Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, April 25, 2018

Pengajaran daripada kisah hidup Aliff Syukri

Sebenarnya salah satu sebab Allah hadir kan bermacam2 ragam manusia untuk kita muhasabah diri kita jugak. 

Setiap isnin malam ada rancangan tentang Aliff Syukri. Entah macam mana tertengok jugak.

Mungkin betul. Dari satu sudut kita akan rasa dia berlagak. Tak sesuai perangai macam tu. Selalu bagitau beg jenama tu jenama ni. Kasut jenama tu jenama ni. Part ni serious rasa kena muhasabah diri sendiri. Sekiranya suatu hari nanti Allah bagi peluang untuk merasa nikmat hidup macam tu sekurang2 kita tak berkelakuan macam tu. Bila kita rasa tak elok. Amik pedoman. Dan jangan buat macam tu jugak.  

Tapi ada juga dari sudut positif yang kita boleh ambik. Bila nak keluar memana. Bawa bekal. Memang dapat jimat banyak sebenarnya. Sebab kadang2 makan tak seberapa. Tengok bil da puluh2 ringgit. 

Ok itu je nak komen. Semoga bermanfaat. 


Saturday, March 22, 2014

Just want to share


Salam Knor,

Thank you very much for your concern. Saya dah much better. Mungkin time tulis entri sebelum ni agak pressure. Tuisyen oke. From Monday till Saturday ada kelas. Either petang atau malam. Tapi biasalah mungkin kurang sabar sikit. InsyaAllah lainkali tak buat lagi. Tq sis =)

To new follower of this blog. Sorry I may not have enough time to pay your visit and leave the comment. But you are most welcome here =)

Friday, March 7, 2014

Kita berbeza tapi mungkin matlamat kita sama

Haha! lately dunia FB banyak memberi kesan pada kehidupan harian saya. Perasan ke tidok banyak post kat sini berkenaan FB. Tapi apa salahnya kan kalau memberi aura positif. Just sharing =)

Okes. Bila terbaca status kawan saya ni kan. Saya selalu terfikir. Oh! saya pun fikir benda yang sama. Dan naluri kuat mengatakan yang matlamat kami juga sama. Yang pasti saya sebenarnya mahu keluar dari "rat race". Rat race tu apa? InsyaAllah nanti saya explain lain. Kepada yang nak beli buku yang explain pasal benda ni, someone told me bukunya adalah "Rich Dad, Poor Dad". Saya ada softcopy je. Mahu beli yang hardcopy tapi selalu sold out kat kedai. 

Memandangkan baucer buku dah boleh amik jadi saya mahu tunggu baucer buku dulu untuk beli buku tu. 

__________________

Ini tips juga saya dapat daripada kawan-kawan di FB saya juga. Saya bagi tajuk HIKMAH MEMBERI

Oke ceritanya begini, setiap kali ke masjid masa hari jumaat (untuk lelaki) atau bila-bila masa untuk perempuan. Dalam lebih kurang seminggu sekali. Cuba dermakan duit yang paling besar dalam poket kita ke tabung masjid. Sebagai contoh. Dalam dompet kita ada RM100 dengan RM10. Bagi RM100. Sebab sebenarnya duit yang kepunyaan kita adalah duit yang RM100 tu. Iaitu duit yang disedekahkan. Duit yang kita tak sedekahkan tu belum tentu duit kita lagi. Jadi mana yang kita mahu. Mestilah kita mahu yang banyak bukan. 

Consequence nya apa akan jadi. Penulis tu cakap itu kena amalkan dulu baru rasai perubahan apa akan jadi dengan kehidupan kita selepas itu. 

____________________

Ada satu lagi saya dengar program Tanyalah Ustaz kalau tak silap. 

Ada orang tanya. Berbunyi lebih kurang begini. Ustaz saya takutlah nak bagi RM50 bila orang passing bekas kat masjid. Nanti orang nampak riak pula. 

Ustaz tu cakap untuk buat baik mula-mula memang akan ada perasaan tu. Walaupun terdetik dalam hati teruskan juga. Lama-lama kita akan terbiasa dan riak akan bertukar kepada ikhlas. 




Thursday, December 12, 2013

Suatu waktu dahulu

Lepas abes belajar saya kerja Petrosains kejap sebagai volunteer tapi saya macam bertahan selama sebulan je lepas tu saya quit. Biasa bila masa makan saya tak makan kat cafe level atas tu sebabnya makanan boleh tahan mahal dan volunteer dibayar rm8 (kot) sejam. Mana cukup kan kalau makan sehari dah rm20 hengget. Kalau ada kawan saya menapak ke kedai makan sebelah KLCC ngan kawan. Tapi kalau takde saya turun je bawah beli kat Roti Boy atau Aunty Anne's pastu makan kat taman KLCC. 

Nak dijadikan cerita. Masa saya makan-makan tu ada sorang foreigner datang (kulit hitam) tegur saya. Conversation lebih kurang macam ni. Saya ni English paham sikit. Broken je lebih...haha! abaikan. yang penting message yang hendak disampaikan. 

Dia: Hye, can I join u?
Me: Yes, of course (wah baiiiikkk pula cakap yes)
Dia: What are u doing here?
Me: I'm working here.
Dia: Where's your friend
Me: They cannot join me since our lunch time are not same.
Dia: U are so pretty? (wah tetiba pula mamat ni kan)
Me: If u say i'm pretty u are wrong. There are many pretty ladies outside. Not me.
Dia: Pretty or not is subjective. But I think u r so pretty. Instead your heart is kind. 
(pulaaaaakkkk baru jumpa tak sampai setengah jam dah cakap macam tu, but sorry to say saya memang tak akan percaya)
Me: Diam je...macam malas dah nak layan masa ni.
Dia: My mum sure will love u more if u want to follow me going back to my hometown. 
(wah2! ingat sekali petik je dah boleh bawak balik negeri ke?)

time ni saya dah takut gler. takut dia kluarkan jampi serapah je. dalam hati saya berdoa moga saya boleh escape dari conversation ni dan balik tempat kerja cepat2...

masa tu saya dah fikir. apa lah nasib saya nanti kalau tetiba dia bawa saya lari. mungkin dah tak dapat nak jumpa family lagi lepas ni. cuakkk gler

lepas tu saya cakap saya kena cepat dah nak masuk kerja dah. 

tapi saya bukan terus masuk kerja sebab takut dia follow tapi saya pergi duduk antara orang-orang lelaki yang tengah smoking. orang malaysia lah. dia sebenarnya ikut saya. tapi bila dia tengok saya duk antara orang-orang lelaki kan dia macam tengok je dari jauh. lama juga lah dia duk tengok. pastu bila dah macam takde dah dia. saya terus naik petrosains cepat2.. takut glerrrrrrrr!

Moral of the story: Kalau jumpa orang asing terutama kulit hitam sila buat2 tak paham dia cakap atau tanya apa. jangan lah ringan mulut sangat konon2 ko tu pandai speaking ke apa. Mungkin diorang ada intention lain. sampai nak bawa balik negera dia itu sudah lebih. 

Sunday, October 20, 2013

Monday, September 23, 2013

Untuk renungan bersama


Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang 
by Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua

Sunday, September 22, 2013

Kalau kita fikir kita susah ada lagi orang yang lagi susah...

Bukan nak kata apa. Tapi cuba lihat Bersamamu kat TV3 dari sudut yang positif.

Contoh sudut negatif:
1. Nape la diorang ni tak mahu usaha sampai boleh makan nasi dengan garam.
2. Banyak je lagi benda kat dunia ni boleh buat. Nape tak berniaga besi buruk ke. Surat kabar lama ke.

Okes., cuba amik yang positif k. cuba2..;P

Kadang2 diorang sehari terpaksa berlapar sebab takde makanan...
Kita busuk2 pagi boleh makan tgh hari boleh makan. malam makan lagi

Diorang kadang2 anak2 takleh g sekolah sebab takde duit nak bayar yuran. sekolah jauh. takde transport. nak upah orang hantarkan takde duit nak bayar.


Monday, September 9, 2013

Separuh hari menjadi peniaga doyan!!...

Oke. citer dimulakan dengan gambar doyan....!


Alkisahnya husband tolong kawan dia menjual duyan. Tapi saya sajalah menyeboks juga kat situ. herm! tapi dalam setengah hari tak sampai sempat tengok macam2 ragam orang yang membeli.

situasi 1

"yang ni berapa?"
"selonggok rm20"
"boleh lah"

"abang, nak bukak dulu ke nak tengok.?"
"herm tak payah lah"

situasi 2

"yang ni berapa"
"rm20 selonggok"
"rm15 tak boleh ke?"
"tak boleh bang,.."
terus berlalu pergi

situasi 3

"yang ni boleh bukak ke nak tengok?"
"herm tawarnya..."
terus berlalu pergi

Tetiba terus rasa insaf kejap. biasa sebagai customer saya selalu mengambil sikap "customer is always right" kadang2 kalau bila rasa tak sedap ke apa terus buat muka time2 tu jugak. memang buroks perangai. now, macam ooohh tak nak lah buat cam tu lagi. kesian kat penjual tu penat...kalau taknak cakap elok2, kalau nak beli elok2...

tapikan betul lah berniaga ni adalah salah satu cabang rezeki yang rasulullah pun galakkan. sebabnya kan sekejaban je duit dah banyak gler. barang macam banyak lagi. duit da penuh plastik. biasalah first time meniaga beg pun tak bawak. duit letak dalam plastik buat bungkus buah orang tu je. hua hua hua. tapi sebab kami tolong2 je kawan husband yang kami dapat takde lah banyak mana. takpelah at least dapatlah pengalaman yang berharga. 

lagi pula memang laah duit dapat banyak, sume kena kira. mana nak tolak duit modal beli doyan orang lagi. mana nak kira duit minyak lori (OPsss sekarangkan tengah hot isu minyak naik) datang KL lagi (doyan dari kelate). nak bagi kuli2 yang bekerja ni lagi. 

jadi mehlah kita sama2 bersyukur kalau tetiba kita g tanya doyan selonggok tu rm20 hanya 3 biji walaupun dalam hati kita kata mak aihhhhhh mahalnya sebabnya kan kalau nak murah kita kena fikir lagi kos minyakkk (aiyak minyak lagi, haha!) kalau kita nk g amik doyan tu sendiri. terpaksa g turun naik bukit cari penjual doyan yang memang kita tak tahu pun sapa kan. lagi pula takleh beli sekilo2 kena beli borong...huhuhu! jika difikir kederat si penjual (kawan husband tu) yang bila saya tanya 3 hari 3 malam dah dia tak tidooo...oke fine sya belilah rm20 untuk 3 biji tanpa banyak songeh. 

*kadangkala kita kena merasai hidup orang lain barulah kita tahu betapa bersyukurnya kita dilahirkan sebagai kita hari ini. 



Monday, August 19, 2013

Bila nak kawen?

Maaflah mood memblog sudah datang.
Kalau takde mood kesian tengok blog tak berupdate.
Kalau dah datang mood segan dua tiga kali sehari update. hehehe!

Ok back to the story!

Ini adalah soalan famous. Agaknya sume orang pun pernah di tanya soalan sebegini.

dan biasanya tak berpenghujung

bila nak kawen? da kawen
bila nak dapat anak? da dapat anak
bila nak tambah anak? da tambah anak

bila nak mati...hahaha kidding (soklan ni takde orang tanya pula!)

kita sebagai manusia biasa kadang kala rimas dengan soalan2 sebegini. tapi percaya lah bagaimana pun rimasnya kita dengan soalan ini akan ada juga orang yang akan tanya nanti. tak orang yang sama. orang yang lain.

saya pula sudah amik tindakan untuk tak tanya lagi soalan2 sebegini kepada rakan taulan dan sedara mara risau takut mengguris kan hati. seboleh mungkin tahan lidah ini dari bertanya. andaikata tertanya juga maafkan saya.

untuk yang kena tanya pula tabahkan lah hati anda. sekurang2 ada orang yang take care untuk tahu pasal life update anda. atau pun anda jawab sejujurnya.

sebagai contoh:

kenapa tak kawen lagi?
sebenarnya kan boyfriend sy belajar kat oversea 5 tahun lagi baru balik

tahun depan dia tanya lgi?
kan ada 4 tahun lagi makcik...hahaha!

mungkin lama2 dia pun lenguh nak tanya

atau boleh juga macam ni

bila nak tambah anak lagi?
saya merancang makcik....opsss!!

*maaf sebab gunakan kata nama makcik sedangkan yang tak makcik2 pun kepoh juga =)


Ukurlah baju di badan sendiri

Jika terlalu ketat sangat tak selesa
Jika terlalu longgar pun tak selesa juga

Sunday, August 18, 2013

Kematangan mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur

Banyak benda dalam hidup ini yang dilalui menjadikan kita manusia hari ini adalah lebih baik dari semalam dan semoga esok adalah lebih baik dari hari ini.

Kadang2 saya terfikir betapa banyaknya hikmah saya dilahirkan tidak cantik sangat
Kadang2 saya terfikir betapa banyaknya hikmah saya dilahirkan tidak kaya sangat

Betullah pernah terbaca ayat ini "Allah s.w.t beri apa yang kita perlu, bukannya apa yang kita mahu"

Jom kawan2 sama2 kita titipkan doa untuk saudara seislam kita di Mesir. Sedih tengok keadaan mereka.



Friday, March 15, 2013

Makin hari kita makin dewasa

Mungkin sejak kecik sehingga lah kebelakangan ini cita-cita dan impian saya adalah lebih ke arah materialistik. ye lah, saya bukan lahir dalam keluarga yang kaya raya. keluarga saya sederhana saja. dan sudah tentu saya tidak mahu lagi anak2 dan cucu2 serta keturunan saya kelak dibelenggu kesusahan seperti mana yang saya rasa. 

Tetapi sejak kebelakangan ini saya banyak membaca mengenai tokoh2 dan orang2 yang berjaya. kebanyakan mereka adalah sangat low profile. ramai di kalangan mereka mempunyai hati yang luhur. mereka sangat sayangkan negara kita. mereka sangat cintakan bangsa kita dan mereka seboleh mungkin mahu menolong bangsa kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.  

banyak benda yang tidak elok dikaitkan dengan bangsa kita. bila cakap pemalas je mesti melayu. bila cakap tak kuat berusaha je mesti melayu. bila cakap kutu rayau je mesti melayu. dan mereka ini lah antara yang berdiri untuk membuatkan melayu terus naik dan dipandang dunia. kita patutnya bersyukur kerana ada melayu yang macam ni. melayu yang mahu tolong melayu. melayu yang masih meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit mereka untuk membantu bangsa sendiri. 

saya mula sedar yang wang ringgit bukanlah segalanya. kemewahan hanyalah bersifat sementara sahaja. begitu juga dengan pangkat. niat kena perbetulkan balik. kenapa kita buat ini. kenapa mahu pilih jalan hidup ini. jika niat kita adalah baik. insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita. 

yer. kebanyakkan orang2 yang berjaya adalah mereka yang mempunyai hati yang baik. saya juga mahu jadi salah seorang dari mereka. semoga dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah. 

p/s: kalau nak baca bibliografi syed mokhtar al-bukhary boleh klik sini. atau google saja namanya. 

sekian =)

Monday, July 18, 2011

Jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t

Setiap kali ada kawan kawin or engage or something like that. Make me have idea to jot down something here. Herm. Betul, jodoh pertemuan ditangan tuhan. Tak boleh disangkal lagi. Tapi kita as a human being, always question what happened around us kan?

Nape dia da kapel lama tup2 kawin ngan orang lain? Sebab orang lain tu lah jodoh dia. Even dia sendiri pun tak tahu jodoh dia ngan sape. Bak kata pepatah. setiap apa yang berlaku ade sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri.

Kalau baru 2 bulan kenal tiba2 da kawen. Eh, nape cepat sangat, baru kenal terus nak kawen. Ade apa2 ke? Pulak. Dah dia bertemu orang yang betul pada masa yang betul kawen lah dia.

Satu cerita ni. Nape g belajar jauh2, duk asrama sana duk asrama sini. Last2 balik2 kawin ngan orang kampung sendiri jugak. Huhuhu. Dah the one that Allah make for her adalah sekampung ngan dia. Nak buat cemana kan? Pergi lah mana2 pun akhirnya kat situ jugak bertemunya dia. (yang ni jangan tanya citer sape..) =P







Sunday, April 19, 2009

Dia lebih tahu

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

Sumber: Save dalam desktop, tak ingat exactly amik kat mana. Semoga boleh dijadikan renungan bersama.