun ingat sekelas ngan dia masa darjah 3 sebab ada gambar ni sebagai bukti. 

saya mula recognize dia masa darjah 6. sebab apa. sebab dia suka kacau saya. hahahaha! memang lucu tahap max. masa tu saya tak percaya langsung citer cinta budak darjah 6. baru umur 12 kot. bagi saya itu bukan cinta itu macam main2..senang citer bukan cinta tapi just perasaan suka pada opposite gender.  boleh...

sebab dia selalu sangat kacau saya kan saya jadi meluat ngan dia. sebab dia macam tak paham je yang saya menyampah ngan dia. asyik kim salam je. jumpa sapa pun nak berkirim salam bagai. sampai heboh di kalangan budak darjah 6 pasal saya ngan dia. which is not pun. saya memang takut nak lebih2 sebab ayah cikgu kat situ. kalau tahu memang nahas. plus pasal tadi lah saya tak percaya. kalau nak main2 baik tak payah dari awal. 

klimaksnya saya bergaduh ngan dia masa darjah 6 tu lah. sampai tahap tengok muka pun takleh. kawan2 pun memang sedia tahu lah citer kami ni. yang saya tak suka tu pun kawan2 tahu. pada saya bukan masalah langsung masa tu. dan memang bukan masalah pun. 

naik sekolah menengah saya dapat sekolah lain jauh dari kampung. dan kami tinggalkan sekolah dalam keadaan bergaduh. dalam hati memang tak nak baik dah ngan dia ni. 

satu hari masa saya balik cuti. saya terserempak ngan dia masa kat jalan. naik moto masa tu. dia rela patah balik amik jalan lain tak bagi berselisih ngan saya. punyalah berat penangan bergaduh kitorang tu. dalam hati eh mamat ni marah aku lagi ke. padahal dah beberapa tahun tinggalkan darjah 6. pun masa tu not a big deal bagi saya. kalau dia nak marah marahlah. 

kali kedua saya terserempak ngan dia masa lepas darjah 6 masa baru2 abes spm. saya ni bila dah naik sekolah menengah nak g mana2 saya g sorang2 je sebab malas nak susahkan orang lain macam keluar ke pekan bila cuti sekolah. saya ni banyak betul kerja nak kena g pekan macam fotostat ke, print ke. sebab kat kg kitorang langsung takde kemudahan macam tu. dulu2 punye cerita ni. sekarang macam dah ada. 

ok saya terserempak ngan dia dan sorang kawan lain. saya tegur kawan yang sorang tu. pastu dia diammmm je. ingatkan saya marah dia lagi kot. saya pula ringggannn je mulut g tanya dia benda. tak ingt apa. pastu dia tanya marah lagi ke. saya cakap taklah itu citer budak2.. lagipun dah lama. lepas terserempak tu saya tak fikir apa2 terus balik rumah. 

pas dapat result sume saya dapat matrik. pergilah matrik... pertama kali ada phone sendiri. ayah kasi adiah dapat masuk matrik. entah macam mana dia dapat no saya dari sepupu saya. apa lagi dia pun call la mesej lah which is sangat lah rimas..! saya rasa saya tak layan pun. tapi tatap juga berusaha gigih mesej saya. cantik sangat ke aku ni. ekekee! dalam hati jer.

pastu saya ke universiti pula. dapat lagi mesej dari dia. masa tu saya guna maxis dia guna celcom. bila saya tak reply mesej dia call tanya nape tak reply. saya men cakap je saya tak reply sume no celcom. sebab mahal. sebenarnya, saya tipu je. alih2 dia pergi tukar ke no maxis...ko mampu!. nak tak hendak saya terpaksa reply tu pun kadang2...! bila saya cakap saya takde kredit dia topupkan!... masa ni belum sampai tahap terharu lagi. saya guna kredit tu g tepon orang lain.............! kejam juga bila diingat balik. 

lepas2 tu dia selalu la telefon saya. kadang2 tu setengah jam dia tepon saya setengah jam juga saya marah2 dia. esok dia tel lagi saya marah2 lagi. sampai penat marah saya tanya dia awak tak penat ke hari2 dengar saya marah. apa dia cakap..takpelah sekurang2 leh dengar awak marah pun dah oke.....!! grrhh!. 

saya pun mulalah cari idea taknak bagi dia call saya lagi. sehingga lah satu hari tu bila dia call saya cakap saya sebenarnya dah ada boyfriend....bayangkan?/?// (oh sedih pula tetiba!) sebenarnya saya takde boyfriend pun saya tipu je. mulai hari tu dia dah tak mesej dan call saya lagi. tahu apa jadi? amannya sekejap je. lepas tu saya rasa macam something missing. yelah dia duk call hari2 tiba2 tak call. mesej pun tak kan. 

eh macam panjang sangat pula...kena buat sambungan ni. kalau saya rajin saya sambung...

BERSAMBUNG =P







Saturday, November 30, 2013

Bila husband takde kat rumah

Kipas dalam bilik ni no 1 je sejak 2 minggu lepas. Kalau dia ada pasang no 3 sebab kena in between. saya tak suka sejuk dia tak suka panas. 

Sebenarnya kisah ini panjang. Tapi saya pendekkan. 

Masa saya kecik2 sampailah besar sampai lah sebelum saya kawen rumah kami takde kipas. kipas syiling takde kipas bawah pun takde. sebenarnya saya pun tak realize benda ni.. tapi since saya tak tahan sejuk kan husband pun tiba2 tertanya

"eh, kipas kat umah awak tu kita beli pas kawen kan?"
"ha a"
"maknanya sebelum ni rumah awak takde kipas lah"
"ha a la umah saya tak pernah ada kipas pun"
"macam mana uolsss...(bukan uollss sebenarnya, saja sedapkan ayat) tak panas ke?"
"entahlah, mungkin kami orang dah biasa kot berpanas kat umah tu"

dulu ingat lagi bilik saya kecikkkkk je. dalam bilik tu lah saya membesar dengan jayanya. sebab dulu saya SANGAT pemalu. memang tahap yang tak cakap ngan orang tu. kalau sedara mara datang part yang nak balik 10 minit tu baru saya keluar tunjuk muka salam2 masuk bilik. 

jadi banyak lah masa saya dalam bilik tu. saya juga punya tabiat buruk dulu2. suka tidur bangunn lambat. bukan lambat sebarang lambat. kul 2pm baru saya bangun yang malam tadi tidur punya. bangun sembahyang subuh kejap pastu tido balik. 

mak saya pula jenis yang bukan pemarah dan pembebel. susah kami nak dengar dia marah atau bebel. lebih kurang reverse psychology lah (eh betul ke eja ni, malas pula nak google),..jadi dia tak pernah marah saya bangun lambat ke apa ke. yang pasti bila saya bangun mesti ada 2 biji kuih atas meja. untuk saya lah tu sebabnya saya suka makan kuih pagi2..eh tengah hari. i mean lepas bangun tido sy tak bape suka terus makan nasi. makan kuih dulu. minum air dlu. pastu baru leh makan nasi ke apa. haha! dah la bangun lambat banyak cekadak pula. nasib mak saya baiiikkkkkkk sangat. 

satu hari saya tanya mak saya. kenapa dia tak marah saya bangun lambat. dia cakap, biarlah kalau dah mengantuk tidur je lah. bila dah tak mengantuk bangun. tak tahu lah orang lain. bagi saya jawapan tu sangat menusuk kalbu. jadi lepas tu saya pun dah tak bangun lambat lagi dah. lagi2 sekarang ni. bangun lambat sikit terus sakit kepala lah apa lah dulu2 tak pun....

maaflah cerita yang pendek pada asalnya dah jadi panjang...

berbalik kepada cerita kipas tadi, tak panas ke saya tidur dalam bilik sampai ke siang. entahlah. masa tu macam leh terima je. bila bangun tidu badan berpeluh2 macam lari marathon aje. tapi tetap boleh terima. malah rasa best pula ngan situasi tu. cuba sekarang ni macam tu. huhu!

pastu lepas kawen, memandangkan suami saya tak tahan panas. bukan suami saya je rasanya sapa2 pun memang tak tahan panas except family saya je lah kot. kami pun beli lah kipas untuk letak kat kampung satu.

dan saya rasa disebabkan itu kot saya selalu sakit dada bila suasana sejuk sangat. da banyak kali g cek doktor, doktor cakap otot dada saya ni cramp sebab saya alah pada sejuk. means tak leh sejuk sangat. kalau tidur kipas takleh direct atas dada. mandi takleh lewat malam. malah aircond dalam kete pun saya takleh kena direct. hawa2 je leh lah. sejuk sangat yang dimaksudkan tu bukanlah sejuk melampau cuma bagi orang lain biasa tapi bagi saya pula dah takleh. 

p/s: rumah yang saya citer ni bukan rumah yang homestay tu. ni rumah yang kitorang duduk sejak saya darjah 2. 


gambar ini adalah iklan, dengan caption
" jom amalkan gaya hidup sihat dengan tupperware" =)

Friday, March 22, 2013

Saya ada perangai pelik..

Seperti semua sedia maklum keputusan SPM diumumkan semalam. EH? semalam kan. or the day before. sebab sekarang ni banyak tenggelam dalam dunia sendiri. namun begitu, =P masih sempat lagi mengambil tahu perkembangan semasa walaupun kurang boleh ingat exact date and day. Hhhuhuhu! 

Jadi dipendekkan cerita, saya akan rasa macam nak nangis je bila tengok adik2 yang berjaya bergembira dengan result yang mereka dapat. macam boleh rasa betapa penat lelah mereka terbayar setelah berhempas pulas berusaha untuk mengejar kejayaan tersebut. macam nak menitis air mata kegembiraan rasa. buat yang berjaya TAHNIAH untuk anda. 

orak lah langkah sebaiknya agar apa yang dicapai hari ini menjadi lebih bermakna untuk hari esk. 

kepada yang kurang berjaya jangan sedih. SPM bukan penentu segalanya. rezeki Allah s.w.t bagi untuk setiap hambaNya. yang penting jangan pernah berhenti berusaha. cuba bayangkan kalau semua pun dapat straight A's maka tak meriahlah dunia kan. 

memandangkan cari gambar masa graduasi kat scipp dulu tak jumpa jadi layan je lah k gambar dolu2...hehe!


gambar ini baru balik kelas mengaji al-quran hari sabtu kalau tak silap. hahah comel2 je sume =)


ini pula tak ingat tingakatan berapa. macam tingkatan 3. sebab aidah ada lagi. masa form 4 
rasanya aidah dah g MRSM. Izzah pun ada lagi time ni


ini masa form 4 kot. saya kelas fatimah. ni lah ahli kelas saya =)


ini dalam kelas pula. baju ni kami buat together2 sampai hari ni masih elok lagi,
 pakai sekali 2 je. sebab warnanya meriah sangat 

Friday, June 22, 2012

Kenangan


Kita suka kan mengimbau kenangan lama2. ni gambar 15 tahun lepas. masa kami darjah 6. terjumpa kat facebook cikgu. terima kasih cikgu sebab simpan lagi gambar ni. Untuk memudahkan cerita saya perkenalkan sume orang dalam gambar dulu k. 

Dari kiri berdiri: (yang pakai baju kuning je)

Izudi, Zairi, Hafizu, Zulhilmi (a.k.a my hubby) =P, Rozlan, Khairunnazar. 

Dari kiri duduk:

Huzaifah, Sahron, M.ros, M.Arif, Fathy. 

Cikgu pulak dari kiri:

Cikgu Zakuan, Ustaz Hadi, Cikgu Mat Nawi, Cikgu Husin.

Okelah, memandangkan saya banyak masa. Jadi saya cerita sorang2. Wakaka! Banyak nya masa kan. K lah. Yang saya rasa saya nak cerita saya cerita. Yang rasa taknak saya tak cerita. Cerita bermula dengan Izudi. 

Izudi ni dulu sangat suka menyakat saya. Bagi dia kalau tak menyakat saya sehari tak senang duduk. Dia panggil saya stick. Sebab dulu masa darjah 4 saya jual sticker. Macam mana boleh jual sticker? Dulu saya tuisyen bila wiken. Kat bawah kelas tuisyen tu ada kedai jual sticker cartoon. Sume ada mickey mouse, mini mouse, donald duck. Jadi saya beli sepapan pastu bila hari sekolah saya tunjuk kat kawan2. Kalay diorang nak beli saya gunting yang diorang nak jual 20sen. Tapi izudi ni tak nak bayar. Dia mintak je. saya tak bagi. jadi dia panggil saya stick. suka hatilah nak panggil apa pun kan. tapi da laaaaaaama tak jumpa dia. Hari tu dia baru kawen. Tapi tak pergi pun sebab dia pun tak jemput saya. 

Zairi pun sama suka jugak menyakat. Tapi bukan saya je yang dia sakat. Hampir sume orang pun dia sakat. Biasalah budak2 nakal.

Hafizu, saya tak berapa baik sangat ngan dia. Sebab dia senyap je orangnya. Kalau jumpa sekadar senyum cukup. 

Zulhilmi, yang ni saya paling tak sangka. AKhirnya menjadi teman sehidup semati saya. Seriously Obviously saya tak sangka. Sume ni ketentuan Allah,. Masa ni dia dah duk usha2 saya. Tapi entahlah masa tu dia bukan taste saya. Sangat saya tak suka dia. Dia pulak sengaja kalau berjalan tu bagi bertembung dengan saya. Apa? Takde orang lain ke asyik2 dia. Wakaka. Punyelah sombong masa tu. Pernah satu kali saya dapat surat dari dia. Walhal baru darjah 6. Sudah bersurat2 bagai. Masih ingat lagi permulaan isi surat tu.....

wajahmu ibarat bulan purnama...........(dah, reveal sikit je)

btw saya pun rasa saya tak abes baca surat tu sebab saya flash surat tu dalam toilet. kejam tak? kejam tak?. bukan kejam tapi bagi saya dia sudah over the limit. baru darjah 6 kot. masa tu saya belum ada feeling nak bercintan cintun. bukannya baik sangat tapi rasa too young. 

Wah wah wah mentang2 citer pasal husband sampai 3 perenggan. Oke saya stop sini. Pssstt...bila sekarang ni tengok balik gambar ni. dalam hati cakap knape pulak dulu saya rasa dia bukan taste saya padahal comellls je dia kan? kan? sila setuju ngan saya =P

Rozlan, pun saya tak baik sangat masa dulu2. Sekarang dia pun tentera jugak. Kat kem sg. buloh. Duk dekat je ngan umah saya sekarang ni. wife dia pun sama kelas ngan kitorang masa darjah 6. Tak lari jauh kan we all ni. tup tup kawen ngan kawan sendiri =P

Khairunnazar, untuk pengetahuan semua beliau sudah tiada lagi di dunia fana ini. beliau telah meninggal masa umor kitorang 20 tahun kalau tak silap. dia meninggal dalam tidur. takde sakit apa2. bila mak dia kejut bangun subuh badan dia dah tak bergerak. Al-fatihah..Dia senyap je jadi saya pun tak berpeluang cakap banyak ngan dia masa dalam kelas dulu2. Doakan moga dia sentiasa tenang di sana. 

Huzaifah, sekarang ada bisnes sendiri warisan turun temurun. Walaupun tak belajar tinggi tapi jadi orang kaya kat kampung =)

Sahron, anak sedara hubby. Bila saya kawen ngan husband, anak sedara dia anak sedara saya jugak kan. Makin kecik lah dunia. Duk putar2 benua sama =P Dia pun kawen sama hari ngan kitorang kawen. Maksudnya 3 orang budak sekelas masa darjah 6 dulu berkongsi pelamin yang sama. Sesuatu yang saya tak pernah impikan. Langsung tak terlintas dalam fikiran dan angan2. Ini sume Allah yang da aturkan. Kadang2 janji Allah itu indah. Btw, wife dia orang perak. 

M.ros pulak ketua kelas kitorang. Saya suka kawan ngan dia sebab dia baik orangnya. Bagi saya dia budak lelaki yang tak ganas. Tak suka sakat budak pompuan. Cakap pun lembut2 je ngan kitorang. Sebab tu lah kot ramai orang sokong dia jadi ketua kelas kitorang. Sekarang dia da kawen. Duk kat ipoh. Wife dia orang kedah kalau tak silap. 

M.Arif, da lama tak dengar citer pasal dia. Tak tahu lah dia keje kat mana da kawen ke belum. Padahal umah dia dekat je ngan umah kat kampung. 

Fathy pindah umah saya kami form 1. jadi ngan dia pun lost contact. kalau jumpa dia da tak cam kot. 

Cikgu pulaks...

Cikgu Zakwan cikgu sukan. disebabkan saya tak aktif sukan dan bukan atlit makanya saya tak kenal sangat dia. Lagipun dia tak mengajar kelas kitorang. 

Ustaz Hadi pulak sekarang ni adalah mertua kepada adik saya. Sebab adik saya kawen ngan anak dia. Sebabnya masa adik saya form 5 anak ustaz hadi ni jadi cikgu adik saya. Ini sume pun tak dirancang. Segala2nya berlaku dengan sekelip mata. Makanya sekarang ni anak ustaz hadi ni jad adik ipar saya lah. macam citer dongeng pulak kan. btw, sekarang ustaz hadi sakit kena strok. doakan dia cepat sembuh k. 

Cikgu Mat Nawi. Dulu dia muda lagi masa saya darjah 6. Obviouslah kan. sudah 15 tahun berlalu. Saya pun kecikkkkk lagi masa tu. Masa darjah 6 kitorang sume ni duduk asrama. Asrama Desa. Cikgu Mat Nawi ni umah dia kat Kota Bharu. Jadi dia duk bilik warden kat asrama. Sebab warden da ade umah sendiri kat kawasan situ2 jugak. Tapi satu je malam2 mesti dia bagi baju kemeja dia suruh saya iron. Saya sebenarnya tak pandai sangat nak iron baju besar2. Saya kan kecik lagi mas tu =P Saya iron jugak tapi macam still berkedut lagi. Dia tak kisah pun dan pakai jugak baju tu g mengajar. Kesian cikgu terpaksa berjauhan dengan keluarga sebab nak ajar kami semua. 

Cikgu Husin sekarang sudah naik pangkat jadi cikgu besar. Juga kat sekolah lama saya. Hari tu jumpa cikgu, nampak cikgu da berumur. Tak rasa pulak diri sendiri da besar panjang siap ada anak lagi kannsss.

Okelah da panjang lebar, entri bersambung dengan cerita budak pompuan pulak di lain kali. 







Tuesday, April 3, 2012

Sharing is Caring~

Husband tak balik malam ni sebab tu lah saya tak tido lagi. My cute little baby da tido. Kemain susah nak tido. Asyik papa papa papa aje. Mama sangat jarang nak sebut. Herm, malam ni nak citer pasal apa? Husband no no no. Not in the mood mahu story mory pasal dia. 

K lah kita citer pasal kenangan masa kecik2 dulu. Boring? Layan kan ajerrrrr~~~~

Saya bersekolah seawal usia 5 tahun. Sebab musabab nya saya yang nak sangat ke sekolah. Saya masa kecik adalah budak yang suka tiru apa orang besar buat. Even saya boleh baca paper masa tadika lagi. Satu pencapaian yang membanggakan bagi budak kecik. 

Nak dijadikan cerita saya tertengok makcik saya baca paper. Nampak macam sangat interesting. Tapi bila saya amik dan tengok takde pape yang menarik melainkan tulisan2 yang saya tak tahu apa maksudnya. Maka bermulalah episod sedih. Sampai saya sanggup bawa balik paper tu ke rumah sambil nangis2 sebab tak dapat baca macam makcik saya baca. Mak saya pun naik heran, nape lah budak ni beria sangat nak baca paper sedangkan masuk sekolah pun belum. 

Esoknya saya bawa pulak paper tu pergi rumah makcik dengan harapan dia nak ajar saya. Ye jangan terkejut sebab dia ajar saya. Tapi bukan ajar mengeja sebenarnya tapi ajar kenal huruf. Ye lah kan. Macam mana nak baca kalau huruf pun tak kenal. Makanya dia cakap lah kalau huruf macam ni apa. Macam ni apa. maksudnya saya tak belajar a b c d e f dan seterusnya tapi belajar huruf ikut perkataan kat paper tu. 

Okay, lepas da kenal huruf dia ajar pulak b a tu ba, c a tu ca, b u tu bu, k u tu ku. Akhirnya saya boleh baca paper tersebut secara mengeja tanpa paham pun maksud apa yang saya baca. Lenguh tau mengeja saja. Bukan membaca. 

Balik umah terus mengamuk kat ayah nak masuk sekolah pulak. Dengan harapan saya boleh baca paper tu sebagaimana makcik saya baca. 

Walaupun masa tu da start sebenarnya sesi pembelajaran untuk tahun itu tetapi ayah terpaksa jugak daftar saya ke sekolah sebab saya nangis2 nak g sekolah. Sungguh rajin kau budak =P Masa tu kan saya baru 5 tahun, ayah saya rancang nak hantar sekolah masa 6 tahun. Tapi disebabkan tak menyempat. Makanya student life saya bermula seawal 5 tahun lagi. 

Ok till then.,.,babai =)

Friday, March 12, 2010

Him

Haha, sudah sampai tahap ni pun masih nak gatai2 lagi =P Pape pun kamo bukan ditakdirkan untuk aku. Dan aku jugak begitu. I'm happy to see you happy. Kamu mungkin baca ni kalau kamu masih menjengah kat sini. Salam..~~

Friday, December 11, 2009

I will miss all of you

There are many things that we have shared together for almost past two months we are here. I enjoyed very much meeting all of you. You make me more understand of the friendships and also about other things that I have never heard before.

Now, I know there are so many things can make me become excellent regardless in my career also in real life. There's not only way to success. We can choose the different ways but the goal is one, which is to become successful person.

Of course, we are always have different opinions, we always argue to others but the thing is at the end we understand others better and the most important things we understand our self much better.

Thanks to all for this so called "very memorable moment" that I will never forget.





p/s: actually this entry suppose to post at the end of this months. But saje je tulis awal2. Nanti if I have time I will write again.

Friday, December 4, 2009

I miss to knock your door when I get bored

Nabila, I miss you too. I miss the time when we have long chit chat about others (mengumpat?? Oh No!!), about us and about anything happened around us. When I get bored I can just simply knock your door but now I can't do that anymore.

I miss syuk too.

Hopefully, one day we will have sweet time together.

Monday, November 16, 2009

Business English Class Farewell Party

As planned our Business English Class Farewell went well. We just did the simple party. But all of us had fun. Thanks a lot to Miss Jes for teach us and congratulation to Fiza and Aina because both of them already had a job. And that day also the last day Aina was here. Fiza already leave a week before that.

Oh, i still can't upload the photos. So sad. I will try again later.
See you soon.

Sunday, August 23, 2009

UtP 9th Convocation

Salam, Tak sabar nak upload gambar convo. Gembira sangat hari tu sampai tak bekfest ngan lunch pun tak terasa letih. Pape pun quite dissapointed tak dapat bergambar ngan hosmate. Korang g mane heh. Sempat bergambar ngan my rumate je. K2. Nanti di lain kesempatan saya upload gambar konvo.

Cayang korang sume.

Juga tak lupa selamat berpuasa & doakan saya moga2 cepat dapat kerja. Takde mood da ni mnganggur lama2 =(

Monday, August 10, 2009

Assalamualaikum..

yEaY, boleh berlama2 kat cc. Tadi jenguh blog MissD ade gambar masa gath volunteer PetrOsAins. Jangan marah ee MissD I letak kat sini.



Sayang korang sume. Da lama takG PetroSAins. Harap2 nanti jumpa lagi.

Cop2 ade lagi. Ni gambar masa minggu orientasi nak jadi volunteer ritu.



Friday, June 5, 2009

Aku mungkin rindu..(Last part)

Ni buke mungkin rindu ni, meme rindu pun ko awok2 semo. Harap2 nya nanti kita leh jpo2 lagi. Leh cetim. hahaha susoh doh loni nk cetim2 nye. Erm, pape pun kenangan dlu meme tak leh lupo. best sangat2. Terima kasih sume budok2 cenel kelate.



Aku juga mungkin rindu budak2 batch aku terutama budak2 chemi. Kita sekelas sejak first sem lagi. Sampai la sekarang walaupun major lain2 probability jumpa tu ade kan. Thanks for the frenship. Godek2 komp ade terjumpa gambar masa kita g PFK dolu2.




Keep in touch tau. Walaupun kita da ade haluan hidup masing2. Tapi harapnya kita still lagi berhubung sesama kita. Da add ym kan? Da add gtalk kan? Sedih? Entah ni tak rasa lagi. Tapi takpela, mana yang terkasar bahasa, terlanjur bicara tersalah laku, tergedik ke pape lah daku mohon sejuta kemaafan.



Semalam ade buat farewell sket ngn kakak2 RO. thank kakak2 sume banyak tolong kitorang. tu gambar Dr. Zack tengah bagi ucapan ringkas. Sayang semua.



Ni last task aku kat UTP. Da di submit dengan jayanya semalam. K2 Da2. Nak packing komp n da nak balik. Thanks sume2.

p/s: Sori2 tak leh sebut nama sorang2. Tapi saya memang akan rindu korang sume. sume2 lah. Bye2

Thursday, June 4, 2009

Aku mungkin rindu..(part 3)

Ni last trip kitorang sesama ke Bukit Merah dan Penang. Walaupun spend 2 hari je. Percutian (percutian tu tak tahan) ni tetap memberi seribu makna buat kitorang. Ni pertama kali aku ke Bukit Merah dan ke Penang Hill.

First day bertolak dari UTP dalm kul 7 ke Bukit Merah. Singgah breakfast jap di Pekan Tronoh. Then, meneruskan perjalanan. Sampai Bukit Merah dalam kul 10 or 11a.m. Cam tu la lebeh kurang.

Tempat pertama kitorang g Orang Utan Island. Ni da On da Way balik ke tanah besar. Sume ade kan dalam gambar ni? Ke ade yang takde.

Sempat snap gambar sendiri jugak.

Destinasi seterusnya ke Ecopark. Ade macam2 binatang kat sini. Daripada keturunan monyet sampaila keturunan Ular. Buaya. Biawak. Landak. Etc....


Then, dari Ecopark ke wetPark menaiki benda alah ni. Oh baru ingat cable chair. Betul tak? Macam dah betul. First2 naik memang takut. Tapi bila da sampai atas tu takde la takut sangat.


Daripada atas siap snap2 gambar lagi. Lawakan pemandangan dia dari atas. Tak saba nak mandi. Pas mandi perjalanan diteruskan ke Penang. Dalam perjalanan singgah amik rumate kat Butterworth. Then sambung perjalanan ke Penang Island. Menginap di Seri Malaysia. Banyak pahit dari manisnya. Pas sarapan terus bertolak ke Penang Hill.


Walaupun tiba kat sana agak awal tapi tak leh naik atas awal jugak sebabnya train dah penuh. Yang adenya around 12 and 1pm. So, terpaksala tunggu. Tunggu punye tunggu akhirnya kitorang berjaya meneruskan perjalanan ke atas. Gambar menunjukkan muka puas dapat naik cable car.. Actually dia macam ketapi tapi bergerak secara condong. Seriau dengan kecondongannya. Cemana tetiba ketapi lost control dan menggelusur ke bawah. Nauzubillah mintak jauh.


Laksa Penang yang paling best pernah aku jumpa adalah di puncak Penang Hill. Susahkan nak makan. Tak kan la setiap kali nak makan laksa Penang best ni terpaksa mendaki, Opsss menaiki cable car ke puncak ini. Tapi serious memang best. Best best dan best lagi. Kalau ade peluang nak bawak Ummi n family ke sini. Ummi suke gler makan laksa Penang dan mungkin lagi teruja kalau leh makan laksa Penang kat sini. Oh, ABC dia pun best jugak.

Sebenarnya terlalu banyak kenangan bersama osmate. Suka, duka, gembira, ketawa kami kongsi bersama. Semoga ikatan persahabatan ini kekal selamanya. Cop, sapa dapat keje dulu dia belanja. Tak kira tak kira.

Aku mungkin rindu..(part 2)

Aku mungkin rindu pada osmate2 ku. Sepanjang 3 tahun menjadi osmate banyak kenangan kami bersama. Tiga tahun? Ye tiga tahun, tahun pertama sem pertama kami di V2A, di situ lah bibit2 persahabatan terbina. Kemudian dipanjangkan sehingga kami menjadi osmate semasa tahun pertama sem kedua.

Intern satu sem kemudian kami jadi osmate balik. So, total sume 3 tahun. Da macam adik beradik da sebenarnya. Kan korang Kan? Kalau sape2 tak cakap ye siap korang =P Sekarang terasa la jugak sorang2 da balik umah masing2. Aku jugak akan balik esok.

Ni gambar masa fotoshot sem lepas.


Konon2 nya candid


Konon2 candid II


Depan IRC..
"tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri cina"


Sampai ke sini kitorang bergambar

Wednesday, June 3, 2009

Treasure hunt 2008

Laluan kali ni, pelik sket.

UTP --> kelly castle --> Taman Botani --> Gua Tempurung --> Lata Kuala Woh (kalau tak silap)--> Pusat Pemeliharaan Tuntung --> Taman Maju --> UTP

Kali ni tak sempat berfoya2 kat luar sebab last check point kat dalam UTP. SO, v6 dan sekitarnya jadi tempat berfoya2 kami =)


Ngan rumate


Hint2


Kelly Castle


Taman Botani


Model-model..haha!!


No komen..


Chanselor

Aku mungkin rindu..(part 1)

Nanti, aku mungkin rindukan meja studiku ini.











Friday, May 15, 2009

Treasure hunt 2007

Destinasi untuk treasure hunt 2007 ialah Pangkor.

Laluan: UtP --> Taman Maju (tak ingat singgah ke tak) --> air tawar (kalau tak silap) --> Teluk Batik --> Lumut --> Pangkor.

Photobucket

Sebelum berlepas

Photobucket


Hint2

Photobucket

Tumpang jap =)

Photobucket

Teluk Batik

Photobucket

Dalam feri ke Pangkor

Photobucket

Khusyuk melukis

Photobucket

Atas jambatan gantung

Photobucket

Misi mencari benda tersembunyi

Photobucket

Bersama van pangkor yang pink

Photobucket

Destinasi terakhir..menara apa tah

Photobucket

Before meninggalkan lumut

Photobucket

Menuju jeti

Photobucket

3 foreigner bergaya ngan topi memasing =P

Photobucket

Singgah makan kat ikan bakar area2 pangkalan tentera tu kan2?