Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

pengalaman pregnant dan bersalin

saat gembira itu indah
saat penantian itu mendebarkan

sembilan purnama berlalu
penantian pun hampir berundur

saat gementar itu mendebarkan
saat gementar itu seribu macam difikiran
saat gementar itu doa dan tawakal sebagai teman

ternyata gementar itu seketika cuma

saat indah tiba jua
air mata menitik ke bumi yang Esa
melihat ciptaan Allah yang tiada cacat dan cela
aku bergelar mama dalam sekelip mata
menggalas tanggungjawab dari Dia

saat penantian itu terasa sekejap pula
saat gementar itu sudah tiada

kalau boleh sekarang juga mahu yang nombor dua...
(kah kah kah...baris ni just joking k)


janji

jangan menoleh lagi, itu janji
jangan ulangi lagi, itu tekad di hati

lalu janji dimungkiri
lalu tekad dikhianati

terus menoleh tanpa bersalah
terus mengulangi tanpa sekelumit insaf

berjanji lagi, malu
ulangi lagi, peduli
berjanji lagi, mahu
ulangi lagi, bersalah
berjanji lagi, insaf



p/s:
seriously addicted tahap cipan.
saya rindu kapasitor
masih kah ada lagi kapasitor sekarang ni
dhiya ain ada di situ.
dhiya amani ada di sini =P

p/s2:
saya mampu berkarya bila dalam keadaan jiwang
and u noe in which condition I am right now...hehehe
but karya tak jiwang pun
of course there is something behind that
indescribable!




mahu

mahu lagi, mahu lagi, mahu lagi
boleh jadi ketagihan
boleh jadi makan tanpa kenyang
boleh jadi masih mengejar impian
dan boleh jadi banyak lagi

satu sisi ia memang begitu
satu sisi ianya begitu
mungkin ada sisi lain lagi
juga sisi lain lagi

ada yang empat segi
ada yang tiga segi
itu tak apa jelas dan nyata

ada pula tidak terlihat seginya
terselindung?
diselindungi?
jika terselindung pasti terselak jua akhirnya
jika diselindungi sampai bila

berdiri lah di bumi yang nyata
memikul amanah Allah yang Esa
moga kita aman bahagia


Friday, September 28, 2012

sepi

bila berdiri mahu duduk
bila duduk mahu bangun

kenapa yang tidak
duduk terus duduk
bangun terus bangun

jika begitu layaknya
dunia akan sepi
suasana akan mati

yang ada hanyalah 
sekeping hati yang sunyi 



p/s: 
waaaaaaa best pulak berpuisi ni. 
tak payah taip panjang.
pendek, ringkas & padat

pengertian


Sudah lama mencari diri ini
Hingga kini masih belum mengerti
Apa sebenarnya kehendak hati
Yang mahu apa lagi
Yang ada masih di cari
Sedangkan aku terkapai-kapai sendiri

Tengok itu mahu
Tengok ini mahu
Di manakah ketetapan hati
Dalam mencari identiti diri

Cita-cita sebagai paksi
Hakikat itu kebenaran

Bukan rebah
Bukan jatuh
Cuma belum bangun
Bangunlah
Berlarilah
Melompatlah
Buat apa saja ikut suka
Buang semunya

Nescaya yang bahagia pasti akan tiba



Sunday, July 10, 2011

Berbalas pantun

Tadi bersiar-siar kat blog KomenSen. Terpanggil untuk masuk contest ini. Macam menarik!!


Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Makan ketupat berserta kuah,
Lagi lapan bagi orang,
Bila dah dapat gading bertuah,
Tanduk disimpan jangan di buang.

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Masak manisan bersama Raihan,
Sehingga baunya menusuk kalbu,
Bukan kekemasan jadi taruhan,
Persoalannya berapa deras arus itu.

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Beli lesung sampai empat,
Kerana suka Si Tauke Rama,
Merata diusung tak kira tempat,
Kerana mereka tiada pegangan agama.




Tuesday, October 26, 2010

I can't find u in anybody else

As time passed by,
As we go through the journey together,

I know,
You are the one that I look for,
There are the reason behind that,
But it's so complicated to write in any word,
It's so abstract to transform it on the white canvas,
I just only can feel it in my heart.

I can't find you in anybody else,
Because there are something special in you,
That make my day more meaningful.

Wednesday, November 5, 2008

Tiada siapa tahu (part 1)

Sebenarnya dah lama cerita ni bersarang kat dalam desktop aku. Memandangkan aku sayang nak terus delete aku letak kat sini. kalau ade masa insyaallah akan ada part 2..enjoy reading =)

"Argh..dahaganya", sambil matanya melilau mencari kedai minuman. Tiba di hadapan sebuah mini market, dia segera menolak daun pintu dan ketika itu juga lah mata-mata asing memandang kearahnya. Namun itu semua tidak menghalang niatnya tadi. "Ambik..", kasar bunyinya. Setiap kali hendak membayar makanan atau minuman yang dibelinya dia terpaksa meninggikan suara. Bukan niatnya untuk berkasar, tetapi orang-orang di sekelilingnya seolah-olah memaksa dia untuk berkelakuan begitu. "Aku bukannya gila, aku manusia sama macam mereka jugak", gumamnya.

Cermin itu dipandangnya lagi. Sejak kebelakangan ini dia banyak menghabiskan masa terluang di hadapan cermin itu. Sekadar duduk merenung nasib diri. Tidak seperti dulu, setiap kali berhadapan dengan cermin tangannya galak membetulkan mana yang dirasakan tidak sedap dipandang mata. Dia bukanlah lelaki hensem yang digilai oleh wanita-wanita. Dia hanyalah lelaki biasa yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Penampilan yang kemas, sikapnya yang ramah membuatkan ramai orang suka berkawan dengannya. Tanpa disedari manik-manik jernih mula menerjuni lurah pipinya melalui jambang yang tumbuh melata. Pipinya yang dulunya berisi kini cengkung menampakkan dia lebih berusia daripada umurnya yang sebenar. Fikirannya kosong.

____________________________________________________________________________________

"Mak, Nani dapat mengajar di Kuala Lumpur", dia tersenyum bangga kerana usahanya bergelumang dengan buku-buku selama di universiti membuahkan kejayaan. Bulan hadapan dia bakal bergelar seorang guru. Siapa sangka anak seorang petani mampu memasuki universiti dan seterusnya menjadi seorang pendidik untuk anak bangsanya. Sememangnya itulah cita-cita Nani sejak dulu. Walaupun terpaksa berjimat cermat sejak di bangku sekolah lagi dia tetap bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikannya. "Mak tumpang bangga dengan kamu Nani", ujar Mak Mah terharu. Dia sedar, anak-anaknya tidak menjadikan kesempitan hidup mereka sebagai batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran. Abang Nani, Amirul juga telah berjaya menjadi seorang peguam. Sekarang Amirullah yang banyak membantu mereka sekeluarga. Walaupun ayahnya masih bekerja, namun kudratnya sudah tidak mampu untuk mendapatkan hasil seperti dahulu. Sekarang dia mampu tersenyum kerana Nani pula akan melangkah ke alam pekerjaan. "Nanti mak ngan ayah tak yah keje lagi", sememangnya itulah hasratnya sejak dulu. Kesian dia melihat mak dan ayah membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan mereka berdua. Sudah tiba masa mak dengan ayahnya merasa hidup senang.

____________________________________________________________________________________

Nani membelek-belek baju kurung kuning air yang dipakainya. Dengan corak bunga besar yang senada dengan warna kain menjadikan Nani bertambah manis. Nampak sopan. Perasaan berkobar-kobar untuk memulakan tugas barunya. Dia disambut mesra oleh rakan sejawatnya. Mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar kepada Nani. Maklumlah, dia masih baru dan tidak tahu selok belok di situ.

"Penatnya, bukan senang nak jadi cikgu ni", bisik Nani perlahan. Mungkin disebabkan terlalu penat, seketika kemudian dia terlena. "Ya Allah Nani..kenapa la kau tak tutup tv?" bebel Mira yang baru balik kerja. "Kau tau tak dah pukul berapa ni?..bangun! bangun!", jerit Mira lagi. Dengan langkah malas Nani mencapai tuala untuk membersihkan badannya.

Mira merupakan teman Nani semasa di universiti. Dua orang rakan serumah nya yang lain merupakan rakan-rakan sejawat Mira dan mengajar di sekolah yang sama dengannya. Selalunya dua orang tu balik lewat petang kerana mereka mengajar kelas PMR dan SPM. Jadinya mereka terpaksa bekerja keras dengan mengadakan kelas tambahan di sebelah petang.

____________________________________________________________________________________

Thursday, May 8, 2008

Makin hari...

Makin hari aku makin banyak karenah..

Makin hari aku makin banyak meletakkan syarat..
Makin hari aku makin mintak yang bukan-bukan..

dan

Aku tahu
Aku sedar

Yang dia tidak begitu

Menerimaku seadanya

Tapi kenapa aku begini

Ya Allah, bantulah aku.
Moga jalan yang aku pilih adalah jalan yang terbaik buat ku dan semua.

Tuesday, October 2, 2007

Di sana menanti di sini menunggu

Gembiranya dia bermain-main di gigi air. Kadang-kadang berlari-lari anak apabila dikejar ombak.
Walaupun keseorangan, dia begitu seronok melayan karenah ombak dan pantai. Satu tempat yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Jika ada kelapangan pasti aku diajaknya berkunjung ke sini. Kerana dia juga lah hampir semua pantai di daerah ini aku jelajahi.

Aku??? masih lagi bungkam di sini. Sejak tadi bertenggek di atas batu ini. Tidak sanggup untuk mengganggunya menikmati keindahan alam semula jadi yang tiada tandingannya. Namun semua ini tidak mampu memadamkan perasaan bersalah aku terhadap dia. Desirangan ombak yang sejak tadi memukul pantai juga tidak meninggalkan apa-apa kesan. Perlukah aku berterus terang??

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

"Ayuni?? Ayuni buat apa kat sini?" Pertemuan yang tidak disangka-sangka antara aku dengan Ayuni sebulan yang lalu telah menggoyahkan pendirian aku terhadap cinta yang selama ini aku bajai dengan kasih sayang dan kesetiaan. Ayuni, seorang wanita yang aku kagumi sejak di alam persekolahan lagi. Tetapi perkenalan yang agak singkat antara aku dan dia membuatkan aku tak berkesempatan mengenali Ayuni dengan lebih rapat lagi. Dia terpaksa mengikut kedua ibu bapanya keluar negara kerana melanjutkan pelajaran.

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Perasaan bersalahku membuak-buak.

Kematangan dan tutur kata Ayuni benar-benar membuatkan naluri kelelakian ku tidak tentu arah. Dan kerana itu jugak lah aku tidak berterus terang tentang statusku kepada Ayuni. Yang pastinya sehingga kini kami masih berhubung. Setakat ini, aku sudah menerima tiga keping kad daripadanya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Tamakkah aku??

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

"Kenapa temenung je ni? tak de mood eh??" Sapanya mesra. Aku sekadar menangguk. Tak mampu memikirkan apa yang sepatutnya aku jawab supaya jawapan ku nanti tidak menyakitinya. Entah kenapa, ada-ada je kelakuan nya yang salah di mataku. Kenapa dengan aku?? Pertemuan kami hari itu berlalu begitu sahaja. Setelah menghantarnya, aku terus pulang ke rumah.

Kad-kad yang Ayuni hantar aku bukak. Setiap baris coretannya membawa maksud tersendiri. Aku terperangkap dalam perasaan yang sangat sukar untuk dimengertikan. Bayangan kedua-duanya silih berganti. Aku kah yang bersalah dalam hal ini?? Mengapa ia terjadi dalam hidupku??

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku

YA!!! aku tidak boleh terperangkap dalam perasaan yang aku cipta sendiri. "Hello". Suara Ayuni kedengaran di hujung talian. Ya Allah, kuatkan semangat ku. Akhirnya aku berterus terang jugak. Yang pastinya selepas itu aku tidak mendengar suara Ayuni lagi. Walaupun aku tahu dia masih ada di talian.

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi

Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

maafkan aku wahai kekasih

Thursday, August 16, 2007

Fatimah Zahra

Kelembutannya menjadi kegilaan ramai lelaki di kampus suatu ketika dulu. Tutur katanya penuh keyakinan, susun langkahnya penuh kesopanan. Pergaulannya dibatasi dengan nur islam. Di wajahnya jelas terpancar cahaya keimanan. Sukar untuk mencari seorang wanita yang sesempurna Fatimah Zahra di zaman ini. Dia tega mempertahankan prinsip hidupnya untuk jatuh cinta hanya kepada suaminya sendiri.

Bukan sedikit dugaan yang terpaksa dihadapinya, namun dengan kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t dia berjaya mengharungi alam kampusnya sehingga bergelar seorang usahawan yang disegani.

Aku mengenali Fatimah Zahra semasa di kampus lagi. Tetapi aku pendam rasa hati ini. Terasa diri tidak layak untuknya. Namun setiap hari aku berhubung dengan Fatimah Zahra melalui sepotong doa yang tidak pernah aku tinggalkan setiap kali aku mengerjakan solat lima waktu. Entah mengapa pertama kali terpandang wajahnya aku merasakan yang dia lah wanita yang aku cari selama ini.

Isteri cerdik yg solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran

di rumah ia isteri
di jalanan kawan
di waktu kita buntu
dia penunjuk jalan

Airmataku menitis lagi setiap kali terdengar lagu itu. Fatimah Zahra selalu mendendangkannya untuk aku. Dia pandai mengambil hatiku. Tidak pernah membangkit rasa marah aku kepadanya.

Akhirnya Allah makhbulkan doa ku untuk bersama dengan Fatimah Zahra walaupun untuk seketika cuma. Tuhan lebih sayangkan dia. Dia pergi meninggalkan aku setelah setahun berkongsi kemanisan iman dan ketinggian ilmu agamanya. Sehingga kini aku tidak mampu memadamkan kenanganku bersama seorang isteri bernama Fatimah Zahra.

nasihat kita dijadikan pakaian
salah kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya

dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk diwariskan

Aku tewas lagi bersama titisan air mata