Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Menjadi guru bukan mudah

Hampir sebulan menjadi guru kehidupan agak huru hara dan kelam kabut. And YES jadi guru bukan mudah. 

Penat yang amat daripada bekerja office hour. Cikgu kena keluar pagi ke sekolah. Pukul 7.20 dah ada kat sekolah. Katakan amik masa setengah jam nak sampai sekolah nak tak nak kena hantar anak awal sangat. Dalam 6.40 dah kena hantar. Sedih je tengok muka anak-anak. Bangun dah kat rumah orang.

Sampai sekolah amik kedatangan. Bergegas ke kelas pula. Kelas bermula 7.40. Cikgu sendiri kena pergi ke kelas naik turun tangga. Kalau kelas berturut-turut kena bergegas ke kelas lain pula selepas itu. Naik turun tangga lagi.

Bila ada masa kat bilik guru bukan duduk saja-saja. Ada je keje kena buat. Tanda kertas, semak buku, key in markah. Buat surat persatuan kelab, rangka buku latihan mengajar. Kelas abes pukul 2.30 belum tentu cikgu dapat balik. Bila ada miting pukul 4.30 baru boleh balik. Kalau ada kelab persatuan atau perjumpaan rumah sukan. Entah pukul berapa lah boleh balik. Bila saya balik pukul 4 masih ada lagi kereta cikgu lain kat sekolah. 

Betapa besar pengorbanan cikgu mendidik anak bangsa. 

Tetapi sebilangan pelajar susah nak hargai pengorbanan cikgu ini. Bila cikgu masuk kelas buat dekk je. Ada yang bergurau melampau, pukul kawan, tolak kerusi sampai jatuh kawan tu, berbual tak hengat. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang guru. 

Banyak penat yang cikgu kena hadap sehari-hari, tapi saya tahu cikgu tabah. Mampu lagi senyum dalam keletihan. Terus terang saya cakap sejak kerja cikgu ni saya tertidur awal. Kul 10 dah flat. Lena tak fikir apa dah. Mental dan fizikal jadi penat amat. 

Peluang menjadi guru ini sangat bermakna. Dapat tahu sejauh mana beban kerja cikgu-cikgu yang selama ini orang hanya cakap jadi cikgu jeerr pun. Huhuhu!

Akhir kata, masih belum terlambat kiranya saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk guru-guru seluruh Malaysia. Segala penat lelah kalian mengajar saya sebagaimana saya hari ini sangat saya hargai. Semoga cikgu dalam rahmat Allah sentiasa dunia dan akhirat. Doakan kejayaan saya juga. 

Saturday, March 22, 2014

Just want to share


Salam Knor,

Thank you very much for your concern. Saya dah much better. Mungkin time tulis entri sebelum ni agak pressure. Tuisyen oke. From Monday till Saturday ada kelas. Either petang atau malam. Tapi biasalah mungkin kurang sabar sikit. InsyaAllah lainkali tak buat lagi. Tq sis =)

To new follower of this blog. Sorry I may not have enough time to pay your visit and leave the comment. But you are most welcome here =)

Monday, December 30, 2013

Azam tahun baru

Tahun baru 2014 bakal menjengah tiba 2 hari saja lagi. Jadi apa azam tahun baru... !

1. Mahu habiskan master dalam tahun 2014.

2. Mahu sentiasa positif dalam apa jua benda yang berlaku.

3. Meningkatkan kesabaran diri dalam segala hal.

4. Mahu belajar berniaga sikit-sikit. InsyaAllah semoga ianya membuahkan hasil..


Sunday, October 13, 2013

Salam AidilAdha..


Petang ni nak balik kampung... =)


Friday, July 12, 2013

Salam ramadhan Al-mubarak

kiranya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat 
menyambut ramadhan almubarak. moga ramadhan kali ini kita lebih baik 
dari ramadhan sebelum2 nya. 


Sunday, June 16, 2013

azra wedding day

Tahniah azra and suami. tengah panas2 lagi ni da up entri. maklumlah kalau dah masuk weekdays kang delay2 pastu tak buat entri terus. entri ni lebih kepada gambar ye. jadi tulisan tak banyak. 

let's enjoy the pictures....!!!

malam akad nikah





 first reception






second reception




Saturday, May 18, 2013

Selamat Hari Guru

wah wah wah...kemain banyak entri hari ni. maaf sebab saya hari ni punya mood untuk menulis. jadi menulis sajalah. kalau takde mood mahu berminggu2 pun tak hupdate kan. 

okleh. saya punya ramai cikgu selama saya belajar ni. kalau sebut satu2 memang entri ni tak kan abes malam ni. jadi untuk dipendekkan cerita saya cerita secara umum je lah. tapi tak nafikan juga adalah cikgu favorite masa sekolah dolu2... 

sekolah pertama saya tadika perkumpulan perempuan machang. tahun 1991. masa tu saya umur 5 tahun. nama cikgu saya dah tak ingat. tapi muka cikgu saya masih ingat. masih ada lagi gambar masa tu tapi gambar kat kampung. kawan2 kalau ada yang kenal sy lagi jomlah mengeratkan silaturahim balik =) mungkin ramai yang tak ingatkan. saya pun tak ingat sangat. sebab masih kecik plus setahun je. 

pra sekolah ngan darjah satu saya sek ren keb hamzah 1. saya sekolah kat situ setahun setengah je. tapi saya ada best friend kat situ. fortunately saya jumpa balik bestfriend2 saya tu masa saya sekolah menengah. we still keep in touch tapi tak sebaik dulu. miracle kan budak darjah satu still boleh ingat kawan lama dan boleh jumpa balik walaupun muka masing2 da lain. yang paling penting. nama kena unik. so senang nak cari. hehehe. ada tu ingat sekali ngan nama ayah lagi. so tu yang jumpa tu. dan saya sangat gembira dapat jumpa mereka balik. cikgu? sorang pun sy dah tak ingat. nama mungkin ingat tapi tak pernah jumpa dan tak tahu dah diorang mengajar sekolah mana. 

kemudian saya pindah ke SK ladang Bari Sungai Tong Setiu. 5 bulan je saya kat situ. Tapi sangat banyak kenangan masa kat situ. kebanyakkannya masih jelas di ingatan. yang paling tak leh blah. ada senior minat saya sanggup tunggu kat kantin. dia darjah 6 sanggup masuk rehat lambat sebab nak terserempak ngan saya. tapi dia perempuan. hahaha lawak2 kalau ingat balik. kalau nak g sekolah kena lalu padang yang luas dan padang tu banyak embun sampai padang jadi putihhhhhh je. ye tuan2 saya bernasib baik sebab masih dapat tengok embun depan mata. 

then darjah 2 saya sekolah kat sek temalir sampailah darjah 6. kat sini lagiiiiii lah banyak kenangan sebab laaaaaamma. ada yang best dan ada yang tak best. dan mostly cikgu2 sume saya masih ingat nama dan recognize muka diorang. tapi bila terserempak saya tengok cikgu2 macam dah makin meningkat usia. tak sedar siri sendiri dah tua juga. hehehe. 

form 1 sampai form 5. saya sekolah kat sms pasir puteh. kat sini saya rasa memori saya banyak cut off hahaha sebabnya kat sini saya ulat buku. benda lain tak banyak sangat terjadi. antara 2 je lah hobi saya. baca buku ngan tido. tapi form 4 saya baru pandai sikit mengenal dunia. nasib baik form 4 sebab tinggal form 5 je lagi nak kena belajar kat situ. ye lah kan dah jadi senior tocang pun mula lah naik sikit2. yang paling obvious sy memang suka tidur dalam kelas sampai cikgu perasana gler saya tido. 

yang paling saya suka tido kelas fizik - cikgu hamidah, kelas bio - cikgu durrah, oke tu je yang memang siap mimpi lagi. oh lagi satu. kelas add math - cikgu kamaruddin. tapi yang speselnya kelas add math kalau saya mengantuk saya boleh bangun ronda2 jadi cikgu nombor 2. oke tak kelakar. sebabnya kalau saya ke tandas pun nanti bila balik kelas saya mengantuk balik. jadi saya pergi lah kat tempat kawan2 yang lain. cikgu tak marah pula. mungkin dia tahu kot kalau tak saya tido. 

subject yang paling saya susah nak skor adalah bahasa melayu, sejarah ngan pendidikan islam. mostly yang kena tulis dan hurai. saya memang fail. kalau fakta senang. tulis fakta dapat markah. kalau benda kena hurai banyak point tak kena. pendidikan islam saya repeat banyak kali past year question tapi sampai sudah saya tak dapat A termasuk lah masa SPM. tapi alhamdulillah result masih oke lagi. mungkin sebab buat past year kot. kalau tak tak tahulah macam mana. bahasa melayu pula saya pelik cikgu pun lagi lah peliks. kenapa saya tulis asyik tulis panjang2 tapi takde point. yang ni nasib baik sempat recover. 

sejarah. saya sebenarnya mengantuk gler masa sejarah tapi disebabkan majoriti kawan2 tido jadi saya tak sampai hati nk tido. walaupun tak bape minat dan tak bape paham saya gagahkan juga diri untuk tak tido. last2 ada lah soalan2 tak logik keluar sebab macam tak tahu nak tanya apa tapi terpaksa tanya juga sebab tak nak bagi mengantuk. kami panggil cikgu sejarah dengan panggilan manja papaya. cuba teka nama dia apa? hehe

english jangan cakap, memang teruk. dan saya tak sangka saya dapat sebaik itu. bagi diri saya lah. itu hasil tiap2 minggu menangis di meja teacher. mungkin teacher berdoa untuk saya juga. sebab tengok saya sedih sangatkan english selalu teruk. saya menangis sambil buat exercise bukan gi menangis saja2 tau =P

okelah kalau nak citer sume subject lagi panjang berjela kan. 

lepas tu saya dapat masuk matrik Kolej Mara Kulim 2004/2005. sepanjang zama persekolahan saya kat kulim memang sangat best. pelajaran dan kerohanian adalah selari. jadi kita tak mudah lalai. hari jumaat ada kelas agama untuk perempuan saja. hari rabu pula untuk semua. hati memang kena bajai selalu dengan ilmu kerohanian. kalau tak manusia ni akan lalai. sekarang berpeluang tengok apa2 ceramah atau motivasi kat tv je. kat luar jarang. tapi walau saya ke KMK perangai tido saya masih bawa. susah mahu tinggal. jadi saya selalu tido kelas fizik. sampai belajar dalam lena. tapi cikgu tahu saya selalu tido jadi cikgu selalu tanya soklan. terima kasih cikgu menyelamatkan saya. 

pastu saya masuk pula UTP. hermmm,,, culture shock ke tak tahu. tapi kat UTP saya macam honeymoon sikit. belajar biasa2 je dan result pun biasa2 je lah kan. mungkin saya dah rasa secure sebab dah dapat masuk uni kan? tapi sikap ini salah ye adik2. sikit sebanyak dia effect jugalah resume kita dan reputasi kita bila keluar uni nanti. 

then sekarang, saya masih belajar lgi kat UM... dunia belajar saya masih panjang lagi dan tak tahu bila akan abes. dan saya sebenarnya suka belajar...hehe poyos je...=P

dan kepada2 cikgu2, lecturer2 yang pernah ajar saya terima kasih banyak2. tanpa kalian sume saya bukanlah saya yang hari ini. 

TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SUME!!

p/s: mungkin banyak typing error tapi saya sudah mahu publish tanpa baca sekali lgi...=)










Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri dari kami

Kiranya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sume rakan2 yang sudi singgah di sini. Almaklumlah seminggu lebih di kampung, lupa terus nak berblog.

Layan gambar raya k.


Family kecik: dhiya, mama & papa


 Ini family besar. sorang adik takde dalam gambar. 
tak dapat beraya di kampung kerana kekangan tugas. 

Tahun depan insyaAllah beraya umah mertua pula =)

p/s: rumah dibelakang ini jika bukan musin perayaan dijadikan homestay. Kepada yang mencari homestay di machang boleh contact saya:

anis@eira : 019-9885546

booking adalah sangat kencang bila pendaftaran pelajar UiTM machang bermula
musim cuti sekolah a.k.a musim kenduri kawen
first come first serve =)


Wednesday, August 10, 2011

Salam Ramadhan al-mubarak


Diam tak diam da 10 hari puasa. Baru nak wish. Acila kan. Last wiken balik kg. Dari hari kamis sampai ahad. Saje nak berbukak kat kg. So, da lama tak menjenguk blog sendiri dan kawan2 jugak.

Puasa kali ini agak rajin masak. Baru sekali beli makanan kat bazar. Bukannya rajin sangat sebenarnya, tetiba macam tak selera pulak nak makan makanan beli. Huhuhu! semalam punya la nak makan nasi kerabu, last2 ke tong sampah jugak dia sebab tak berapa sedap. Menyesal beli. Masak sendiri memanglah tak bape sedap jugak sebab takleh try masa masak tapi at least ada lagi selera nak makan =)

Teringat masa dolu2 bukak puasa kat utp. I miss my hosmate and also my kelate utpchat. Ngan geng kelate kalau tak silap sekali je bukak puasa sama2. Ngan hosmate bleh katakan tiap2 hari. Kitorang biase beli makanan kat sri iskandar. Makanan kat sana sume sedap2 oke. Susah nak cari tempat yang kebanyakkan gerai dia sume makanan sedap2 macam kat sana. Oh ho..for me lah. Tak tahu lah orang lain cam mana kan. Tapi hari ini memang mode rindu utp dan orang2 kat sana.


Ini adalah antara kuih berbuka kami. Sejak pandai buat pengat ni macam hari2 pun nak masak pengat. Hahaha! K2 nanti cuba kuih lain pulak =)


Dhiya pelik kenapa tetiba dia leh berapa dalam beg itu. Hehe!!

Thursday, May 20, 2010

Alhamdulillah, semuanya hampir siap...

Disebalik persediaan nak kawen ni saya dan my beloved ummi sebenarnya ada misi besar yang dah disetelkan. Herm, hari tu rasa sangat mustahil untuk dicapai. Tapi alhamdullillah, tadi ummi call gtau sumenya sudah setel. Bekalan air dan elektrik sudah disambung petang tadi. Alhamdulillah sangat2. Harap2 sumenye berjalan dengan lancar nanti.

Misi besar kami

07 March 2010

14 March 2010

01 May 2010

About wedding

Cleansing saya yang diorder dari pakcik saya yang ensem tu da ade. So takyah risau2 lagi. Then, cincin yang saya idamkan tu ummi pergi cari sampai Jerteh tu pun ade dua bentuk je patern tu. Nasib baik. Serious mengada saya ni kan? Alhamdullillah jumpa jugak. Kiranya hantaran setel. Belah my future hubby hari tu lagi da setel tapi saya ni maklumlah banyak songeh sket. So tu sebabnya lambat sket setelnya. Herm, terima kasih sangat kat my cousin kakak siti sebab sponsor kek hantaran Along. Dan ummi sebab pilih kek wedding along. Da di book. Waaaa,,, tetiba saya jadi tak sabar nak tengok sume benda yang telah disetelkan oleh ummi dan kaum kerabat di kampung. Ade ke teruja nak tengok sume benda walhal untuk wedding sendiri tu. Takpelah sebab saya tak sempat nak buat sume benda tu sendiri. Saya bagi can kat ummi arrangekan my wedding sebabnya majlis sebegini adalah pertama kali dalam my family. Gubahan hantaran jugak da siap. Thanks so much Kak Leen. Ummi kata lawa Kak Leen buat. Lagi teruja nak tengok. Yang menjadi tanda tanya sekarang ini adakah baju untuk akad nikah da siap. Cam tak siap lagi je. Pape pun hopefully baju tu dapat disiapkan before saya balik 28hb ni. Kalau tak siap lagi tak tahu la saya. Oke doke nanti saya story lain kali plak.


Thursday, May 6, 2010

Souvenir done!!

I just order the souvenir online. Things look good at the reasonable price. Maybe can get in next two weeks. Cannot wait to see hopefully it same as what in the web.

So friends, nanti bile barang da sampai saya akan tayang kat sini and I will put the link here. So, u can also have a look nanti.

Till then babai~~

Still wait for this coming weekend to buy bunga pahar and also meet my friend (miss u already) and also have appointment with my Dr. diet. COngrate to you for the good news. Please take care of yourself for the sake of your baby. Tetiba cam tak sabar nak ade baby sendiri (Geli tak korang!!) Hahaha..oke2 boleh sabar lagi ni =)

Saturday, November 21, 2009

Boring yang amat dan Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tak kira, kat FB da cakap boring kat sini nak cakap jugak sebab boring yang amat da nih. Tak tahu nak buat per. Nak g jalan2 kat pantai ujan a.k.a angin sepoi2 bahasa. Nak kuar, duit already finish. Nak men internet entah cam da boring. So, any suggestions?

Btw, esok da start kelas so mesti da tak boring. Dan yang paling penting next week punye weekend saya akan balik kg setelah sebulan lebih berkampung kat setiu ni. Erm, windu & orang kampung pun mesti da rindu + pelik bila lama2 saya takde kat umah, hari tu ade je.. (perasan)

Lagi satu excited sebab raya ni saya dapat special invitation. "orang tu" suh saya g rumah dia. Tak thu la saya leh perform well ke tak time tu. Haha. Kat umah malas tahap gaban bile g umah orang nak buat2 rajin. Bleh ke?

Lagi satu, entah nape tetiba lak tersuka kemeja petak2. Nak beli la satu. Cam comel je rasa. Kemeja tu la not me k. Tak kisah la kemeje tu ke yang comel atau saya sekali pun yang comel (perasan lagi) probability nak beli adalah 80%. Harap2 dapat la beli.

Erm, nak citer ape lagi ek.

Ok dah takde citer.

Wish u all happy eid Adha.

Thursday, June 4, 2009

Happy ending love story

Kisah hidup manusia adalah berbeza2. Ada yang cukup ringkas dan simple dalam kisah cintanya. Ada yang terpaksa berdepan dengan segala macam rintangan, halangan, juga dugaan. Apapun yang berlaku, pasti sumenya adalah ketentuan dan perancangan dariNya. Sebagai manusia biasa kita tentunya mengimpikan sesuatu yang indah2. Mana mungkin seseorang itu mengimpikan derita.


Di sini ingin saya kongsi sedikit kisah buat tatapan anda semua. Dalam saya melompat dari blog ke blog akhirnya saya terjumpa blog ini. Chika, tuan empunya. Maaf Chika saya bercerita di sini. Setelah saya me'link'kan anda di blog saya, saya mengandaikan kita telah menjadi teman. "Teman blogger". Kisah cinta anda sangat mencuit hati saya. Terlalu susah untuk diterima kerana ia berlaku terlalu pantas. Tapi percaya lah hakikat kehidupan manusia semuanya berbeza. Lain orang lain kisahnya. Serious kalau korang baca mesti terpegun.

Seorang teman blogger saya juga bakal menamatkan zaman bujangnya 7hb ini. Ucapan tahniah saya dahulukan. Tiada kunjungan dan hadiah sebagai penganti diri. Hanya doa mengiringi ikatan suci ini. Selamat Pengantin Baru honeysour.

Juga buat Yan. Selamat Pengantin Baru jugak. Best tau, Yan lalu bawah pedang. Tapi gambar yang lalu bawah pedang tu tak nampak sangat. So, saya tak upload kat sini.



Sebelum bertolak.


Bergambar bersama pengantin


Menjamu selera


Pengantin tersenyum bahagia



Sanding



Kek



Tuesday, January 6, 2009

Tahun baru

Pertama sekali azam tahun baru aku nak tular background blog ni. Walau pun nanti mungkin akan ade link yang ilang aku tetap nak tukar jugak. Lagipun sekarang aku kat Utp bukan lagi kat Kerteh. But i hope oneday i will be working at Kerteh. Hopefully. Aminn..

Pastu, nak siapkan FYP & FYDP dengan jayanya. Dalam hati kecut perut jugak ingat kan betapa susah dan sukarnya untuk melalui sem ini, tapi akan ku tabahkan jua diri untuk mengharungi kepayahan dan kesukaran itu.

Then, nak tingkatkan tahap kematangan diri. Aku mahu nampak mature di depan adik2 ku dan jugak dalam sume hal. Agak susah sebenarnya untuk menghadapi perubahan fasa dalam hidup ini. Tapi akan ku cuba untuk membiasakan diri dalam apa jua perkara yang berlaku. Be mature and be positive!!

Nak jaga kesihatan diri dengan lebih baik lagi. Tak kurus takpe asalkan takde penyakit. Pertama kali dapat tahu aku ade penyakit tu, takut plak rasanya..Hopefully it will be recover soon.

To make my family happy and proud of me.

Hopefully our relationship are going smoothly.

Saturday, December 6, 2008

Salam Aidil Adha

Sempena kedatangan Aidil Adha ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada sume kawan-kawan. Dah lama tak masuk ke sini. Kat rumah takde internet =(

Sunday, August 24, 2008

Convocation day!!

Duk rumah bawah ni leh tgk sume orang. Ngan orang lalu lalang pakai baju grad. Dengan orang2 yang tak grad tapi bz mcm orang grad =) Ni sume buatkan aku rasa nak cepat2 grad. Tahun lepas tak rasa pape pun. Rasa cam biasa je. Tapi tahun ni terasa gler kot. Mungkin sebab lagi setahun kat sni =P

Pape pun, kepada kengkawan yang grad. Happy graduation day! Semoga kamu sentiasa berolah kecemerlangan di masa depan. Doakan saya jugak. MOga2 dapat menghabiskan pelajaran kat sni dengan jayanya.

Wassalam~~