Showing posts with label happyweekend. Show all posts
Showing posts with label happyweekend. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Taman Rama-rama KL

Da lama sebenarnya kami pergi. Bulan lepas kot. Nak update entri asyik tertangguh je. Tapi update jugaklah sebab nawaitu dah ada. Kawasan ni kecik je sebenarnya tapi padanlah dengan tiket dia yang murah tu. Harga tiket dah lupa. Ampunn.. 

Layan gambar je tau. 

Ini makanan rama-rama. Tapi rama-rama tak tahu g mana.

Dalam banyak2 rama-rama yang ni je berjaya di snap. Tak larat nak kejar.

Seriau tengok kala jengking ni. Dah la banyak.

Papa mithali

Ala2 lawatan sambil belajar sangat!



Kakak dah besar dah: 5 tahun

Adik paling excited

Tengok apa tu kakak?

Sibling. Adik memang excited habis.




Adik: 1 tahun 3 bulan



Wednesday, January 6, 2016

Ke Tanjung Bidara pula..

Ini pun pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanjung Bidara. Ye lah boleh bilang berapa kali ke Melaka sebelum2 ni. Best kan sebenarnya Melaka? Dulu masa husband ajak duk sana tak nak. Cakap KL lagi best lah =P

Pantai ni tak panas sangat sebab ada banyak pokok. Terlupa nak bawak tikar. Nasib ada kedai kat situ yang jual tikar. Tapi biasalah harga mesti mahal sket. Sapa suh tak bawak kan. 


Sebelum apa2 mama selfie ngan adik dulu kalau tak takde plak gambar mama ngan adik. Hajat di hati adik nak mandi2 pantai jugak dengan kakak n papa. Tapi belum apa2 dah tertido dulu. Sepanjang2 kakak duk main tu dia tido. Best kot tidur tepi pantai. Angin sepoi2 bahasa =)


Kakak yang terlebih excited
Main tak hengat

Adik main atas tikar je. Sebab dia jenis mengutip dan masuk mulut. Kalau tak, abes pasir tu dia makan.
Tengok, belum apa2 dah gigit nasib baik bersih lagi. 

Lama jugak duk sini. Tunggu kakak main ngan mandi. Dah mandi sah2 penat. Check in hotel dan melepek lah semorang. Mama je tak tido sebab adik asyik nak berlatih berjalan je. 

Bersambung entri kat hotel plak.... 

Tuesday, January 5, 2016

Pantai Pengkalan Balak

Ini pertama kali saya sampai sini. Tempat lepak husband masa bujang dulu2.. 

Tempat ni best sebab makanan dia sedap. Ada keropok, ada chicken wing. Kalau kat PD tak jumpa plak makanan best2 macam ni. Pernah kitorang makan kat PD, gerai2 macam ni jugak. Order air tembikai macam air sejuk biasa. Dalam hati tak kan beli dah kat sini. Da la beli RM2. Last2 macam air sejuk. Kalau nak menjual at least bagi la ada rasa sket atau buat sedap2 terus. Macam coconut shake klebang tu. Cukup rasa cukup semua. Orang pergi Melaka mesti cari. Berniaga bukan nak untung sehari je. Bila orang dah suka macam mana pun orang akan cari. Oppss termembebel plaks...

Singgah kejap je sini sebab plan nak mandi kat sini tapi masa tu tengah panas sangat jadi husband ajak ke Tanjung Bidara. 




Siap bawak bekal nasi goreng sebab plan nak berkelah kat sini. Dah tak jadi makan jugak buat alas perut. 


Gambar mama ngan adik takde sebab ada dalam phone papa malas nak amik. 


Saturday, January 2, 2016

From Melaka with love

Hari tu kami berkesempatan jalan2 Melaka. Tapi g dua hari je. Macam tak sempat nak tour Melaka. Me, jarang sangat g Melaka. Tapi husband dah boring sebab dulu dia duk Melaka 5 tahun. Melaka kan kecik je.


Antara tempat yang sempat kitorang pergi

Day1

Pantai Pengkalan Balak
Pantai Tanjung Bidara

Check in Hotel:
Sunflower Hotel

Pantai Klebang @ Dataran 1 Malaysia

Day2

Bandar Hilir

Sebenarnya dalam perancangan nak g banyak tempat. Tapi bila dah sampai sana, nak gerak dari satu tempat ke satu tempat amik masa. Tambah2 penat dan Dahlia crancky plak. Biasalah jalan2 ngan anak kecik ni. Moga2 nanti ada rezeki lagi nak g jalan2 Melaka =)

Thursday, December 3, 2015

Short escape to Port Dickson

Kat mana je pun pantai yang ada paling dekat ngan KL ni. Jadi kami decide g PD. Tujuan utama nak bagi kurang gatal2 kat badan dhiya dan dahlia. Masalah dah lama. Start dari bulan 6 lagi. Nampak dah beransur baik tapi tak baik2 lagi. 

Sebenarnya jauh jugak PD ngan KL kalau balik hari. Nanti lain kali kalau ada rezeki pergi lagi nak stay sana la pulak. Tapi tak tahu lah pantai mana yang best. Asyik ke pantai yang sama je. 

Oh btw ini throwback punya cerita. Perginya awal November hari tu. Saja baru nak up. Asyik cerita pasal konvo je kan =P








Thursday, January 30, 2014

Sentul park

Lepas baca entri kak nohas pasal sentul park. Terus toinkkk dapat idea ajak husband bawa dhiya amani g main basikal sana. Okes biarlah gambar berbicara =)


 Budak gembira dapat main basikal. Tapi sebenarnya baru pandai kayuh separuh.


Kerusi unik sebab sekali tengok bukan macam kerusi.










Gambar mama kena ada satu sebagai bukti mama ada juga dalam cerita ni. 




 Dhiya Amani tanya. Kenapa kura-kura tak makan fish.. haha!
Sebab dia nampak rukun je dua kategori haiwan ni duk dalam air.

Tuesday, October 8, 2013

Short Trip to Johor

Tujuan utama ke Johor adalah nak attend konvo adik. Tapi jadual sangat pack. Jadi penat yang amat. Tadi masa balik keje terlelap 3 kali. bahaya tol!!

Inilah adik saya yang konvo tu. Maaf lah dia g tido pula masa amik gambar ni. Bateri phone pula dah nyawa2 ikan. jadi ini je gambar yang ada. 


Lepas settle hal konvo sume. Note: Super panas suasana masa konvo ni. Dewan baru macam agak jauh kena jalan sikit. dhiya amani pula asyik ke sana ke mari. Bangunan lain pun macam jauh dari satu tempat ke tempat yang lain. Terus ke Wet World Batu Pahat. Pas mandi barang sejam dua terus ke JB umah pakcik. Kiranya ni adalah pertama kali jejak kaki kat JB. JB kan jauh, kalau nak g sana saja2 memang tak lah. ni pun nasib baik ada kerja so terus lah ke JB alang2 kan. 

Esoknya pakcik bawa ronda2 JB. Rupa2nya Singapore hanya sekangkang kera dari Malaysia. Patutlah ramai orang Malaysia suka g jenjalan Singapore. Okelah next time mahu ke USS =) InsyaAllah.

Then kami ke Legoland. Tapi tak masuk pun buat syarat je. Amik gambar2 kat depan ni je. Dari luar nampak macam panas je kawasan ni. Kalau nak compare ngan bukit merah, perak macam kat sana redup  dan sejuk sikit. 


Next ke Puteri Harbour. Takde apa sangat. Tengok kapal2 je. Tak tahu pula kapal2 ni nak g mana. Oh! sebenarnya ke sini sebab nak g tengok2 Hello Kitty Town. Pun tak masuk amik2 gambar then terus ke next destinasi. Serious rushing sangat. Kalau nak pergi lenkali kena rancang betul2 barulah best leh berlama2 di satu2 tempat. Tapi kira okelah pertama kali usha kawasan dulu =P




Next ke JPO, Johor Premium Outlet. Memang tak sangka la JPO ni kira pendalaman jugalah. Biasa bila tengok gambar kawan2 yang pergi macam dalam bandar je. Tapi yang peliknya ramai pula orang kat situ. Nak parking pun susah. Macam mana lah owner tempat tu leh terfikir nak buka outlet kat situ. Bijak betul dia. 


Dhiya Amani dan Thaqif Ubaidullah. Dhiya suka sangat Thaqif. Asyik nak cium je. Kadang2 boleh rimas Thaqif. Apa2 pun moga jadi sepupu yang baik dan jangan gaduh2. 


Bertolak dari JPO ke KL dalam kul 5. Ummi nak singgah Nilai 3 tapi tak sempat. Singgah makan sate jap kat Sate Kajang. Sampai umah kul 1 pagi terus flat.