Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, January 9, 2016

Masyarakat kita semakin negatif

Dalam hati sudah berazam untuk tidak meninggalkan komen kalau ada isu2 hot begini. Tapi tak tahan kena komen jugak. Dan ini komen saya:

Sebetulnya ini komen dan tanggapan masyarakat terhadap Dato' Vida. Awal tahun hari tu kepada yang perasan Dato' Vida ada berkongsi kisah kehidupan nya di rancangan TV Astro. Ternyata sangat kagum dengan dia. 

* Memiliki 20 biji rumah
* Rumah terbaru anggaran RM22 juta sebiji
* Kereta puluh2 tak ingat berapa

Yang lain tak ingat dah. Rentetan itu ramailah yang mempertikaikan antaranya:

- Rumah berpuluh2 tapi tak duduk buat apa
- Orang melayu suka sangat jual kosmestik, kenapa tak buat bisnes jual boiler, condenser, pump, oil, reservoir, nampak educated sket. 
- Duit banyak2 pergi bagi derma kat anak yatim buat apa, lagi baik bagi biasiswa kat budak2 U tu.
- Riak riak riak menunjuk-nunjuk2 
- Cara promotion yang tak profesional involve artis dan entertainment

Dan banyak lagi version lah. Pendek kata takde pun yang positif semuanya negatif. 

Seingat saya sepanjang kisah tersebut di paparkan berkali2 Dato Vida mention yang semua dia kongsi itu adalah untuk menyuntik semangat bangsa melayu kita ni untuk berusaha segigih dia. 

Ini yang saya dapat ambil daripada perkongsian beliau, mahu terima atau tidak terpulang:

1. Tiada jalan short cut untuk berjaya. Ya, dia tiada jalan pintas yang dia tahu berusaha bersungguh2 dengan gigihnya siang malam untuk menjadi seperti dia yang hari ini. Masa di unversiti tidak pernah beliau bazirkan cuti sem untuk bersenang lenang. Malah pernah keje kilang dan macam2 kerja lagi yang beliau lakukan. 

Cuba pula tanya diri sendiri masa cuti sem apa yang kita buat? Kalau kita tak buat sepertimana apa yang beliau dah buat duk diam2 sudah jangan banyak bunyi. 

2. Kalau beliau tak buat keje pape bersenang lenang je, terus rasa nak demam. Kita? Kalau kerja kuat sikit tak larat penat. Abis sapa yang kita sebenarnya perlu salahkan. 

3. Dah dia pilih nak jual kosmetik nak buat cam mana. Apa kata amik tanggungjawab untuk jual reservoir bagai tu atas bahu kita sendiri. Mampu tak mampu. 

4. Memanglah dia kena iklankan produk dia kat TV yang involve entertainment bagai. Sebab dia nak tarik dia punya target market iaitu orang ramai, orang awam, orang kampung mahupun bandar. Kan majoriti nya tengok TV. Kalau dia jual reservoir takdelah dia nak iklan kat TV. Kalau dia iklan jugak memang peliklah sebab target market dia bukan orang awam. Dan yang bisnes reservoir tu ada je cumanya kita je tak tahu sebab dia ada their own marketing strategy yang tak melibatkan orang awam pun. Dikalangan diorang saja. 

5. Duit dia, hasil titik peluh dia suka hati dia lah nak buat apa. Bukannya dia tak derma untuk anak yatim pun. Duit puluh2 ribu bagi macam tu je untuk orang tunaikan umrah. Itu tidak pulak kita sebok canang2 kan. Kan dia kata kalau dia bagi biasiswa benefit untuk sorang tu je. Kalau bagi anak yatim 500 orang dapat benefit. 5 bulan makan tak abes lagi. Dia pun ada pendapat dia jugak. Dah duit dia. Kenapa kita nak sebok2. Cuba tanya balik, pernah tak kita dermakan untuk kebajikan orang lain?

_____________________________________

Frankly speaking I am not fan of her. Tapi rasa sedih dengan mentality rakyat Malaysia terutama orang2 melayu. Kalau kita semakin negatif dan terus bersikap negatif sampai bila pun kita tak akan maju. Tengoklah dari sudut pandang yang POSITIF , insyaAllah kita akan sama2 berjaya. 

Wallahuallam. 



Tuesday, December 16, 2014

Aura penulisan

Okes ini mungkin lebih kepada bakat. Ada orang tak payah berhempas pulas memikirkan ayat-ayat yang power untuk menulis. Sebab apabila dia menulis terus terkeluar ayat-ayat yang kalau orang baca rasa nak baca lagi nak baca lagi. Ada pula yang berusaha untuk tulis yang hebat-hebat tapi hasilnya biasa-biasa sahaja. 

Jadi saya jatuh pada kategori mana? Hanya pembaca yang boleh menilai. Kalau diri sendiri menilai mestilah tulisan sendiri bestkan. Kitakan biasanya selfish. Kalau tak bila tengok cermin kita tak cakap pula dalam hati "cantik juga aku ni" hehe! 

Berbalik kepada tajuk, saya dengan tidak sengaja terfollow sorang FB kakak ni. Saya tengok dia update setiap hari. Banyak kali pula tu bukan sekali dua. Tapi kita suka nak baca tulisan dia. Tulisan dia mesti ada moral of the story. Walaupun pendek kadang-kadang sangat bermakna. Walaupun pendek penuh bermotivasi. Memang berbeza dengan orang lain. Apa yang dia tulis tu macam kita nak iye kannnn aje memanjang. Macam eh aku nak cakap macam ni lah sebenarnya tapi tak tahu nak tulis cam mana. Walau kadang-kadang maksud dia nak bagitau tu sama je ngan orang lain nak bagitau but the way she wrote sangat boleh diterima. Tak buat orang sentap dan so on. Korang pernah jumpa tak orang-orang yang macam ni? Mungkin dah gifted kot. 

Orang-orang macam ni kalau tulis buku laku ni. Saya pun ada cita-cita nak tulis buku. Eh! =)

Sunday, January 26, 2014

Bila berkawan dengan orang yang positif

Saya tengok ramai orang yang positif berjaya dalam hidup mereka. Salah satu dari mereka yang kita semua dapat tengok dan kenal melalui kaca tv adalah prof muhaya. Beliau sangat positifkan orangnya. Bila baca tulisannya pun sama. 

Dan ada lagi mereka yang sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. 

Kebanyakannya saya follow mereka di facebook. Membaca update mereka setiap hari dapat membuka minda dan memberi aura positif kepada diri ini untuk sentiasa berubah dan mencapai apa yang diimpikan. 

Ada yang saya baca dari buku-buku yang saya beli lately ni. Untuk review satu-satu amik masa, sebab sume buku saya jump baca. Excited! =) punya pasal. 

Percayalah tips kejayaan mereka adalah sangat mudah. Saya cuba kongi apa yang saya dapat rumuskan. Moga-moga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Selalu senyum

Mungkin part ni susah sikit nak follow kan. Tapi percayalah dengan senyum segala masalah kita seolah-olah hilang pergi di bawa angin lalu. Saya nak explain dari segi saintific saya tak berapa pandai. Tapi cubalah senyum dan tengok resultnya. 

Sentiasa yakin dengan apa yang kita mahu

Mesti setkan target. Apa yang kita nak. Dan buang segala ragu-ragu yang bermain di fikiran. Bila set target. Rangka apa yang mesti di buat dan amik tindakan. Kalau boleh tulis dan tengok tiap-tiap hari. InsyaAllah. Dengan keizinan Allah s.w.t kita berjaya dapat apa yang kita impikan. 

Sentiasa percaya rezeki adalah dari Allah s.w.t

Jangan bersedih dengan apa yang kita dapat hari ni kerana Allah s.w.t telah rancangkan sesuatu untuk kita. Sekiranya sekarang masih belum dapat apa yang kita mahu itu bukan bermakna kita gagal. Cuma mungkin masih ada usaha-usaha kita yang belum sampai untuk mencapai matlamat tersebut. Atau mungkin impian kita tidak sesuai dengan diri kita dan Allah s.w.t gantikan dengan yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Ingatlah perancangan Allah s.w.t adalah perancangan yang paling baik dari segala perancangan. 

Semoga entri ini memberi manfaat untuk kita semua. Kalau nak tambah point pun boleh juga. Sharing is caring. Tul tak?




Thursday, March 28, 2013

Ada dua jenis orang yang berjaya

Pencapaian dia biasa-biasa je sejak dari sekolah sehingga ke universiti sehingga ke dunia pekerjaan. Kerana dia gigih berusaha dan dia berjaya.

Ada pula yang memang sentiasa berjaya dalam pelajaran. Dalam kerjaya juga dia berjaya.

Jadi yang mana satu adalah anda?

Wednesday, March 27, 2013

Adakah ini benar?


dapat dari google, jika ini benar maka tak ramai yang berada di golongan yang pertama dan kedua. sebab we love and tend to talk about people more than we discuss about things and ideas. Betul tak kawan2? hehehe tu je nak cakap. 

p/s: currently i am addicted to whatever motivation from Prof. Muhaya. Bila baca apa yang dia tulis and relate ngan hidup kita, eh! betul lah. eh! betul lah. huhu! apa yang saya dapat bila tengok reset minda kat tv kita kena always positive dan dengan aura positive itu kita akan jadi kuat. apa yang ada di dalam melambangkan apa yang orang tengok kat luar. really adore her. (eh terpanjang plaks PS)

Thursday, March 7, 2013

Jangan dengar apa orang kata

Orang boleh kata apa saja., pandangan orang macam2. sebab orang ramai. kita sorang je. kalau ikut apa orang kata, sampai bila kita tak jadi diri sendiri kita jadi orang lain. 

Hanya kita yang tahu kebolehan diri kita sendiri bukan orang. jadi kita lah yang menentukan kita nak jadi apa kita nak buat apa bukannya orang lain. 

Ingat lagi kenangan 9 tahun dulu. masa tu saya baru dapat offer letter dari matrikulasi. tetiba kawan saya cakap, eh better naik tingkatan 6. matrik susah. tapi masa tu saya sangat mahu belajar di matrik. alang2 da dapat saya masuk juga matrik. belajar macam biasa. dan alhamdulillah result saya not that bad. jadinya apa jadi kalau saya dengar apa yang dia kata. mungkin saya naik tingkatan 6. dua tahun then baru masuk u. tu pun tak tahu lah kan flow dia macam mana sebab saya tak pilih yang tu. tapi to be truth saya tak menyesal langsung pilih untuk masuk matrik. da percaya lah, masa matrik adalah moment yang sangat indah dalam kamus saya sebagai pelajar. yes, i miss kolej mara kulim so much!. 

bila saya buat keputusan untuk apply utp masa abes matrik pun ada juga cakap2 yang saya dengar. isk utp susah nak dapat. nak masuk pun susah belajar apa lagi. selagi kita tak cuba kita tak tahu kan. yes, saya apply utp with one of my friend. but end up i am alone sebab kawan saya tu tak terpilih dan saya tahu dia sangat mengharap. saya pun tak sangka saya terpilih dan saya dapat scholar. bersyukur sangat. daaaaaaaan result saya juga not that baaaad walaupun tak excellent. i am proud to be one of utipian. 

okes. setakat ini saja dulu. kalau ada idea saya kongsi apa yang patut lagi =)


Wednesday, September 12, 2012

After 3 years

I am now officially become a student again. With big responsibility and try to complete it in 2 years time. sangat pressure. saje mem'pressure'kan diri sendiri. kalau tak pressure susah sikit nak achieve apa yang kita nak kan. This week is the registration week, actually the registration already start last week, but I only register on last monday. After register as a new student ni perasaan lain sikit. Takut, berdebar, tak confident sume ade. Doing master is totally different compared to undergraduate. Masa tu fresh lagi. Budak2 & masih innocent. Sekarang sudah dewasa. A mother, a wife, a daughter, a student, a sister. Sume sekali harung. Ya Allah, aku berdoa kepada Mu moga aku diberi kekuatan itu.  

You know what, after nearly three months I did wrong thing regarding my labwork. Punye lah saya fikir yang "polistren" yang kita buat bungkus makanan or guna as a plate masa birthday it polystyrene rupa2nya it is not. Ia adalah polyurethane ye kawan2... so, sume kerja saya sekarang ni adalah based on polyurethane. Sebab tu hasilnya adalah tak seperti yang saya mahu. Jadi untuk tunggu the real polystyrene I need to wait for almost one month. 

After a short discussion

with my husband we have decided, mahu atau tidak kena terus tinggal di Kuala Lumpur for next 12 years or maybe more than that for a certain reason. So, macam tak jadilah nak apply SLAB kat UMK tu. Sebab kalau dah amik kat sana of course lah saya kena kerja sana nanti. Tempat isteri kan di sisi suami maka saya haruslah patuh. Tidak dinafikan best jugak hidup kat KL ni. 

Dekat dengan segala kemudahan. Tak sabar nak tunggu dhiya besar. Bila dhiya besar saya nak hantar dia join science scout kat petrosains. Kelate mana ade sume tu kan. Nanti boleh g play2 kat KidZania. Bawak2 jalan pusat sains negara. tak pun g planetarium ataupun aquaria. Wakakaka! Ini kes pujuk diri sendiri ni.

Dan wiken lepas g open house kat vantage HQ kat PJ. First time ever. Unlucky me tak dapat apa2 untuk lucky draw. Next year kita pergi lagi Ok. 

"Tapi itulah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" 

InsyaAllah cita2 saya untuk balik kelantan akan dimakhbulkan. Cepat atau lambat bukan masalahnya. Just enjoy ur life wherever u are. Allah dah tetapkan semuanya and don't question it. 

Jangan pernah benci pada sesuatu

Sebagai contoh, seorang sedara ade bercerita

Dia tidak suka lelaki hitam, pakai spek, bla...bla...bla....
Tapi akhirnya dia dapat orang yang punyai sume ciri2 dia tak suka tu. 
Dan dah jadi husband dia pun sekarang ini. 
so, jangan pernah benci seseorang itu...

Sama juga lah KL tak pernah ade dalam senarai untuk saya settle down after abes degree melainkan terengganu & kelate. but end up terus duk KL kan. haaaaaa sapa suh tak suke.
so, jangan pernah benci sesuatu itu...


Thursday, August 30, 2012

Lupa mahu cerita pasal ini

Yang saya dapat trace entri nak sambung belajar ni bermula di sini, Jan 21, 2011. Berbagai option diutarakan. 

saya sangat suka dengan quote ini. tak tahu lah ade ke tak orang quote macam ni kan. 

" kalau nak capai bulan, kita kena aim bintang"

at least daripada option yang ade walaupun kita tak dapat apa yang kita idamkan tapi insyaAllah dapat sipi2 pun oke kan. ye saya sangat mahu sambung belajar kat UPNM tapi whattodo kan mungkin bukan rezki, UPM juga bukan. even dpt UM pun bukan biomedic. all in all I still continue my master kan. 

that why lah saya bgtau kalau nak capai bulan kena aim bintang. hopefully u get what i mean =) ayat berbelit2 sudah. 

Then I found this entry, July 3, 2011. still talking about further study. 

keep talking about this without realize it finally I easily get the offer from UM to continue my study there. So people don't let you feel sad if you don't get thing as what you wish. InsyaAllah when the right time come the thing will belong to you or the things that you request may belong to someone else then Allah will replace it with something else. He knows better. 

Tuesday, August 28, 2012

Smart phone itu kini milik saya

Sharing is caring k. Alhamdullillah sehari sebelum raya I manage to have my own smart phone. suka sangat. ingat entri2 berangan saya untuk memiliki smart phone, antaranya di sini dan di sini. Lepas tulis entri samsung galaxy S3 kami ke the mines survey2 phone. Tapi saya tiba2 tidak berkenan pula pada galaxy S3. tengok dalam internet tak sama dengan tengok in real. kemudian saya terbekenan pulak pada galaxy note. sebab saya suka size dia. walaupun ia besar dan ia mungkin menyusahkan saya untuk membawanya ke mana2...saya tetap suke juga. tp instead of samsung galaxy note saya berjaya memiliki samsung galaxy tab. 

dan semakin hari saya semakin yakin. apa yang kita impikan. mahukan. tulis, tulis, tulis tengok tiap2 hari baca  impian2 kita, diikuti dengan usaha dan berdoa kepada Allah s.w.t dan insyaAllah kita akan berjaya memilikinya. sudah agak banyak benda yang saya duk coretkan kat sini walhal semasa saya coretkan itu saya langsung tidak ada idea bagaimana cara untuk memliki. tapi akhirnya ia menjadi milik saya juga. 

InsyaAllah, kawan2 pun boleh buat cara yag sama juga. Mahukan sesuatu cuba tulis. Is up to u nak tulis in detail ke tak. but kalau tulis in detail lagi senang nak achieve kan. walaupun tak dapat the exact one at least u have chance to have it. 

ini sume saya dapat masa menghadiri GEMS program kat merang dulu. walaupun ade sedikit ragu2, saya cuba juga apply teori ini dan hari makin hari saya rasakan ia berhasil. secara logiknya macam mana nak achieve benda yang kita sendiri tak pasti kan. jadi dengan menulis kita boleh plan clearly apa yang kita mahu dan kita akan berusaha cuba untuk memiliki lepas tu. dan insyaAllah lambat atau cepat kita akan berjaya. 

broadband

entri pertama saya lepas menghadiri GEMS adalah pasal kejayaan saya memiliki broadband (feb 18, 2010). masa kat utp takpelah sebab nk guna internet cucuk cable je. bila da keje kena pandai2 sendiri nak idup. tapi masa tu laptop takde n broadband juga takde. maka lahirlah entri ini (july 24, 2009). tanpa sebarang idea saya menulis entri tersebut. yang mana masa tu laptop dan broadband, to have both at the same time memang sangat mustahil. duit cukup2 makan je. 

laptop

sebenarnya keinginan untuk memilik laptop sudah disuarakan sejak berada di utp lagi. masa my PC monitor rosak (jan 13, 2009). July 24, 2009 keep on write the same thing. June 25, 2011 belum dapat lagi ke? ye belum dapat lagi. tulis lagi. then finally oct 11, 2011 i got my new laptop walaupun husband yang belikan ia tetap laptop saya. see how I get my laptop. keep writing on the same thing for two years and finally I get it. It such a happy sweet moment la jugak. even a laptop kan. bukan senang nak dapat tu. excited dpt laptop baru sampai tulis tajuk entri pun salah. 


ini pun saya tulis jugak as my dreams. and now both of it saya miliki. 

cadar kawan bagi masa kawen

pinggan mangkuk pun banyak dapat masa kawen. tapi pinggan yang paling saya sayang mestilah set corelle ini &; set vantage ini. alhamdullilah.

lot banglo 

selama ini apa yang saya impikan dan inginkan kebanyakkan bercorak liability. as far as i know ni liability ni adalah barang yang kita miliki tapi akan susut nilai nya suatu hari nanti bila kita nak jual or whatsoever.

tapi aset adalah sesuatu harta yang kita miliki yang makin lama kita simpan makin bertambah nilai.

n now. sejajar dengan kedewasaan yang menghambat diri. saya mahu set target untuk memiliki satu lot banglo di kelantan dalam masa 3 tahun ini. sekarang survey2 harga dalam 35k up to 50k. huhuhu! makin lambat beli harga makin naik. tapi saya akan berusaha untuk memilikinya. InsyaAllah apabila saya sudah berjaya memilikinya saya akan kembali pada entri ini untuk melihat angan2 kosong yang di simpan elok disini. angan2 kosong sebab cakap je duit takde. macam mana nak dapat duit nak beli? kena usaha. dan saya bagi diri saya masa selama 3 tahun. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Aminnnnn~

Thursday, July 12, 2012

Hidup perlu berdisiplin

Walaupun kadang2 saya hanyaalah seorang yang hidup hanya sekadar mengikut rentak kehidupan je. Disiplin itu sangat perlu juga, InsyaAllah dengan berdisiplin sesuatu yang mustahil akan menjadi tidak mustahil lagi.

Di sini saya perkenalkan 2 blog berkaitan diet & hartanah.

Ye untuk kurus kena berdisiplin

Untuk kaya juga kena berdisiplin.

Saya yang mahu kurus dengan cara sihat dan berdisiplin boleh ke sini

Dan sapa mahu mengumpul harta bermula dari bawah boleh ke sini

I want to be one of them. Doa2 kanlah k semoga kita semua berjaya di lapangan masing2.

"Membaca itu jambatan ilmu" kalau malas apa pun tak dapat. betul tak? So Anis! Chaiyok2 =)

Friday, April 6, 2012

Bersiaran from somewhere else

Destinasi masih panjang lagi. Perlu bulatkan tekad hadapi segala yang terbentang di depan mata buat masa ini demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Huhuhu! 

Hari tu one of friend tulis kat status dia "jangan berhenti mengejar cita". Yerp saya tak pernah berhenti mengejar cita-cita sebab kan manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dapat benda yang dihajatkan mahu benda lain pulak. Which is good sebenarnya. But at the same time mestilah benda atau apa yang kita impikan atau hajatkan itu mampu kita dapat. Be realistic! =)

Jika ada orang bertanya "Imagine yourself ten years from now?" truly, madly, deeply I totally cannot tell them what I will be exactly. The only things I can tell is maybe I have this, this and this...It is uncertain.

So, to make all of my dreams come true I must work harder and harder but It pain me sometimes. That why I must be strong enough,. crying, struggling, working, tiring will become my best friend for the time being. At least kurus lah skit kan. Hahahaha!

But, as for a start. Nothing burden me much. Everything went well and hopefully the pain will be over shortly. 

Sub-entri : Orang tamak selalu rugi

Hahaha! Peribahasa ini sudah disogokkan sejak kecik lagi dengan cerita anjing dan bayang2 nya tapi macam tak mahu insaf dan amik kisah pasal cerita itu dan segala pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Dan kalau ade pengajaran dalam cerita yang bakal saya ceritakan ini amiklah iktibar jadikanlah pengajaran. yang buruk jadikan teladan =)

Tengok orang lain berkereta sendiri macam mahu berkereta sendiri. Tapi saya mahu kete besar, mahu yang macam tu mahu yang macam ni, end up sehingga kini saya masih belum memiliki kereta sendiri = (

Bila tengok rumah, mahu rumah yang selesa, mahu yang atas tanah, mahu yang ada itu ada ini. Buat masa ini memang totally tak mampu nak memiliki. Usahkan yang besar yang kecil pun masih belum mampu lagi = (

And a lot more things I wish that is still not come true yet.

Because life is uncertain saya pun tak tahu saya akan memilikinya atau tidak tapi saya akan tak pernah berhenti berusaha ke arah itu.

Sub-entri kedua: Belajar bersyukur dengan apa yang ada


Kehidupan ada pro and cons. Allah tak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung. Dalam saya merasa tak mampu untuk memiliki apa yang saya hajati Dia tidak lupa untuk memberi nikmat untuk merasai kepada saya. 

Walaupun saya tiada kereta, saya masih boleh naik kete suami. Walaupun kete kecik kami masih mampu ke sana ke mari mengukur jalan di kala hari cuti =) Still boleh balik kampung. Tak perlu bersusah payah naik public transport dengan si kecik cenonet itu. Sebab ia kereta kecik, ia jimat minyak. Sebab ia kete tempatan ia low maintenance. Dan banyak jugak kebaikan ia. Ia tak pernah rosak melainkan saya yang rosakkan ia. Kalau nak tahu search gajah putih =P. Alhamdullilah!

Walaupun masih tidak memiliki rumah sendiri saya masih mampu duduk kat umah yang agak selesa dengan hanya rm200 ke rm300 je sebulan yang kalau ikut market price KL ni mungkin sewanya mencecah 1K per month. Alhamdullillah!

I have one cute little daughter yang sangat nakal dan manja. Having her around made my day meaningful. Ketawa, senyum, buat-buat tidur buatkan saya kalau lama2 tak jumpa dia buatkan saya rindu =) Alhamdullilah!

Having such a supportive husband that don't care how I choose the path of my life. who always encourage me to fulfill my desire make me feel so appreciated! Alhamdullilah!

And many2 more. Which if I jot down all here this entry will not come to an end. 

And thank you Allah kerana masih panjang kan lagi umurku hingga ke saat ini. 

Alhamdullilah di atas segala yang engkau telah kurnia kan kepada ku....


Monday, April 20, 2009

10 SIKAP WANITA DI SUKAI LELAKI

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan
berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

P/s: Juga lupa copy and paste dari mana. Sekadar untuk renungan bersama =)

P/s/s: Misi meng'clear'kan blog satu lagi. Sekarang hanya mahu manage dua blog je.

Sunday, April 19, 2009

Dia lebih tahu

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

Sumber: Save dalam desktop, tak ingat exactly amik kat mana. Semoga boleh dijadikan renungan bersama.

Sunday, February 22, 2009

Khas untuk para gadis


Gambar di atas adalah hiasan semata2. Yang pastinya post ini adalah untuk me'link'kan artikel ini untuk bacaan para gadis di luar sana. Harap informasi ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua.

Tuesday, February 17, 2009

Seharusnya aku,,,,

Seharusnya aku bersukur dengan apa yang telah aku kecapi selama hampir 23 tahun hidup di bumi Allah s.w.t ini. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi sehinggakan tak terkira dek jari kaki, tangan malah tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun. Sejak kecil sehingga lah aku menghampiri alam dewasa ini. Dan semestinya lah nikmat yang paling besar Allah anugerahkan buatku ialah nikmat Iman & Islam. Aku bersyukur sangat-sangat.

Seharusnya aku bersyukur kerana aku telah merasai alam persekolahan seawal umur 5 tahun. Aku sudah pandai membaca dan menulis seawal usia itu. Yang mungkin kanak-kanak lain pada masa tu masih tak mampu buat macam aku. Aku sebenarnya cukup bertuah.

Seharusnya aku bersyukur kerana aku telah ditempatkan belajar di sekolah berasrama penuh sejak tingkatan 1 sehingga 5. Yang mana mungkin kawan-kawanku tidak berpeluang merasai pengalaman tersebut.

Seharusnya aku bersyukur telah menghabiskan pengajianku di matrikulasi dengan cemerlang. Walaupun masa tu ada yang cakap belajar kat matrik susah tapi aku mampu buat.

Seharusnya aku bersyukur telah berjaya melanjutkan pelajaran aku di sebuah uni yang gah. Yang semua orang mungkin bercita-cita untuk menjadi warganya. Aku bersyukur. Tanpa aku sedari aku sebenarnya cukup-cukup bertuah.

Seharusnya aku bersedia menerima, walau apa-apa pun pekerjaan yang bakal aku jawat nanti. Kerana bak kata Ustaz muda wali dulu, setiap ajal maut, jodoh pertemuan dan langkah kita manusia, telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya yng tersendiri. Yang mungkin aku akan sedari 23 tahun lagi.

Wednesday, February 4, 2009

Wake up ANis!!

It's already week three. But i have done nothing. I'm not in the mood of study and doing anything related to study. Why? why? Before the sem started i'm already promise myself to study properly. Doing assignment by myself. Reading books. Understand deeply about the subject that i had taken. But, the thing is not going as planned.

Wake up AniS, there are only 11 more weeks to go to finish this semester. Don't waste your time. You still have time to change yourself.

There are a lot of works that still pending.

a. Hazard analysis on PDP
b. Prepare for OM quiz
c. Om assignment
d. PO assignment
e. Progress report for FYP
f. Even the FYP form is not fill yet
g. Look back at yourself and please do something...???~~~///

Friday, April 25, 2008

Who moved my cheese?


Entah kenapa, semenjak dua menjak ni. Hobi masa kecik-kecik dulu muncul kembali. Kalau pergi kedai terasa tak best kalau tak beli buku. Terbaru, di kala keboringan dekat ofis, singgah jap kat filling room. Belek buku-buku kat situ. Ingatkan semua buku-buku kat situ hanyalah operating manual dan file-file syarikat je. Rupa-rupanya ada satu buku ni berjaya mencuri perhatian ku.

Buku ni buku motivasi. But i like it.

Who Moved My Cheese? is a story about change that takes places in a Maze when four amusing characters look for "Cheese" - cheese being a metaphor for what we want to have in my life, whether it is a job, a relationship, money, a big house, freedom, health, recognition, spiritual peace, or even an activity like jogging or golf.

This book give four characters for us to choose. Maybe we not aware about what we are doing, it is right or wrong, but this book will make us feel that which character are good and which character are not good for us to follow. The most important thing, we should always be positive for every changes in our life.

Friday, September 28, 2007

Ramadhan, 16

Assalamualaiku w.r.t

Hidup tanpa masalah adalah mustahil. Kadang kala masalah yang dihadapi mampu mematangkan kita.

So, fikirkan lah. Sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Jadikan apa yang telah berlaku dahulu sebagai panduan untuk kehidupan di masa akan datang. Yang penting jangan ulangi lagi apa yang silap itu. Sekali lagi, jangan mudah untuk mengulangi kesilapan yang sama. Betul, sebagai manusia biasa, kita mempunyai hati, perasaan dan juga nafsu. Namun semua itu masih boleh dikawal dengan mengunakan akal dan imam kita.

Ingat Anis, berusahalah untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku dengan tenang. Jangan mudah melatah. Yakin dengan diri sendiri. Walaupun sesuatu yang kita impikan tidak akan kita dapat sekarang, percaya lah jika telah ditetapkan ia milik kita pasti kita akan dapat rasainya juga suatu hari nanti. Namun, jika itu bukan juga milik kita terimalah dengan hati yang terbuka.

Sekarang belajarlah untuk menghargai apa yang sudah dimiliki dan berada di depan mata. Gunalah peluang yang ada untuk membentuk masa depan yang gemilang. Jangan terlalu seronok dengan perkara yang melalaikan. Belajarlah menghargai masa dan apa saja peluang yang ada. Ingatlah diri ini terlalu bertuah berbanding dengan insan lain di luar sana. So, buktikan bahawa kita sebenarnya mampu.

Tolong anis, bantulah diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Jangan terlalu hidup dalam kenangan dan jangan terlalu merancang untuk sesuatu yang belum pasti. Bersederhanalah dalam segalanya. Fokus kepada apa yang ada di depan masa.

Kita kena yakin yang kita kuat untuk semua itu. Semoga kejayaan milik kita.