Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Thursday, December 16, 2021

Saya dah lulus viva PhD

MasyaAllah, sangat lama tak update kat sini. Macam-macam benda jadi dalam hidup ni. Dan yang paling besar, Alhamdulillah saya dah lulus viva PhD sebulan yang lalu. 

Di samping buat thesis correction, saya juga sedang cari kerja sekarang ni. Bila nak tulis resume maka terimbau lah kenangan masa zaman universiti masa degree dulu. Masa internship. Ya Allah, rindu sangat. Sangat banyak kenangan di zaman muda dulu. 

Tanpa kita sedar kenangan itu yang mematangkan kita. Yang menjadikan siapa kita hari ni. 

Saya appreciate apa juga perjalanan hidup saya. Setiap apa yang berlaku banyak mengajar saya apa erti hidup. Dan kita takleh halang orang untuk judge hidup kita. Apa yang penting kita lebih tahu tentang matlamat dan tujuan kita. 

Semoga Allah beri yang baik2 saja buat kita dan mereka juga. Aminn. 

Doakan saya cepat-cepat dapat kerja k. 

Wednesday, January 22, 2020

2020!

Terima kasih Ya Allah masih di panjangkan umur untuk menghirup udara di tahun 2020.

Alhamdulillah di beri kesihatan yang baik. Makan pakai cukup. Keluarga yang sederhana dan bahagia.

Semoga impian dah cita di tahun 2020 ini di makhbulkan Allah. Aminnn.

Yang penting tahun ni mau GRAD. Doa2 kan.



Monday, January 8, 2018

My 3 BIG MISSION: 2018

JANA PENDAPATAN RM10,000 sebulan 

Alhamdulillah pada MAC 2018 saya telah terima paycheck bernilai RM10,000. Syukur padaMu ya Allah.


Menunaikan UMRAH. 

This one is really big for me. Rasa sangat2 mahu jejakkan kali ke Tanah Suci. Terima kasih YA Allah. Pada October 2018 Alhamdulillah saya telah menjejakkan kaki ke Mekah untuk buat UMRAH. 


Finish my PhD

Alhamdulillah pada Disember 2018 saya telah berjaya menamatkan pengajian PhD saya.




Saturday, October 10, 2015

UPM?

Alhamdulillah ada jugak insan yang sudi membalas email saya. Hasil daripada perbincangan yang di buat. I am going to meet him this Monday. Doakan yang baik-baik saja.

Oh, by the way, kalau semua oke. I will continue PhD at UPM. InsyaAllah.

Thursday, September 17, 2015

Sentiasa positif.. InsyaAllah

Saya sudah membuat keputusan untuk sambung PhD. Sekarang tengah apply di uni yang dekat2 area KL sebab nak dekat dengan rumah. Supaya senang nak urus anak dan rumah tangga. 

Susah memang agak susah sekarang ni. Di usia yang menjengah 30 an masih bergelar student. Melihat kawan-kawan sudah bekerjaya dan memiliki harta. Terasa juga ingin merasa. Tapi macam jauh lagi. Nak bermewah2 juga belum masanya lagi. Hidup ala kadar saja. Tetapi matlamat dan semangat yang masih bersisa tak kan di biarkan luntur begitu sahaja. Support dari husband dan parent sangat bermakna. Sumber kekuatan untuk meneruskan impian yang satu ini. 

Biasanya memang student PhD bekerja di usia 30 - an macam ni. 
Yang 20 - an ada tapi jarang-jarang sekali
Kadang ada yang tak memahami
Takpelah mereka bukan di tempat kami
InsyaAllah janji Allah itu pasti . . 
Rezeki masing-masing Allah dah tentukan sejak azali
Kalau bukan sekarang nanti-nanti

Monday, August 11, 2014

Job hunting

Setelah hampir 3 tahun menganggur a.k.a studylah konon saya telah membuat keputusan untuk kembali mencari kerja. Jika sebelum ini saya menyekat notification kerja di emel jadi dengan rendah dirinya saya membukanya kembali. 

Kawan-kawan doakan saya dapat kerja ye. 

Target mahu kerja lepas bersalin. Dalam bulan 3 ke cam tu lah. Kalau dapat before tu pun oke je. Sebab sekarang tinggal kena tulis-tulis je. Tulis-tulis dari rumah pun boleh kan?

Kalau-kalau ada yang tahu berkenaan kerja kosong ke boleh lah emel saya anis_nurdhiani@yahoo.com. Terima kasih banyak-banyak. 

Tuesday, February 18, 2014

Multitasking kah saya?

Jangan pula yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Kata sifu saya kalau nak buat sesuatu bagilah seratus peratus. InsyaAllah kita akan berjaya. Kalau buat 5 kerja dalam satu masa bagilah setiap satunya juga 100%. Mudah ke payah? Buat masa sekarang saya masih belum boleh adapt dengan statement tu. Sebabnya kalau saya buat benda lain, benda yang satu lagi akan sedikit terabai. 

Manusia sama sahaja Allah s.w.t beri 24 jam sahaja setiap seorang sehari. Tapi bagaimana seorang itu boleh berjaya tapi seorang yang lagi tidak. Haaa... yang tu tentulah kena belajar tul tak?

Chaiyok Anis chaiyok... !! p/s: Tak sabar nak abes master Ya Allah permudahkanlah 

Friday, July 5, 2013

pendidikan PERCUMA

entahlah dalam banyak2 isu isu ni saya terasa macam nak buat entri kat blog ni. sebelum pape ni hanya pendapat saya saja. takde nak salahkan sapa nak betulkan sapa. cuma sometimes we have to change the way we think of something or change our perspective toward anything. 

dalam kita duk kecoh2 pasal pendidikan percuma yang entah bila kita boleh dapat selain penat bercakap dan merungut apa kata kita berehat sebentar dan cuba berfikir. yerp! di kalangan orang yang kena bayar yuran untuk pendidikan macam mana aku tak nak bayar? yes, the way we think sometimes can give us a lot of benefits. (ada s ke takde s tak tahu lah malas pula nak google) =P

sebagai contoh, saya tak nak amik orang lain saya amik contoh diri sendiri lah. 

sepanjang saya belajar dari tadika, pra-sekolah, sekolah rendah, menengah and list goes on ...

seingat2 saya we (my parent) only pay for my school fees during my tadika, pra dan sekolah rendah je. 

alhamdulillah sekolah menengah saya dapat biasiswa sejak dari ting 1 hingga ting 5. rm50 sebulan. saya tak guna duit tu. makan guna duit parent bagi. jadi duit tu bila awal tahun sudah jadi rm300. so gunalah duit tu untuk bayar yuran. tak ingat cukup ke tak kalau tak cukup parent topup kot. kalau kena topup pun dah kurang banyakkan disitu. dengan biasiswa tu juga saya bayar untuk tuisyen fee kat KB masa cuti. (oh, masa form 4 sudah naik sikit jadi rm100 sebulan)

bila abes sekolah tamat tingkatan 5 duit tu masih lagi berbagi rm400. dengan duit tu juga saya buat belajar kelas english kt UiTM. oke abes bab sekolah menengah. 

saya dapat masuk matrik MARA. alhamdullillah, saya dapat rm50 sebulan lagi. plus makan 6 kali sehari. yuran kena bayar sendiri ke tak saya tak ingat, ke kena bayar sendiri dulu pastu dia bagi balik...  tapi kadang2 duit rm50 tu pun tak abes guna. 

bila masuk uni juga saya dapat biasiswa boleh ubah, kiranya ikut pointer lah. kalau pointer tinggi bayar sikit je. kalau rendah maka kena bayar banyaklah. memandangkan result sy tak de lah elok mana maka saya kena bayar juga sikit rm7k out of rm70k +++. for me not bad at all. dah orang bagi pinjam rm70k tapi mintak rm7k je. sapa nak bagi. ???

dan saya dengar kawan2 dalam kes lain yang pinjam PTPTN kalau dapat first class tak payah bayar langsung equal to FREE. tapi anak melayu banyak manalah yang dapat kan? pastu duk bising2 cakap nak itu ini percuma. oke saya admit saya pun bukan dari kalangan first class. tapi kita kena pilih nak belajar elok2 ke nak bising. So, kalau tak belajar elok2 lebih baik duk diam2 dan bayar saja. 

kalau taknak PTPTN sebab dah tahu kena bayar boleh pilih JPA. JPA tentu2 biasiswa memang tak payah bayar. tapi dengar kata bond dengan kerajaan. pasal bond ni saya tak nak cakap lebih2 sebab saya tak amik JPA. yang pastinya keyword nya FREE bukan?

alternative lain masih ada. sebenarnya banyak lagi senarai biasiswa lain yang ditawarkan tidak kiralah dari badan2 kerajaan, syarikat swasta ataupun mana2 badan yang nak bagi biasiswa. pandai2 lah cari opportunity dan apply. 

untuk yang nak sambung master atau PhD. mungkin ramai yang tak tahu. banyak juga opsyen untuk membebaskan diri dari bayar yuran ni. 

dalam kes saya saya apply mymaster dari KPT. kementerian pengajian tinggi. bagi mymaster KPT bayarkan yuran saja. duit elaun sara diri pandai2 cari. Jadi RA ke. tapi hanya untuk 2 tahun je jadi kena abeskan dalam masa dua tahun kalau tak nak kluarkan duit dari poket sendiri. chaiyok2 anis chaiyok2 =)

untuk yang nak sambung PhD pula, boleh apply myPhD yang ni lagi menarik dibayar yuran dan diberi elaun sara diri rm2k +++ sebulan. 

atau pun kalau tak nak yang tu ada banyak juga senarai biasiswa untuk post grad. yang penting apply and perform well masa interview insyaAllah dapat. 

paling menarik minta SLAB SLAI. benda menarik tentu2 susah sikit nak dapat. tertakluk pada uni masing2 syarat2 nya. lain uni lain syaratnya. yang ni dah lah tak payah bayar pastu ditawarkan keje kat uni tu pula. tapi pape pun mesti ada pro and con. 

PENDEK KATA.

adik2 belajar lah betul2 supaya orang nampak potensi yang ada dalam diri anda dan insyaAllah pendidikan PERCUMA itu milik anda. jangan pandai duk merungut dan membebel saja. last2 apa pun tak dapat. 

semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. tiada niat lain selain itu. 

wassalam. 



Wednesday, June 19, 2013

6 months...!

I give myself 6 months to learn and after that I hope I have strength to move forward. 

Oke, tu je isi penting.! 

Tetiba tengok tajuk 6 months... alkisahnya saya ni tak bape pandai english. rasanya sume sudah maklum akan hal ini. jadi nak di jadikan cerita masa form 5, saya kena buat esei 

contoh ayat lebih kurang macam ni lah, "after one month..." so on and so on. tapiiiiiiiii,,.,, saya yang bijaks snagat ni pergi tulis "after one moon...." teacher terkejut gler masa baca tu. macam mana budak sekolah tingkatan 5 boarding school lagi tak pandai english tahap gaban. yes, itu lah saya. huhu! malu pun ada sedih pun ada masa tu ngan teacher. yerp, saya memang nangis masa tu. mula pada saat tu lah saya bertekad siapkan satu esei satu hari bagi teacher baca. alhamdulillah, saya dapat B maca SPM. terima kasih sangat kat teacher sudi betul kan balik esei dan terangkan balik apa yang betul dan apa yang salah hari2 pula tu. 

Saturday, May 18, 2013

Selamat Hari Guru

wah wah wah...kemain banyak entri hari ni. maaf sebab saya hari ni punya mood untuk menulis. jadi menulis sajalah. kalau takde mood mahu berminggu2 pun tak hupdate kan. 

okleh. saya punya ramai cikgu selama saya belajar ni. kalau sebut satu2 memang entri ni tak kan abes malam ni. jadi untuk dipendekkan cerita saya cerita secara umum je lah. tapi tak nafikan juga adalah cikgu favorite masa sekolah dolu2... 

sekolah pertama saya tadika perkumpulan perempuan machang. tahun 1991. masa tu saya umur 5 tahun. nama cikgu saya dah tak ingat. tapi muka cikgu saya masih ingat. masih ada lagi gambar masa tu tapi gambar kat kampung. kawan2 kalau ada yang kenal sy lagi jomlah mengeratkan silaturahim balik =) mungkin ramai yang tak ingatkan. saya pun tak ingat sangat. sebab masih kecik plus setahun je. 

pra sekolah ngan darjah satu saya sek ren keb hamzah 1. saya sekolah kat situ setahun setengah je. tapi saya ada best friend kat situ. fortunately saya jumpa balik bestfriend2 saya tu masa saya sekolah menengah. we still keep in touch tapi tak sebaik dulu. miracle kan budak darjah satu still boleh ingat kawan lama dan boleh jumpa balik walaupun muka masing2 da lain. yang paling penting. nama kena unik. so senang nak cari. hehehe. ada tu ingat sekali ngan nama ayah lagi. so tu yang jumpa tu. dan saya sangat gembira dapat jumpa mereka balik. cikgu? sorang pun sy dah tak ingat. nama mungkin ingat tapi tak pernah jumpa dan tak tahu dah diorang mengajar sekolah mana. 

kemudian saya pindah ke SK ladang Bari Sungai Tong Setiu. 5 bulan je saya kat situ. Tapi sangat banyak kenangan masa kat situ. kebanyakkannya masih jelas di ingatan. yang paling tak leh blah. ada senior minat saya sanggup tunggu kat kantin. dia darjah 6 sanggup masuk rehat lambat sebab nak terserempak ngan saya. tapi dia perempuan. hahaha lawak2 kalau ingat balik. kalau nak g sekolah kena lalu padang yang luas dan padang tu banyak embun sampai padang jadi putihhhhhh je. ye tuan2 saya bernasib baik sebab masih dapat tengok embun depan mata. 

then darjah 2 saya sekolah kat sek temalir sampailah darjah 6. kat sini lagiiiiii lah banyak kenangan sebab laaaaaamma. ada yang best dan ada yang tak best. dan mostly cikgu2 sume saya masih ingat nama dan recognize muka diorang. tapi bila terserempak saya tengok cikgu2 macam dah makin meningkat usia. tak sedar siri sendiri dah tua juga. hehehe. 

form 1 sampai form 5. saya sekolah kat sms pasir puteh. kat sini saya rasa memori saya banyak cut off hahaha sebabnya kat sini saya ulat buku. benda lain tak banyak sangat terjadi. antara 2 je lah hobi saya. baca buku ngan tido. tapi form 4 saya baru pandai sikit mengenal dunia. nasib baik form 4 sebab tinggal form 5 je lagi nak kena belajar kat situ. ye lah kan dah jadi senior tocang pun mula lah naik sikit2. yang paling obvious sy memang suka tidur dalam kelas sampai cikgu perasana gler saya tido. 

yang paling saya suka tido kelas fizik - cikgu hamidah, kelas bio - cikgu durrah, oke tu je yang memang siap mimpi lagi. oh lagi satu. kelas add math - cikgu kamaruddin. tapi yang speselnya kelas add math kalau saya mengantuk saya boleh bangun ronda2 jadi cikgu nombor 2. oke tak kelakar. sebabnya kalau saya ke tandas pun nanti bila balik kelas saya mengantuk balik. jadi saya pergi lah kat tempat kawan2 yang lain. cikgu tak marah pula. mungkin dia tahu kot kalau tak saya tido. 

subject yang paling saya susah nak skor adalah bahasa melayu, sejarah ngan pendidikan islam. mostly yang kena tulis dan hurai. saya memang fail. kalau fakta senang. tulis fakta dapat markah. kalau benda kena hurai banyak point tak kena. pendidikan islam saya repeat banyak kali past year question tapi sampai sudah saya tak dapat A termasuk lah masa SPM. tapi alhamdulillah result masih oke lagi. mungkin sebab buat past year kot. kalau tak tak tahulah macam mana. bahasa melayu pula saya pelik cikgu pun lagi lah peliks. kenapa saya tulis asyik tulis panjang2 tapi takde point. yang ni nasib baik sempat recover. 

sejarah. saya sebenarnya mengantuk gler masa sejarah tapi disebabkan majoriti kawan2 tido jadi saya tak sampai hati nk tido. walaupun tak bape minat dan tak bape paham saya gagahkan juga diri untuk tak tido. last2 ada lah soalan2 tak logik keluar sebab macam tak tahu nak tanya apa tapi terpaksa tanya juga sebab tak nak bagi mengantuk. kami panggil cikgu sejarah dengan panggilan manja papaya. cuba teka nama dia apa? hehe

english jangan cakap, memang teruk. dan saya tak sangka saya dapat sebaik itu. bagi diri saya lah. itu hasil tiap2 minggu menangis di meja teacher. mungkin teacher berdoa untuk saya juga. sebab tengok saya sedih sangatkan english selalu teruk. saya menangis sambil buat exercise bukan gi menangis saja2 tau =P

okelah kalau nak citer sume subject lagi panjang berjela kan. 

lepas tu saya dapat masuk matrik Kolej Mara Kulim 2004/2005. sepanjang zama persekolahan saya kat kulim memang sangat best. pelajaran dan kerohanian adalah selari. jadi kita tak mudah lalai. hari jumaat ada kelas agama untuk perempuan saja. hari rabu pula untuk semua. hati memang kena bajai selalu dengan ilmu kerohanian. kalau tak manusia ni akan lalai. sekarang berpeluang tengok apa2 ceramah atau motivasi kat tv je. kat luar jarang. tapi walau saya ke KMK perangai tido saya masih bawa. susah mahu tinggal. jadi saya selalu tido kelas fizik. sampai belajar dalam lena. tapi cikgu tahu saya selalu tido jadi cikgu selalu tanya soklan. terima kasih cikgu menyelamatkan saya. 

pastu saya masuk pula UTP. hermmm,,, culture shock ke tak tahu. tapi kat UTP saya macam honeymoon sikit. belajar biasa2 je dan result pun biasa2 je lah kan. mungkin saya dah rasa secure sebab dah dapat masuk uni kan? tapi sikap ini salah ye adik2. sikit sebanyak dia effect jugalah resume kita dan reputasi kita bila keluar uni nanti. 

then sekarang, saya masih belajar lgi kat UM... dunia belajar saya masih panjang lagi dan tak tahu bila akan abes. dan saya sebenarnya suka belajar...hehe poyos je...=P

dan kepada2 cikgu2, lecturer2 yang pernah ajar saya terima kasih banyak2. tanpa kalian sume saya bukanlah saya yang hari ini. 

TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SUME!!

p/s: mungkin banyak typing error tapi saya sudah mahu publish tanpa baca sekali lgi...=)










Friday, March 1, 2013

Setahun sudah

Pejam celik pejam celik sudah setahun saya di sini. Huhuhu! macam oke je ssetahun kat sini. tak rasa lamaaaaaa pun. kalau kerja dulu2 mesti rasa lama masa bergerak. mungkin kerja banyak tekanan kot. hahah tekanan apa? ontah lerr.. 

Namun begitu...ceeeewah. belajar juga ada tekanan nya. tapi tak lah sehebat masa kerja. ada kelonggaran sikit lah terutama dari segi masa. dulu masa kerja nak keluar g bank pun susah. tambah2 dapat bos yang pelikss..lagi weird. kalau nak ke tandas pun ada timing ini lagilah nak keluar2 or masuk lambat masa kerja. berdoa suatu hari nanti andaikata saya jadi bos saya mahu jadi bos yang disegani & disenangi oleh employee..eceeeeeeeewahhh lagi. hahahaha!

dan percayalah saya tak sabar nak abes belajar on time dan memasuki dunia pekerjaan selepas ini. hopefully kerjaya yang bakal saya ceburi nanti adalah kerjaya yang suka. dan saya suka nak update pasal kerjaya saya tu kat blog ni. yang saya tak kisah kalau kena balik lambat sikit. dan yang saya tak kisah kalau kena buat kerja banyak sikit. itulah kerjaya impian saya. sekian =)



Wednesday, February 20, 2013

Semester baru bermula

Ini sudah sem ke 2 saya sambung master. macam cepat je mana berlalu. hopefully saya dapat grad on time. fikir punya fikir. fikir punya fikir. saya macam decide untuk kerja dulu lepas master dan bila masa dah sesuai baru sambung belajar lagi.



Ini adalah syarat untuk sy grad. yang pertama done.

yang kedua dan ke4 insyaallah bulan 4 ni.

yang ke3 sem depan.

yang ke 5 tak tahu lagi bila. paper belum start tulis lagi. result pun takde lagi.

yang no 6 rasanya lepas sbb memang warganegara kan.,,,

chaiyok anis chaiyok...!!

pssttt! saya dapat baucer buku esok sy update pasal baucer tu k

Thursday, January 17, 2013

Presentation & Presentation Slide

Hari tu da niat nak share pengalaman present research proposal masa last class research methodology. Jadi hari ni terlebih rajin da hari ni lah masa sesuai nak share. 

Huhuhu! seperti biasalah bila nak buat presentation ni nervous nya kemain padahal audience hanyalah rakan se couse sahaja belum lagi terlibat dengan fakulti lain, universiti lain, negara lain. 

Presentation

1. Alhamdulillah masa awal2 je nervous pastu tu da tak berapa nak nervous dan presentation berjalan dengan lancar. 

2. Kalau boleh guna suara yang kuat sikit. sebab nak bagi orang pay attention pada apa yang kita present. bila orang pay attention kita akan rasa lagi semangat. 

3. kalau kita tak pandai guna slang "orang putih" tak payah guna. cakap masa biasa. as long as orang paham. 

4. Intonasi suara kena ada sedikit sebanyak. jangan plain je. nanti orang mengantuk. 

5. kalau boleh buat ayat sendiri untuk presentation tu. sebab kita lagi comfortable dan senang nak recognize apa yang kita nak cakap. pernah dulu saya amik bulat2 text dari internet dan hafal end up presentation entah ke mana. confident level terus turun. mind cannot recall apa yang dah dihafal. worst case ever rasanya. 

6. yang penting rehearsal before presentation kalau ada masa yang ditetapkan try ikut masa. masa real nanti hopefully kalau terlebih atau terkurang tak banyak sangat beza. 

Presentation slide

1. Pengalaman saya bila buat presentation slide saya akan buat sesimple mungkin asalkan objektif tercapai.

2. Tak perlu too wordy, sebab kalau banyak sangat words kita akan terperangkap dengan words yang kita tulis tu. end up kita hanya reading not presenting. 

3. Ataupun boleh juga present as figure atau picture. semua ada kat situ. tinggal nak explain je. orang pun senang paham dan ingat lama bila tengok gambar ni banding dengan perkataan yang banyak. 




p/s: awal bulan 4 ni i will attend my first conference for master requirement. doakan yang baik2 k

Thursday, December 27, 2012

Curiosity increase

But don't ask me why my curiosity level increase. sometime i want to tell all about myself here. but sometime i am not. so,,, this time i want to keep some as my secret. eceeeeewah. wakaka

takdelah saje je. tapi besar harapannya ayat2 di atas adalah dalam keadaan tatabahasa yang betul. malas pula mahu google malam2 begini. 

tapi ada benda yang lagi important yang saya nak tulis kat sini. nearly 2 minggu dah saya takde mood langsung nak belajar. saya tak buat apa2. lab gone. writing pun gone. ini benda yang tidak baik untuk dijadikan contoh teladan. tolong jangan ikut. 

benarlah kata orang. masa tak dapat lagikan di kejar. bila da dapat tak appreciate pula. huhuhu.!

harap2nya mood belajar cepat datang. kalau ia tak datang juga macam mana saya nak "graduate on time" or the worst case "fast track" hahaha ini mimpi je lah kot nak "fast track" walaupun hati berkata mahu tapi berjiwa malas apa pun tak jadi. 

jadi adik2 sekalian jangan mencontohi kakak yang malas ni. contohilah kakak bila kakak rajin. bila tu? entah!

sekian, wassalam

Sunday, November 4, 2012

Tips untuk student undergraduate skor dean list

Bismillahirrahmanirrahim,,,,

Sekarang muncul pula perasaan untuk menyelitkan benda berfaedah di dalam setiap post saya. at least mana2 pembaca yang sampai di sini akan dapat sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Jadi hari ini saya ingin berkongsi hasil perbualan ringan dengan kawan yang mana dia adalah pelajar kelas pertama semasa zaman undergraduate dia. 

Yang penting kalau pelajar yang menggunakan biasiswa PTPTN mereka tak perlu bayar walau sesen pun kalau dapat skor anugerah dekan ini. ayuh adik2 sekalian, kalau tak nak bayar kena follow guide ini =)

2 jam sehari

peruntukan at least 2 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran. 

fokus yang susah & fahamkan konsep

bila mengulangkaji fokus pada yang susah. fahamkan konsep. bukan menghafal. bila kita faham konsep akan datang soalan macam mana pun akan dapat jawap juga. dan yang pastinya ilmu itu akan kekal lama dalam ingatan. sebab kita faham. bukan hafal. ingat tu. 

jangan bertangguh

bila ada yang lecturer ajar dalam kelas dan ada yang tak faham. jangan bertangguh. terus baca apa yang tak faham tu atau tanya lecturer sehingga faham. ingat to take action tomorrow is too late. so take action today 

hubungan baik dengan lecturer

belajar di universiti adalah totally lain dengan masa belajar masa sekolah menengah. even top scorer masa sekolah pun kadang2 ada yang susah untuk hadapi pelajaran di universiti. jadi hubungan baik dengan lecturer adalah sangat penting. tak paham tanya. face to face, lagi cepat faham bandingkan dalam lecture hall kan. bila sudah selalu jumpa dia akan ingat kita dan nama kita. ini adalah peluang yang cerah untuk score markah tinggi sebab kalau kat uni lecturer tu sendiri akan marking final paper. bila dia da kenal, dan tahu nama. jawapan pula macam yang kita pernah discuss dengan dia di situ lah makanya markah pun akan jadi special daripada student yang tak pernah jumpa dia. 

*in case of my friend kertas exam dia biasanya dijadikan sebagai skema jawapan kedua untuk marking paper student yang lain. 

so point ni sangat penting. this is like the only way for you to score. jangan pula bagi rasuah. haha and i believe lecturer tak akan terima rasuah pun kan. 

jangan study last minute

kalau da setiap hari study, always everyday discuss dengan lecturer, perkataan study last minute sudah tidak ada lagi. terutama habit bawa note sebelum masuk dewan exam. cara macam tu akan buatkan apa yang kita belajar dan ingat jadi lupa. so avoid the distraction before entering exam hall. 

study group

yang ni pun penting, cara belajar yang tak payah baca banyak2. sharing is caring. baca lain2 then citer untuk sume orang dalam group tu. kalau fahaman kita salah. rakan2 satu group boleh betulkan terus. 

so best of luck =)


Monday, August 6, 2012

instead of elastic it's brittle

mood sedih kembali ON, saya nak membrane yang elastic. takmo yang brittle. cam mana la pulak boleh jadi brittle nya. waa tak nak. disebabkan itu saya macam mengalami monday blues. malas pulaks nak baca journal ni. ingat nak alter sket experiment ni. Mungkin tunggu tengah hari kot. 

Friday, August 3, 2012

Alhamdulillah!

Sudah hampir sebulan saya down. Sebabnya experiment yang saya buat tak menjadi. walaupun ni baru 1st step. walaupun saya tak register lagi untuk 1st semester. makanya saya terpaksa find out apa puncanya. baca journal lain. cari method lain. betul kata kawan saya rashidah. sambung master kena baca banyak. I agree with u now my friend. Sambung master ni sebenarnya bukan senang. banyak onak dan durinya. sebab itulah tak semua orang sambung master kan. 

tambah-tambah pula saya sudah berkeluarga dan having a daughter. bukan nak kata mereka membebankan tapi bila balik umah, sebarang bahan bacaan mesti langsung tak tersentuh. kat umah saya full time housewife. tapi kat uni saya half time student. sebab banyak main internet. dush! dush! dush!

tapi finally what happened. experiment tak menjadi sebab saya hanya follow the instruction half way. next step after half way tu saya tersalah faham dan outcome nya mestilah tak menjadi. dan hari ini by following the correct one i got the thing that i desire to get. Alhamdullillah dan saya sangat happy! but i have to remember this is only 1st step banyak lagi yang saya perlu buat dan figure out pasni. masih banyak lagi onak dan duri yang perlu ditempuhi. walau apa pun saya sangat mengharapkan doa dari kalian. moga saya dapat abeskan pengajian ini pada masa yang ditetapkan sebabnya I have next mission to complete. wah! belum apa2 sudah bercakap pasal next mission. takpelah at least I have plan for a better future kan. 

just for your information. tak tahu dah bgtau ke tak before ni. saya under civil engineering but doing membrane which totally dealing with chemicals and all sort of reactions. have to understand the degree of polymerisation and also the degree of sulfonation. sound civil or sound chemical. hahaha! but if sound chemical it suit me well sebab my degree is in chemical. however, i am using waste polystyrene plate which we always through away after a meal. yes i am using it. so, instead saving our earth it also saving our money. 

Oh! belum tulis lagi pasal new blog title "lecture in the making". sebabnya every one yang masuk this blog mesti baca tajuk blog dulu kan. dan kata2 itu doa. harapnya doa2 kalian akan dimakhbulkan oleh Allah swt. Aminnn~~

Saturday, May 12, 2012

Alhamdullillah..


Baru tadi saya menerima surat ini. Tidak berapa clear kan? Tujuan saya memang untuk snap se'clear' mungkin, tapi telefon kesayangan saya sudah tidak mampu menemui titik fokus yang memungkinkan surat ini sangat jelas di mata pembaca semua. Tapi hakikatnya surat ini memang surat tawaran untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. 

Dengan kehadiran surat ini sekurang-kurangnya hari saya akan terisi dengan aktiviti untuk memohon biasiswa pula. Dengan proposal yang perlu ditulis, dengan syarat-syarat yang saya perlu penuhi mungkin saya akan agak buzy sikit. Saya perlu menyelesaikan semua ini sebelum semester bermula september ini. 

Doakan yang baik-baik saja ye =)

Semoga cita-cita dan impian saya dipermudahkan olehNya. Amin...

Wednesday, May 9, 2012

Pasal study lagi....

Disebabkan buat masa sekarang ini study adalah diri saya yang kedua. Maka probability untuk saya update pasal study adalah sangat banyak sekali. Jadi layankan je lah ye. 

Walaupun saya ini kecik kalau dilihat dalam peta dunia, hakikat saya gemuk gedempong. Tetapi saya mempunyai hati yang sangat besar. Mahu menggapai cita2 yang memang saya impikan sejak dulu lagi. 

Perjalanan untuk saya sambung master bukan mudah. Saya convo untuk undergrade ialah pada Ogos (kalau tak silap, malas nak tgk transkrip), 2009. Dan insyaAllah, September 2012 baru saya berpeluang untuk bergelar pelajar semula dan berjuang untuk mendapatkan master yang di idam2 kan. 

Dulu, saya berhajat mahu sambung terus bila abes belajar. Tetapi di tahun akhir tetiba saya ada boyfriend dan merancang mahu kawen. Syarat mak & ayah saya hanya benarkan saya kawen apabila saya bekerja. Jika tidak No! No! No!. Makanya saya bertekad untuk kerja dulu apa2 hal pun. Jadi postpone di situ. 

Lepas 6 bulan, Alhamdullillah saya dapat kerja dan tak lama lepas tu kami kawen. Husband kat Melaka saya kat KL. Husband ajak pindah Melaka sebab kos idup kat sana rendah sikit banding ngan KL. Tapi saya tak mahu, alasan utama universiti kat KL banyak dan saya ada banyak pilihan untuk sambung belajar jika kami kat KL. 

Alhamdullillah, 5 bulan selepas kawen husband berjaya pindah KL, dan saya mula apply kebanyakan uni kat KL ni untuk sambung master. Ada satu je yang bagi feedback masa tu. UPNM. Saya sangat gembira sebab uni tu hanya dalam pagar rumah saya je. Tak perlu drive jauh2 dan hanya amik masa kurang 10 minit untuk sampai. Ye, saya dikatakan sudah dapat tempat tapi takde grand. Saya tunggu hampir 2 tahun. 

Dalam pada itu, saya apply jugak universiti lain. Finally saya dapat uni yang sekarang ni. Tapi startnya bulan 9 nanti. Sekarang saya ditugaskan sebagai RA. Tugas saya hanya baca sahaja apa2 berkaitan dengan research yang saya mahu buat. Kadang kala boring + sakit kepala sebab asyik baca. Sangat banyak masa terluang. Hari ni seperti di katakan semalam saya mahu duk rumah je. And yes! saya tak pergi pun. 

Terfikir jugak. Dengan semua pengorbanan yang telah saya lakukan. Dengan susah payahnya saya apply tapi tak dapat, bila da dapat saya macam tak bersungguh2 pulak. Huhuhu! Tak suka dengan diri sendiri. 

Setakat ini progress yang dah dibuat:

1. Baca journal - done (sesetengah da tak ingat!)
2. Order barang - done

InsyaAllah labwork will start in 2 or 3 weeks from now. Hopefully masa buat labwork semangat saya untuk belajar akan pulih macam biasa. 

In addition, dulu masa belajar saya adalah harapan mak, ayah & adik2 je. Sekarang saya adalah harapan suami dan anak jugak. 

Tuesday, May 8, 2012

ABout Study

Today I will share what I have study everyday. I think I always read the same thing until I get bored of reading. Now I want to share in general what I can memorize inside my mind. and now also think of skip to attend to lab tomorrow. Yes I am lazy but I want it too much.

My most concern in this study is to save environment, to save money, to save energy and to save everything that can be saved. Haha! U think I can do it? If u think u can means u can. Doesn`t matter what people said u still have opportunity to do. am I right? 

The thing is, I want to produce electricity from the waste water effluent. Things like electricity, electron, proton and some of term that a bit difficult to memorize it actually present but it hardly indicated else to determine we have to use lamp or meter to show there have a current or not. If there is a current means the experiment is successful. But it is not as simple as that. 

The tricky part of mine is I have to create the most cheap material to replace the quite expensive material in the model that I used. For such a small model is still okay to use a quite expensive one. But can you imagine if the material will be used in big scale for real wastewater plant. It may not achieve the objective to save money.